Ads

Showing posts with label Syahmi. Show all posts
Showing posts with label Syahmi. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Brainy Bunch Sports Day 2014

Hari jumaat 18 April 2014 yang lalu. Kiteorang attend Brainy Bunch Sports Day dekat Dewan Sri Tebrau. Eventho time tu hari kerja, tapi aku n en combat took leave untuk memberi semangat pada Syahmi. Lagipon ini first time attend sports day. Saje je kan nak tengok suasana macam mana. Dewan tak besar mana. Cukup lah untuk menampung 3 cawangan brainy bunch dekat johor nih, bandar baru uda, bandar dato onn & bandar seri alam.

kiteorang gerak dari rumah pukul 7.30am. memang malam khamis malam tu dah lah aku & en combat balik lambat. siap kene cas lagi ngn aunty sebab amik lebih dari pukul 6.30pm. en combat terkandas dalam ujan lebat. aku pulak bnyak keje kat opis. kalo kuar pukul 6.00pm mmg tak sempat laa... eh dah melalut pulak cite aku ni. 

anak-anak memberikan kerjasama yang baik. pukul 7 pagi diaorang dah bangun coz malam semalamnya tu dah suruh tido awal. kalo tido lambat, alamat bngun pon lambat laa. siap-siap2 kan kedua-dua terus cap cus bergerak. sarapan pon suh minum dalam kereta. itu pon syahmi tak nak minum. aku cakap kalo tak minum air kotak milo tu nanti tak kuat lari. dia pon terus minum. berjaya aku saiko dia.. hahha...

kiteorang sampai pon lambat. ada student lain dah sampai dulu. diaorang tengah berkumpul and siapkan maskot. comel betul bebudak nih... tengok syahmi tu, dah jumpa kengkawan dah tak ingat ummi & ayah dia dah...

 a mok mok of me!
seri alam mewakili baju kuning. aku tade baju kuning. hentam je pakai tshirt hitam. safiyyah je yang ada baju kuning. 

 yang baju ijau tu dari cawangan bandar dato onn & purple dari bandar baru uda.

 ini part yang paling surprise sekali.
syahmi mengetuai perbarisan untuk cawangan seri alam & memulakan bacaan ummul-kitab & translation sekali. aku & en combat memang tak tahu pon pasal perkara ni. memang aunty dia nak buat surprise untuk kiteroang.
nak menitik air mata bila dia baca & yang lain tadah tangan mengamin kan doa. dia baca dengan confident & lancar sekali.
aku kat belakang time tu. aku cm dengar suara anak aku. tapi mebbe aku salah. tapi bila dengar betul2 mmg sah2 dia.. aku terus ke depan amik video. itu pon dapat sikit jer. jadi lah...
gambar tu syahmi dengan aunty intan. aunty yang jaga group dia (comprehension). dia cakap time dia baca tu dengar kuat (mebbe pakai microphone). syahmi tak takut pon sebab aunty kan ada teman kan dia... hehe bijak-bijak...

tapi bab-bab sukan dia dia biasa-biasa je. ada lagi student yang lagi lincah. 
tapi dia berjaya buat semua..

adik safiyyah pulak terselit kacau abang dia nak pancing ikan...

 syahmi & campus manager seri alam.
aunty ain.

 syahmi & his friends. Dirran, Syahmi & Ra'idh.

 students brainy bunch seri alam

alahai.. berpeluk-peluk pulak budak nih

seronok jugak attends majlis gini. tapi aku tengok aunties memang letih laa jaga bebudak ni.
ada yang berlari, ada yang tak duduk diam. panjat-panjat, lompat2...
insya allah next year nak attend lagi!

