Ads

Friday, December 2, 2011

Shaklee lah pulak,..

I'm now a Shaklee Independent Distributor setelah tak sampai pon consume product shaklee ni.
Alhamdulillah, dengan izin Allah produk Shaklee ni berkesan untuk aku.
Aku beli pada mulanya semasa waktu mengandung dan menggunakannya pada confinement period dan seterusnya semasa waktu penyusuan.


Tengoklah produk shaklee yang aku beli nih. Ada yang aku punya, ada yang aku belikan untuk kawan-kawan aku yang tengah mengandung & yang ingin menambahkan susu untuk baby terchenta.

Aku pon berani nak recommend produk ni kt kengkawan setelah aku pon dah ada testimoni yang baik dengan shaklee nih.



Ini pulak starter kit yang aku dapat hasil bayar rm65 untuk jadi member.
Gigih jugaklah aku menbacanya untuk pengetahuan aku sendiri & senang untuk aku recommend product yang sesuai untuk customer aku nanti.

Oh ya, sebelum terlupa pada sesiapa yang ingin membeli produk shaklee pada harga ahli, korang boleh menggunakan ID 867231 (NUR FAIN ABD RAHMAN).
Kalo korang nak jadi ahli jugak pon bole aku tolong daftarkan. Cuma email nurfain@gmail.com. Bayaran RM65 jugak (Harga starter kit)

Thursday, December 1, 2011

EBM Storage Solution: Pre-Sterlised Duoble Zip-Lock Bags

Alhamdulillah...
My Breast milk makin banyak dan meriah. Syukur sangat-sangat.
Now, aku dah start pakai liner (Storage bags) sebab botol susu yang aku beli dulu dah di gunakan semuanya. Tinggal beberapa biji jer untuk tujuan mengepam.
Now, aku terus simpan sumer EBM tu dalam liner.

Liner yang aku beli ni bole muat 7oz. Tapi aku just isi min 5oz, max 6oz jer.
Rasa-rasanya nak kena beli liner ni lagi. Rasa macam tak cukup jer. Tempoh berpantang ada lagi 2 minggu.
So, far baru guna 1 box (consists of 25 bags). Mungkin esok dah nak guna 2nd box.

Dengan banyaknya susu ni, moga-moga Safiyyah makin bam-bam & sihat membesar.








Ohw! My Moby Wrap

Yeay!!!
Finally Moby Wrap dalam genggaman. Bukan main susah lagi nak cari moby wrap nih kat area jb. Sampai kene beli online (kt momslittleones.com) tapi kat situ xde kaler yang aku suke. I want Sienna (Orange colour) tapi xde pulak. At last aku mintak MLO untuk refund balik duit aku.

Then, bila dah abis pantang ni, mulalah aku merayap mcm biasa. Pegi Jusco Terbrau. Masuk mum's care, aku tanya promoter tu ada tak jual moby wrap? then dia tunjuk kan aku. Apa lagi, terus grab satu. Suke nya...!!! Tak kisah lah kaler ape pon.. Harga wrap ni RM144.50.

Aku just beli jer alat pengendong baby ni. Tak sure Safiyyah suke tak duduk dalam ni. Mcm Syahmi dulu dia tak suke duduk dalam baby carrier. Hopefully Safiyyah suke lah. Kalo pg jalan2, aku mintak jer en combat yang pakai moby wrap ni. (Org laki pakai moby wrap?) My husband ok jer. Nampak cool ape klo pkai wrap nih? So, aku pulak tolak stroller since Syahmi tak suke sangat berjalan. Dia lebih suka di dukung or duduk dalam stroller. Unless masuk toys r us. Baru dia mintak di lepaskan...

Haiyaa..


Ini dia... Red Colour


Attached sekali Instructional Booklet


Model Cik Anis with Safiyyah inside

Rear view.

Untuk tengok video cmne nak pasang moby wrap ni, bole refer moby wrap usa website.
Cik Anis cakap best jer pakai moby ni. Tak sakit bahu pon. Dekat sejam jugak lah dia gendong Safiyyah.
Cik Safiyyah pulak makin lena tido dalam tuh..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 23, 2011

Botak!


