Ads

Sunday, April 20, 2014

Brainy Bunch Sports Day 2014

Hari jumaat 18 April 2014 yang lalu. Kiteorang attend Brainy Bunch Sports Day dekat Dewan Sri Tebrau. Eventho time tu hari kerja, tapi aku n en combat took leave untuk memberi semangat pada Syahmi. Lagipon ini first time attend sports day. Saje je kan nak tengok suasana macam mana. Dewan tak besar mana. Cukup lah untuk menampung 3 cawangan brainy bunch dekat johor nih, bandar baru uda, bandar dato onn & bandar seri alam.

kiteorang gerak dari rumah pukul 7.30am. memang malam khamis malam tu dah lah aku & en combat balik lambat. siap kene cas lagi ngn aunty sebab amik lebih dari pukul 6.30pm. en combat terkandas dalam ujan lebat. aku pulak bnyak keje kat opis. kalo kuar pukul 6.00pm mmg tak sempat laa... eh dah melalut pulak cite aku ni. 

anak-anak memberikan kerjasama yang baik. pukul 7 pagi diaorang dah bangun coz malam semalamnya tu dah suruh tido awal. kalo tido lambat, alamat bngun pon lambat laa. siap-siap2 kan kedua-dua terus cap cus bergerak. sarapan pon suh minum dalam kereta. itu pon syahmi tak nak minum. aku cakap kalo tak minum air kotak milo tu nanti tak kuat lari. dia pon terus minum. berjaya aku saiko dia.. hahha...

kiteorang sampai pon lambat. ada student lain dah sampai dulu. diaorang tengah berkumpul and siapkan maskot. comel betul bebudak nih... tengok syahmi tu, dah jumpa kengkawan dah tak ingat ummi & ayah dia dah...

 a mok mok of me!
seri alam mewakili baju kuning. aku tade baju kuning. hentam je pakai tshirt hitam. safiyyah je yang ada baju kuning. 

 yang baju ijau tu dari cawangan bandar dato onn & purple dari bandar baru uda.

 ini part yang paling surprise sekali.
syahmi mengetuai perbarisan untuk cawangan seri alam & memulakan bacaan ummul-kitab & translation sekali. aku & en combat memang tak tahu pon pasal perkara ni. memang aunty dia nak buat surprise untuk kiteroang.
nak menitik air mata bila dia baca & yang lain tadah tangan mengamin kan doa. dia baca dengan confident & lancar sekali.
aku kat belakang time tu. aku cm dengar suara anak aku. tapi mebbe aku salah. tapi bila dengar betul2 mmg sah2 dia.. aku terus ke depan amik video. itu pon dapat sikit jer. jadi lah...
gambar tu syahmi dengan aunty intan. aunty yang jaga group dia (comprehension). dia cakap time dia baca tu dengar kuat (mebbe pakai microphone). syahmi tak takut pon sebab aunty kan ada teman kan dia... hehe bijak-bijak...

tapi bab-bab sukan dia dia biasa-biasa je. ada lagi student yang lagi lincah. 
tapi dia berjaya buat semua..

adik safiyyah pulak terselit kacau abang dia nak pancing ikan...

 syahmi & campus manager seri alam.
aunty ain.

 syahmi & his friends. Dirran, Syahmi & Ra'idh.

 students brainy bunch seri alam

alahai.. berpeluk-peluk pulak budak nih

seronok jugak attends majlis gini. tapi aku tengok aunties memang letih laa jaga bebudak ni.
ada yang berlari, ada yang tak duduk diam. panjat-panjat, lompat2...
insya allah next year nak attend lagi!

Ads