Friday, January 10, 2014

A Week at Brainy Bunch Seri Alam

Cukup seminggu tempoh persekolahan syahmi di BBIM Seri Alam. Kat johor ni start dari Ahad hingga Khamis. Aku tak sempat stalk Syahmi seminggu di skool dia. Aunty pon tak galakkan parents untuk stay & stalk their children. Nasib baik jumpa facebook page Brainy Bunch Seri Alam. Aunty upload kat fb, so dapatlah aku tengok ape yang dia buat kat skool tu. Kalo tanya kan syahmi ape yang dia buat memang macam-macam dia cerita.

Belek punya belek photo album kt fb tu, terjumpa gambar syahmi performs solah. Molek je tengok. Kalo kat rumah dia memang liat laa... Ada je alasan dia... Moga-moga slowly nanti dia bertambah baik lah not only kat skool tp juga di rumah. Performs solah not only at skool tapi dia tahu yg bersembahyang tu adalah wajib bagi tiap-tiap individu yang sudah akil baligh.

So far development yang aku dapat trace seminggu dia kat school tu aku tengok dia ada sedikit behave. Bole tolerate dengan adik dia, bole share toys, baca doa makan & baca doa tido confidently, more independent. Others, dia pandai cakap "See you later", "I got it!" in british accent. Amboi bukan main dia... 

So, below gambar-gambar yang aku cilok dari FB BBIM Seri Alam. 

Itu dia en. syahmi. Moga-moga nanti boleh jadi iman pulak yer.

i dunno activity ape yang diaorang tengah buat ni. tp nampaknya syahmi bukan main happy.

itu dia tengah sujud nun kanan sana.

Nap time. syahmi yang kt tengah tu

dkt canteen

syahmi sebelah kawan baik dia kt bbim (yg red shirt tu. nur iman)

Nanti update lagi his further development...

Sunday, January 5, 2014

Syahmi's School

Finally, on 5th Jan 2014 Syahmi officially entered a school at 5 years old.
Ini memang first experience dia. Sebab before this kiteorang tak pernah enroll dia kat mana-mana tadika. Dia just stay kat rumah pengasuh or rumah tokmak dia jer.

At first, kiteorang dah booking kat 2 tadika. 1 tadika kat area kempas. Ingatkan nanti nak tadika kan dia kat situ sebab dia refuse duduk umah pengasuh dia. 
But then bila my mum tak sihat & perlukan rehat, kiteorang paksa dia duduk balik kat rumah pengasuh, which is now dia dah ok kat situ. Then kiteorang booking lagi dekat tadika yang agak berhampiran dengan rumah.

Then dalam bulan 12 pulak, pengasuh dia cam dah tak berapa sihat nak jaga syahmi & adiknya. Dia kene buat regular check up. So kiteroang pon terpaksa lah cari alternative lain untuk macam mana nak arrange Syahmi and adiknya. Risau beb. Penat perah otak & buat 2-3 option. Mujur ada brainy bunch seri alam yang baru bukak branch yang sangat le dekat ngn umah kiteorang. Tak sampai 5 minit pon perjalanan.

Kiteorang decide enrollkan Syahmi Fullday dari 8.00pg hingga 6.00ptg, while adik still duduk dengan pengasuh. If let say pengasuh kene buat checkup, kiteorang kawtim dengan cik long untuk pickup adik & belanja cik long starbucks! Huhuhu.... Demi anak, apa saja ku cuba lakukan yang terbaik. Lagipon BBIM bagi kiteorang waiver for annual registration due to kiteorang dah bayar booking fees kat sekolah lain. So, just tolak the booking amount from annual fees. Takde rugi mana pon gitu.. Syukur. Lagi satu kemudahan yang Allah beri pada kiteorang.

The reason being enrollkan Syahmi ke fullday instead of regular is bila kiteorang calculate balik, tak banyak jimat mana pon. So better dia dok fullday kat bbim. Dia akan solat, mandi, tidur kat situ. Time petang, bole dia tuisyen sikit dengan Aunty dia. Kalo dok umah pengasuh kang balik tengahari, makan, pastu ngorok & tengok tv. Ini kira kiteorang nak bagi dia pengisian waktu yang lebih berkualiti. Hopefully dapat lah hasil yang baik. Amin Ya Rabbal 'Alamin....