My little princess, Nur Safiyyah Imani dah selamat di botakkan oleh ayahnya sendiri, en. combat dengan kerjasama ummi dia (aku lah tu).

Pada mulanya nak cukurkan rambut dia pada hari ke-7 selepas kelahiran dia, tapi dia telah dimasukkan ke KMC untuk menjalani fototerapi. Maka tertangguh-tangguh lah hajat aku. Then, pada 22 November 2011 bersempena public holiday di JB ni, aku mengambil kesempatan untuk cukur rambut dia yang lebat tuh.

Fuhh, lama juga proses mencukur ni. Di mulai dengan menipiskan rambut dia menggunakan gunting, then baru cukur pakai pisau cukur cap gillete. Dekat 2 jam baru habis.

First time cukur rambut anak sendiri. Time Syahmi dulu kiteorang mintak tolong orang cukurkan guna mesin jerr. Tak sampai 5 minit dah setel.

Pada mulanya memang aku agak keberatan nak mencukur rambut safiyyah nih. Bukan ape, dia ni girl. Kalo boy aku tak kisah. Macam Syahmi dulu dekat 5-6 kali aku cukur rambut dia. Tapi rambut safiyyah ni sangatlah halus. Mcm sayang jer nak cukur & botakkan. Tapi aku pujukkan jua hati demi kebaikan safiyyah sendiri setelah aku membaca semula hikmah-hikmah bercukur bagi bayi  baru lahir. Sila baca disini.

Cuma ada satu perkara lagi yang agak penting apabila melahirkan bayi perempuan ini iaitu mengkhatankan. Mungkin aku akan buat bulan depan bila balik kampung en. combat nanti.



Rindu jerr time dia ada rambut ni... So syomell..


Makin bam-bam bila da botak!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 20, 2011

My EBM Stock so far...

Sempena cuti maternity leave 2 bulan ni. Kerja aku memang memerah jerr..
Lagipon semasa mengandungkan Safiyyah aku dah pasang hajat nak exclusive bfeed dia. Sebab time Syahmi dulu aku tak dapat exclusive bfeed Syahmi.
So, aku dengan gigihnya mengumpul stok ebm untuk Safiyyah. Persediaan bila naik kerja nanti.
Lagipon aku dah pernah rasa mcmana penatnya bila stok susu kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang (i mean ngam2 jer stok ebm tu).
Akhirnya tertewas apabila suppy tak berkadar terus dengan demand. Maka susu formula lah menjadi pilihan.

Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan aku kali & memberi banyak rezeki susu kepada Safiyyah.
Aku pon mengepam dengan dengan syoknya. Memang seronok sangat bila susu yang kita pam tu bole penuh satu botoln 5oz dalam masa 10 minit kan?

Petua orang-orang pengepam tegar cakap, kalo nak mengepam tu hati kene tenang. Barulah susu mengalir dengan deras... Itulah yang aku cuba pratikkan semasa sesi mengepam.

Jom lihat stok susu setakat ini...









Aku menggunakan botol Bumble Bee. Kebanyakkan susu aku isi min 4oz & max 5 oz.
Should i consider buying a brand new deep freezer?? Hurmm....

Monday, November 14, 2011

My Little Artist

Asyik cerita pasal Safiyyah jer lately.
Arini cite pasal abg safiyyah plk iaitu en. Syahmi Iman.
Pada umur dia setahun setengah tak silap aku dia dah menunjukkan minat melukis. Kalo dulu just conteng-conteng kat buku jer. Tapi pada umur 2 tahun aku dah nmpak bentuk apa yang dia lukis. Maknanya dia dah boleh control tangan dia dengan baik. Cuma cara dia pegang pensil or pen masih salah. Bila cara pegang pen betul, dia pulak tak dapat buat bentuk dengan cantik. Lantak ko lah anak...

Dekat sepuluh buah buku kat rumah penuh dengan karya dia. Bila dia penat melukis, dia suruh en. combat or aku pulak yang lukis. Tangan aku memang keras sikit. Tapi nasib baik en. combat pandai sikit dalam bab lukisan. So, dialah yang selalu melayan karenah Syahmi. Mostly Syahmi suruh lukis benda-benda di sekeliling dia. Yang paling favourite ialah lukis lori (lori sampah, tractor, cement mixer, lori gas, oil tanker).
Asyik lorry jerrrr..... Memang boring kalo kene lukis benda yang sama kannn? Tapi dia tetap tak boringg!!!

