Ads

Monday, August 16, 2010

Sudahkah anda membayar Zakat?

Zakat merupakan salah satu Rukun Islam di tunaikan oleh semua muslim. Pengertian Zakat itu sendiri bererti "Bersih, Suci, Subur & Berkat". Dengan berzakat, kita dapat membersihkan diri,membersih & menyuburkan harta-harta kita.

Zakat terbahagi kepada 2:-
(1) Zakat Fitrah
(2) Zakat Harta e.g. Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Ternakan, Zakat Wang Simpanan & etc.

Fuhh... masih aku ingat lagi pelajaran sekolah agama... Tak sia-sia aku belajar sampai darjah Khas. Hehe, untuk lebih lanjut, aku kene bukak balik kitab..

Zakat yang aku nak cerita kali ini ialah Zakat Fitrah. Zakat Fitrah bagi seluruh Negeri Johor pada tahun ini ialah RM 7.50 seorang. Alhamdulillah, en combat da membayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan tangunggannya weekend aritu. Adalah lebih baik jika kita membayar zakat kepada Amil pada awal bulan Ramadhan, jadi duit kutipan zakat boleh di agih-agihkan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan cepat...

Zakat bagi kami bertiga Total RM 22.50 tunai...

Ramadhan Pertama Kami!

Ini kira da lambat nak update gambar & cerita. Al-maklum laa, lately busy sket. Kali ni nak cerita pasal sambutan Ramadhan bagi kami bertiga. Tahun lepas, aku tak menyambut puasa sebab dalam pantang. Jenuh woo mengganti puasa 40 hari. Siap kena fidiyah lagi!. Tapi sumer aku kasi settle awal2... Nama pon berhutang, mesti la ganti... Ye tak?

Pada 1 Ramadhan haritu, aku sempat berbuka puasa di rumah keluargaku; kt kempas. Hari ke-2 berpuasa, aku berbuka anak beranak jela. 3 orang 1 rumah. Masak pon ala kadar je. Maklum laa masak express balik keje. Lauk kari ayam & sayur bayam. Jadi la... Buat pe nak membazir sangat masak banyak2 lauk. Bukan ramai orang pon nak menghabiskan. Paling banyak makan ialah en. combat. Aku makan sekadar alas perut, si kenit syahmi tu ngecek2 jer.

Layan pulak lah gambar... Buat kenangan...




Friday, August 13, 2010

Amazing Paintings of the Iranian Artist - Iman Maleki

Arini tak bnyk nak cerita. Kita layan gambar jer... Aci tak...?


Actually gambar-gambar yang aku tepek kat bawah ni ialah hasil daripada pelukis Iran yang bernama Iman Maleki. Beliau mula aktif melukis pada umur 15 tahun & graduated in Graphic Design from the Art University of Tehran.


Gambar-gambar ni dah lama berda dlm inbox email aku. Sejak aku mula2 keje dulu. Sayang nak padam sebab terpesona dengan ketelitiannya... Aku memang tabik springg pada orang yang pandai melukis ni. Lebih-lebih lagi Fine Art. Beruntung pada mereka yang telah di anugerahkan bakat sebegitu. Mungkin, bahagian aku pada perkara-perkara yang lain..

En, Combat pon bole jugak la melukis. Tapi semuanya jadi kartun. Kalo Syahmi da besar suruh aku lukis kucing ke, ayam ke, burung ke, memang aku tunjuk kt bapak dia je laa... Tak pon aku tolong tekap kan je... Hahaha...

Okey lah, balik pada cerita Iman Maleki ni. Kalo korang tak percaya, banyak lagi gambar bole tengok. His official site is here.






Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh


Esok kite seuma akan berpuasa. Itu yang penting! Bukannye 'Lagi sebulan kite nak beraya'. Inbox kt office email berderu-deru masuk dari pagi tadi. Semuanya wish Selamat Menyambut Ramadhan, minta maaf dan bla, bla, bla. Nak je aku reply to all and say "Exclude me from the loop". Tapi macam tak baik pulak....

Aku pula bukannye tak ingin nak wish pada member2... Lately, a bit bz. Walaubagaimana pun, aku dengan seikhlas hati memaafkan teman-teman semua. Dengan memaafkan sesama insan ni, moga-moga ibadah puasa ku di terima Allah dan mendapat keberkatan...

Ingin ku katakan, bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa. Ada rasa kelainan & 'sesuatu' pada bulan itu. Semoga pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ni, aku mendapat hidayah & petunjuk & seterusnya menjadikan aku Hamba Allah yang mulia, menjadi isteri, anak & ibu kepada keluargaku...