Sebelum enroll tu kiteorang ada buat tour kt BBIM tu. Bila tulis kat logbook tu kiteorang visitor yang pertama. Hahaha... cayalah. bukan main bersemangat mak & pak dia. syahmi pon kata dia suka bbim ni. sebab ada banyak belon. ape kahhh??? dari sudut facilities memang terbaik. kiteorang dah check tempat tidur dia, classroom, canteen & toilet! bila syahmi dia keluarkan statement toilet dia bersih! (aku tak tau kenapa syahmi sangat particular dengan toilet? kat mana-mana pergi pon mesti dia komen pasal toilet.) budak kecik kan??? sangat lah jujur ape yang di cakapkan itu...

Ni gambar sepanjang kiteorang visit Brainy Bunch Seri Alam.
En. Combat telah bertanya sepuas-puasnya pada Aunty Ain (Campus Manager Brainy Bunch Seri Alam)

Classroom Area. Sangat luas. Lampu pon pakai LED type. Bole kurangkan strain to eyes.

Ni gambar Syahmi on his 1st day at BBIM Seri Alam. Ada student yang cranky, nangis. tapi dia cool je. Cayalah! Sejuk perutku mengandung.

Gambar dari luar. Dekat Jalan Lembah 19.


Wednesday, April 3, 2013

Cerita abang...

abang syahmi semakin rajin untuk belajar. walaupon tak dapat pendidikan formal ie. tak pergi skool macam budak umur 4 tahun yang lain. dia belajar bersama teacher faizin n tokmak dia jer.. tapi dia bagus. while waiting ummi punya turn nak makan, dia bukak stationery set transformers dia nak akan tulis n buat sesuatu.. bagus2.. keep it up. semoga syahmi semakan rajin sebelum umur 5 tahun dah bole membaca. amin. ummi dan ayah selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya...

tapi mesti nak lukis transformers jer...
hi ni penangan si bapak time tengah ngandungkan syahmi, dia pi ajak temankan dia tengok wayang cerita transformers. hehe.. sebab ummi dah buat syarat lepas kawin baru leh tengok wayang sesama. sebelum kawin tak bole hokeyyy...

ayah lukis, syahmi kaler. peace yawww!

sabo yer ayah... nasi belum abis lagi.. kena kunyah 40 kali... sunnah tu...

Thursday, October 11, 2012

Adik & Abang

Kisah 2 beradik ni... Kadang-kadang gaduh, kadang-kadang sayang...
Safiyyah aku perasan dia suke menyibuk curious dengan ape yang abang dia buat.
lelebih lagi bila abg dia tengok cerita upin ipin tak tab.

antara aksi dua beradik yang sempat aku rakam.
suke tengok dengan safiyyah punya sense of curiosity yang tinggi tu... hihihi

Adik: Abang tengok cerita ape tu...?
Abang: Cerita ipin-ipin la...

Adik: Hmmm... Tak best lah. Tengok timmy time lagi best
Abang: Ok, abang nk tukar cerita transformers pulak


Abang: Tadi kata nak tgk Timmy Time

Abang: Ni cerita best ni...

Abang: Haa... cerita ni pon best...
Adik: Adik dah merajuk, abang tak layan!

Wednesday, October 10, 2012

Vice Versa

Syahmi makin besar dan makin bijak.
bijak bercakap yer. suh naik train chuggington kat legoland pon nangis. ape daa...
some of conversations dengan syahmi lately berbunyi cenggini...