Since dah ada Galaxy tab ni, dia pon lagi lah laju melukis... Tengok lah tu, khusyuk jer sambil duduk terkangkang (tak pandai bersila lagi). Lagipon, jimat sikit pen & kertas bila pakai tab. Cuma kena pesan banyak kali kat dia supaya cermat sikit guna tab tu. Kalo benda tu pecah, potong elaun SSPN dia! Hahaha...


Anak bujang aku yang khusyuk. Mau amik course Architecture kah mcm bapak dia??
Oh no!

Ini adalah beberapa hasil karya Syahmi Iman. Satu hari lebih 10 buah lori dia lukis.
Pada sesiapa yang ada Samsung Galaxy Tab, boleh lah menggunakan aplikasi Paint Joy download from Android Market. Free jerr..


 Ni dia kata dia lukis tractor

 Yang ini pulak lorry container

 Yang ini lori sampah. Tengok tu penuh dengan sampah sarap.

 Yang ini ialah Airplane

Mungkin faktor lokasi di mana dia selalu melalui highway pasir gudang. Memang banyak sangat lori yang menggunakan jalan itu & bermacam-macam jenis lorry. Aku agak, minat dia datang dari situ...

I'm now a Tupperware Member

Gara-gara en. combat nak membeli Eco Bottle cap Tupperware, maka aku telah meng'signup'kan diri untuk menjadi ahli Tupperware. Bayaran untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM60 & akan dapat kit. Content dalam kit bag  itu ialah booklet, cds, order form, tupperware paper bag, 3 units of tupperware product & etc.

Sesaja jer join Tupperware nih. Macam lawa-lawa jer product dalam catalogue dia. Hopefully lepas menjadi ahli tupperware, bole beli product dia banyak-banyak & rumah especially fridge pon lebih organised.
Aku join ni pon bukan untuk buat bisnes sangat pon. Tapi aku still amik tempahan pada sape-sape yang nak order product ngn aku. Then aku akan bagi 10% diskaun from the retail price as shown in the catalogue.

Pada member-member yang ingin join untuk jadi ahli pon, aku bole tolong untuk daftarkan. Cuma bayar RM50 je kalo korang daftar ngn aku nih... Untung tak? Aku jadi ahli pon bayar RM60 tau. Tolong kawan punya pasal... No problem!



Ni kit for new member! Ada banyak lagi isi kat dalam. Ini cuma sebahagian sahaja...



2 Eco bottle aku grab semalam + strap.



Catalogue aku dapat free semalam. 1 keping RM0.50. Tapi amoi tu bagi free 5 keping kat aku...

Lepas ni nak jadi ahli ape pulak ekk? 
Kemungkinan aku nak daftar jadi ahli Shaklee sebab product tu serasi dengan aku...

Thursday, November 10, 2011

Early days of Safiyyah Imani

Gambar-gambar yang belum sempat di publish lagi.

Gambar-gambar ini di ambil pada usia Safiyyah 3 hari. Just try manfaatkan DLSR yang ada. Nak buat newborn photography memang lah tak sempat. Kalo dok KL mmg banyak newborn photographer eg. Azmirkhalid or Zubye.

Namun apa daya tinggal di jb ni tak banyak choice mcm kat KL tu. Newborn photography ni elok buat sebelum baby berusia 14 hari. So, just snap ikut tangan sendiri tanpa pertolongan pro-photographer.. Jadilah...

 Fingers...

 Toe...

Face...


Amacam, okay tak? 
Kalo di edit lagi nmpak lawa kan..? Buat effect Black & White sikit..
Tapi aku ni buta tak lah terror sangat nak mengedit gambar-gambar ni...
Mintak tolong en. combat lah nampaknya...

Gambar Syahmi yang syokk tido... Penat kene jaga adiknya.. Hmmm konon..