Monday, August 9, 2010

Kopiah Hari Raya Syahmi

Menjelang Syawal tak lama lagi, aku pon sibuk-sibuk siapkan ape ape yang patut untuk budak kecik tu i.e. Syahmi. Baju Melayu dah tempah, baju T-shirt & kemeja tak payah beli sbb besday aritu dapat dekat 5 pasang baju! So, buat ape nak membazir ye tak? Basuh & simpan elok2, nanti raya leh pakai ye Syahmi...

Ni nak cerita pasal kopiah pulak. Aku sebenarnya dah lama order... Aku order ngn kak Siti Rohani.. Sungguh teliti sungguh hasil tangan kak Siti Rohani. Kalo suruh aku, ntah bila siap. Aku pon mmg tak reti nak mengait ni. Kopiah ni custom made. Warna & design bole pilih sendiri. Ukur lilit

So, kopiah tu da selamat sampai pada aku akhir bulan lepas. Aku order 2. Satu tulis nama SYAHMI - kaler biru. 1 lagi tulis nama IMAN - kaler coklat. Aku selalu pakaikan kopiah ni time pagi-pagi hantar dia ke rumah pengasuh. Then, pengasuh Syahmi cakap mcm Imam Muda... Mudah mudahan... Aku pon tak kisah dah besar nanti dia nak jadi Imam... Memang tugas yang mulia pon.

Aksi Imam Cilik

Iman Cilik naik Vtech pg Surau

Matanya yang besar! Hatinya juga besar!

Imam Cilik tengok Astro Oasis tu...

Friday, August 6, 2010

Hadiah untuk Syahmi

Hujung minggu aku selalunya ke Jusco Tebrau. Bila da ke sana, en combat suka menyinggah masuk ke Toy's r Us. Dia suka usha car miniature. Takpon, LEGO. Dia cakap masa dia kecik-kecik, tak dapat benda ni...

Jadi, bila dia sibuk ke tempat kesukaan dia tu, aku pulak bawak Syahmi main kt bahagian mainan untuk baby. Banyak sangat mainan kt sana. Harganya pulak, hurm... tahu-tahu jelah... Di sebabkan itu, aku bagi je Syahmi main mainan yang di display.... Sian Syahmi.

Alkisah, aku bawak la turun satu mainan ni dari rak kt Toy's r Us dan bagi Syahmi main. Dia main dengan khusyuk sekali. Sampaikan aku tinggalkan dia dengan mainan 'pinjam" dia tu, & aku ke tempat lain pon, dia tak kisah pon... Picit button sana-sini. Then, aku geram bagi dia try mainan lain pulak. Tapi dia tetap ke mainan yang yang dia suka tu.

Lagipon aku da usha benda ni lama dah... Tapi en combat bagi aku ayat "mainan yang terlalu mahal untuk anak kecik berumur 1 tahun". Aku pon postpone nak beli mainan tu. Seminggu kemudian, dia bgtau yang dia dapat sms dari Toy's r Us. Voucher RM30. So, aku gunakan sebaik mungkin voucher tu. Haha... Kalo en combat betul melarang, nape dia bgtau dia dapat sms tuh??

Mainan yang di maksudkan ialah Vtech Grow and Go Ride On!

Hoyehh... !!!

Muka si cilik yang kegembiraan...


Try test2 dulu ...

Bila nak open the box?

Finally, i got it!

Secara kesimpulannya, mainan ni bukan aku yang pilih tapi Syahmi...
Macam dia tahu-tahu je, bulan ni aku dapat durian runtuh. Apepon, akanku usahakan ape-ape sahaja untuk si bucuk macam tu.

Cute Teddy Bears Giveaway by Cute Mum

Salam pagi Jumaat semua...

Harini baru berkesempatan untuk menjoin giveaway. Itu pon di tag oleh
Zura-Ibu Adam.
GA yang aku nak join ni ialah
Cute Teddy Bears anjuran Cute Mum sempena besdaynya!


Seperti biasa, mesti ada syarat kan?

1. Menjadi follower blog Cute Mum - done!
2. Buat Entry pasal giveaway ini di blog masing2 dan pastikan link back pada giveaway nie - done!
3. Tinggalkan penyertaan anda di bahagian komen entry ini sahaja - done!
4. Tagkan 5 rakan blogger lain (lebih pun takpe) - done!
i) Pid
ii) Mama Ruhil Imaan
iii) Liyana
iv) Fara
v) Whitey Mommy
5. Contest ini akan berakhir pada 13/8/10 iaitu pada hari lahir Cute Mum...
6. Hadiah menanti anda : Teddy Bear yang Cute2...

Keputusan akan diumumkan pada 16/08/2010...

Ads