Syahmi: Ummi, Syahmi marah Cik Nuar, Ummi (sebab cik nuar nyakat dia time tu)
Ummi: Takmo... tak baik marah cik nuar... nanti tuhan marah.. tu kan pakcik syahmi tu...
Syahmi: Abis, kalo marah kucing, bole ummi...???
Ummi: $#%^&&&

Tok Mak: Syahmi, tak mo lari... nanti jatuh...
Syahmi: kalo syahmi jalan, jatuh tak?
Tok Mak: Kalo syahmi jalan, tak jatuh laa...
Syahmi: Kalo syahmi lompat, boleh?
Tok Mak: &^%$^^&

Ummi: Syahmi, kemas mainan syahmi tu. kalo sepah-sepah nanti lori sampah datang amik
Syahmi: Ummi, kalo syahmi kemas, lori sampah datang tak?
Ummi: Kalo kemas, lori sampah tak amik laa mainan syahmi...

Syahmi: Ummi, nape tutup tv? (Saje je tutup sbb takde sape pon yg nk tgk tv)
Ummi: Takde karen lah syahmi
Syahmi: Ok, kalo ada karen bole bukak tv.
Ummi: Iyo lah anak..

Syahmi: Ummi, nanti belikan Syahmi Ultraman Blue eh...
Ummi: Ummi belum gaji lagi.. Takde duit..
Syahmi: Ummi takde duit? Syahmi ada duit..
Ummi: Syahmi ada duit? Sape bagi?
Syahmi: Atok bagi.. (So atok, sila lah bagi syahmi duit ehh)

Wednesday, September 12, 2012

Cerita sebelum Syawal 2012

Dugaan dari Allah...
Kedua-dua anak tak sihat sebelum raya. So, cmne nak raya? Takde feel meloncat-loncat nak raya macam zaman kanak-kanak dulu kalo anak-anak2 kita mempunyai masalah kesihatan kan...?

Start dengan Safiyyah, bila cik adik tu sihat, abang dia pulak batuk, cirit birit & muntah2... Mula-mula bawa ke klinik biasa jer. Doktor bagi ubat tahan muntah & ubat cirit birit... Tapi dia still muntah jugak. 1 hari dekat 10 kali muntah. Even minum pon, muntah air jugak. Kesian Syahmi nmpak mcm dehydrated. Tak bole jadi ni. Mak & pak dia serah dia ke KMC. As usual, jumpe paed Dr. Khu.
Time ni datang ke klinik untuk dapatkan reference letter jer...

Time ni dah sampai KMC Specialist Clinic. Kesian Syahmi time ni. Nmpak dah takde daya dah...

After a few minutes tunggu, finally dapat jumpe Dr. Khu.
Penerangan yang sangat jelas & memuaskan hati. 
Rupanya Syahmi ada constipation probs...

Even, minor probs je still kene warded jugak utk drip air.
Tgh tunggu sambil main-main kat play area...

Syahmi at 6-bedded room. Patient cuma Syahmi sorang jer...

Adik yang suda sihat sikit datang melawat..
Bukan main lagi dia...

The next day, Syahmi yang di jaga oleh en. combat dah ke play area.
Dia dah sihat after selesai drip air & masukkan ubat untuk lancarkan pembuangan air.
Adoiyaii... lepas ni dah nak kene monitor balik qty plain water yang dia amik.
Encourage him to eat more fruits like banana & prunes.
 Dr. Khu ckp every week ada kes cmni. Lorr...? btol ka...?

The next day Syahmi dah bole discharged time 5.00pm @ 29th Syawal...
Malam tu kiteorang bergerak balik ke kampung en. combat.
Nasib baik perjalanan dekat jer... Sampai ke kampung around 1 pagi...
Pagi Syawal tu alhamdulillah mereka sihat sejahtera...
Ya Allah, aku redha kalo ini dugaan yang kau berikan untukku...

Raya tahun ni ala-ala jer. Takde lah beria-ia sangat...
Lebih banyak masa stay kt rumah emak. 
P/s time syahmi kt KMC ni bnyak lah hours en combat spent utk dia... bnyak masa for bonding-bonding (aku rasa ada hikmah di situ). kalo tak rasa macam dia terabai. is it parents neglect? en. combat yg bole jawab.