Wednesday, November 9, 2011

Happy Birthday Ummi Nur Fain

Siapa ummi Nur Fain? Aku lah tu.. Sapa lagi.
Hari ini 9 November 2011 merupakan harijadi ku yang ke-28. Dah beranak 2 pon...
Pepagi lagi aku dah dapat sms dari en. combat wish besday kat aku. Ingatkan dia dah lupe... Patutlah pg keje menonong jer td (lagipon dah lambat).
Thanks also pada kawan2 yang wish besday kat wall fb. Semoga dengan pertambahan umur ni aku di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, di beri kesihatan yang baik...

Kek besday yang yang di sponsor oleh en. combat dah abis dah di makan time raya haji aritu. Kalo potong arini, confirm tak abis sebab kat umah tak ramai orang. So, decide potong pada 6 haribulan 11. Jadilah.. Buat suka-suka. Thanks again pada en. combat.. Terima kasih daun keladi yer..

Can't read? Happy 28th Bitrthday Ummi Nur Fain

Golden Nugget from SR. Pilihan aku untuk besday ke-28 ni.

 Dengan anak bujangku. Syahmi Iman

Model Kek. Sibuk jer...

 Kami ber-3. Syahmi of course lah berkepit ngn Cik Biha jerr

 Syahmi: Sayangg Ummi...

Cik Ude yg pakai tshirt biru tu nak pg jogging tp melantak kek dulu...

Lagi satu lupe nak ucap terima kasih sekali lagi pada en. combat sebab belikan aku hadiah mug Jco Donut. Masa besday dia last year aku belikan mug starbucks. Ni kira dia balas balik nak bg mug jugak lah tu. Kalo ikutkan hati nak je aku mintak Passbook Gold Account 10gm. Hahaha... Lagi 10 tahun baru dapat agaknya...

Monday, October 31, 2011

Anak dara sape ni???

Just kidding.
Pic kat bawah ni bukan girl ye. Tapi boy. Anak bujang aku Syahmi Iman. Hasil kerja ummi n cik anis dia yg xde kerja. Haha...







Macam girl kan? Sebab bulu mata dia panjang & lentik. Kakak aku yang pakai maskara tu pon tak bole lawan bulu mata dia.
Jangan jeles...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Syahmi oh Syahmi

Gaya syahmi tido mlm td. Tapi sebelum tu dia main lukis2 dengan en combat. Tup2 senyap jer...
Tengok2 rupanya dia dah tertido.. Tapi gaya tido kali ni lain sikit.


Dia dah tertido tu... Sambil merenung buku lukisannya..


Mmg btol dia dah tido.. Lena pulak tu. Mata dah pejam.
Sebelum dia tido, dia ckp "Ayah lukis cantik........"


Apa yang ayah lukis? Ohw, crab n monkey on the banana boat..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 27, 2011

Tanggal tali pusat

Dengan ini rasminya Safiyyah Imani telah tanggal tali pusatnya pada semalam 26 Oktober 2011 bersamaan pada hari ke-10.
Lega aku bila dia dh tanggal tali pusat. Kalo tak, hari2 kene bersihkan. Skg tinggal tuam sikit bagi pusatnya masuk ke dalam.
Tali pusat Safiyyah telah selamat berada di dalam karung bersama-sama tali pusat Syahmi dulu. Petua orang dulu-dulu ckp biar diaorang berbaik2 bila da besar nnti. Ape2 jelah..


Pakai baju syahmi lagi


Semalam aku pg jln2 kuar ke jusco. Still dlm pantang lg tu. Mcm orang da sihat je. Ala, pg mkn mfm sbb aku da beli kupon kt groupon. Rugi plk klo x redeem. Lepas tu blk. Pergi bersama-sama & di supervise oleh mak aku. Aku pon xde mood nk shopping lagi sbb Safiyyah masih kecil. Tunggu da besar sikit, baru leh start carikan baju untuk dia.


Halus jer lagi.. Mcm Syahmi..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Kayuh basikal

Bukan senang sebenarnya nk ajar syahmi mengayuh basikal. Aku dah belikan dia basikal sebelum dia berumur 1 tahun lagi. Time tu tak expect ape2 pon dari dia... Yela, kecik lagi.
Then, bila da besar sikit, aku n en combat pon suh dia letakkan kaki kat pedal basikal. Berbulan2 jugaklah mengajar dia mcmtu. Tapi tak reti2 jugak. Sampai sakit pinggang aku klo dia suh tolak basikal dia tu.
At last, aku belikan dia motorsikal yg berbateri. Give up sbb dia xpndai mengayuh. Klo moto tu, dia tekan jer dah boleh jalan. Tapi tak aci lah. Boy mesti kna pndai mengayuh...
Then, selasa lepas dengan rasminya dia dah pandai mengayuh dengan jayanya. Pada umur 2 tahun 3 bulan.
Aku dah janji dengan dia nak belikan dia basikal baru bila dia pandai mengayuh. Tapi nantilah dulu. Lepas abis pantang baru syok nk soping n jalan2 sakan.


Seronok je da pandai kayuh


Budak botak yang nmpk da besar


Laju lagi, laju lagi

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, October 26, 2011

Sama tapi tak serupa

Hehe, kali ni xde ape nak cerita...
Just letak pic Syahmi & Safiyyah je. Ape yang sama? Baju la.. Obvious kan? Safiyyah pakai baju abang dia..
Memang utk newborn ni aku suke kalo diaorg pkai romper. Kalo pkai shirt, mitten & booties dia asyik tercabut jer.. Cian sejuk si kenit tuh...

Untuk Safiyyah aku tak shopping banyak untuk dia. Aku just belikan 3 pasang baju, 3 set mitten & booties, receiving blanket & hooded towel. Dia banyak recycle baju Syahmi time newborn dulu. Ala, dalam pantang dok umah je pon... Banyak pkai baju kaler putih. Yang kaler kuning2 nanti dulu mak aku kata.

Tak sabar pulak rasa nak main ngn Safiyyah. Masih monitor jaundice dia lagi ni. Tapi so far tgk mcm ok jer. Kalo nmpak lain sikit, mmg terus shoot jumpe Dr. Khu lah.

Muhammad Syahmi Iman
23 July 2009
5.25pm



Nur Safiyyah Imani
16 October 2011
8.58am

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 24, 2011

Safiyyah & Jaundice

Aku skip update blog lately sbb bz menjaga Safiyyah n Syahmi. Nasib baik mak aku yg dah pencen tu bnyk membantu. Safiyyah mmg x bnyk ragam. Cuma dia takut air jer. Manja betol. Syahmi pulak makin hari makin cerdik n panjang akal. Memang letih sikit lah nk melayan karenah dia.

Jumaat lepas, lepas Safiyyah jadi model tu, aku bwk dua check up kt klinik. Rupa2nya, dia ada jaundice. Bacaan dalam 13. Then, keesokkn harinya ambil darah lagi. Kiteorang ph ke Klinik Pesakit Luar Jalan Mahmoodiah pulak. Bacaan meningkat ke 18. Terus Dr. tahan dia utk dimasukkn ke NICU HSA.

Alahai, dugaan betul.
Tapi jaundice n newborn tu synonim. Tak usah risau. Cuma ini pengalaman pertamaku n en combat berhadapan dengan bayi yg ada jaundice. Time Syahmi dulu x de pulak.

Aku terus decide untuk warded kan Safiyyah ke KMC. Berjumpa dengan Paed Dr. Khu Yi Soon. Itulah hospital yang dekat ngn umah parents aku. Senang aku nk ulang alik.

Di sana, Safiyyah diletakkan di Isolation Room. Aku tidak di galakkan untuk memberinya direct breastfeed. Maka aku terpaksa mengepam selang 2 jam untuk supply pada Safiyyah. Alhamdulillah cukup. Kiteorang discharge pd pkl 12 tgh apabila bacaan jaundice dia pd pg ahad turun ke 8.4.


Semasa rawatan fototerapi


Tag dr KMC


Setiap 2 jam bole supply 1oz or 2oz jer.


1st time Safiyyah at home. Smlm aku blk umah sekejap amik losen Pati Mustajab.


Syahmi plk aku da botakkan. Rimas ngn rambut dia yg dh pnjang tu.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ads