Friday, August 17, 2012

Syahmi's birthday present

Besday syahmi last month. Baru skg ni nak update hadiah yang kiteorang bg.
At first mmg plan taknak belikan dia hadiah even dapat sms dari toys r us bgtau dpt RM30 for purchased RM150 above... tapi at last belikan jugak... itu pon kebetulan dia tido masa kiteorang masuk toys r us. so, kiteorang lah yang pilihkan hadiah dia.. kalo dia pilih sendiri, alamat mmg pokai lah.. mesti amik yang mahal2 jer even dia tak tahu harga nya. tapi since nmpk mcm mainan tu best, mestilah tu yg di capai dulu...

Ni bungkusannya.. Aku memang sengaja je suh bdk tu wrapkan...

Muka budak baru bangun tido dengan hadiahnyer....

Suh bukak sendiri taknak pulak... last2 ayah yang bukak kan...

Apekah bondonya tu....?

"Eh, optimus pime lah ayah!"

Muka wajah ceria dapat lagi satu robot transformer....

So far ada 4 robot dia... 2 yg ori, 2 tak ori. tapi yg tak ori tu 1 dah patah. tinggal 3...
tapi en combat lah yang masak, kejap dia suh tukar jadi kereta, kejap dia suh tukar jadi robot balik.
but lately ni aku dh nmpak improvement dia sikit, dia dah bole transform robot dia sendiri... kira ok lah tu...
robot2 dia ni bukan dia sorang je yang layan.. pakcik2 dia pon sibuk nak pinjam robot dia. nasib baik syahmi cool jer.

Thursday, June 7, 2012

Kindergarten

Now i think it's time for Syahmi to go to school. So, mak & pak dia pon sibuk lah survey2 school yang available kt housing area kiteorang. Survey awal2 senang nanti nak buat decision & sediakan budget.
So, last month pon mula lah aktiviti survey2 ni. You know what, kiteorang cume sempat pergi 1 tempat je. Jadilah.. at least dapat gambaran & get the idea nak tnye teacher ape about budak2 ni punye matters.

Maka, kiteorang pon ke Smart Reader Bandar Seri Alam.
Preferably, aku memang suka kalo tadika tu on land. You know, mostly Smart Reader ni kt shop houses area. So, it must be at 1st floor of the building lah. But not bad jugaklah. Teacher diaorang sangat menjaga keselamatan budak2 ni semua. Yer lah, anak orang oiii, if anything happen. Sapo nak jawab?



Sempat lagi aku snap pictures kt dlm Smart Reader nih.
Teacher dia sporting jer.



This is class for 3 years old. Alah comelnya....



Sesi beramah mesra dengan Pakcik Combat.
Syahmi bukan main lagi... Berlari ke sana sini...



Ini dia bakal pelajar tadika.
Happy je dia aku tengok. Best kot ada ramai kawan. Sebab Syahmi ini jenis social aka suka berkawan.



Sape berminat, boleh lah call yer.



Ini yang paling penting sebenarnya...
Nak workout budget. Memang tak dinafikan time tadika ni memang banyak belanja...
Takpe lah. Untuk pendidikan anak, ikat perut sedikit pon tak pe...

So, persoalannya, adakah aku akan hantar Syahmi ke Smart Reader tahun depan?
Kiteorang masih berfikir2 lagi... Aku & en. combat prefer Islamic English medium tp mcm susah nak dapat kt area sini.... Kalo yang dekat Setia Tropika tu, ada Tadika Khalifah Elit. Memang dah lama kiteorang antar dia ke sana... Memang nak dia ke sekolah cepat. Bukan untuk pandai membaca ke hape. More on the playgroup n etc. Toilet train dia pon dah nak berjaya ni. Cuma dia tu kadang-kadang mengada2... Malam je lah still on diaper. Tak berani oii... Takut terbabas...

Ads