Ads

Wednesday, May 25, 2011

Main Bedak

Dah macam tepung gomak!
Itulah yang boleh aku perkatakan. Lately Syahmi suke sangat melawa2... Malam2 buta nak pakai minyak rambut lah, main cologne lah, losyen lah. Bulan lepas dah sebotol cologne dia kontang sebab dia buat main. Abis wangi giler satu badan dia siap dengan bantal2 n tilam.

Terbaru, dia main bedak pulak last week. Dah la weekend aritu tu en. combat kerja. Aku lah yang sibuk nak masak n buat kerja umah segala.. Tengah syok potong2 bawang, pastu dia cakap 'dahhh.....'. Aku tengok muka dia dah penuh dengan bedak. Sebijik macam muka Aziz Satar dalam cerita Seniman Bujang Lapuk. Kat muka jer putih, tapi kat tangan n kaki xde pulak bedak.

Hahah, nak tergelak pon ada tengok dia macam tu. Aku terus dokong dia n tunjuk muka dia kt cermin besar. Aku tanya "Encem ke mcm ni..?" Syahmi jawab "Encem.." sambil angguk-angguk kepala... Hisy.. Geramnya aku. Patutlah dia diam jer beberapa minit tu. Rupanya ada projek dia dia tengah bikin.

So kawan-kawan. Sila saksikan rupa dia...

 Penuh bedak kat muka..

 Kat bibir pon ada...

 Nak snap gambar sikit punya susah sebab dia lari-lari.
Nak tunjuk bukti kat en. combat ape anak kesayangan dia telah buat

 Lepas main, haus..

Sebukit bedak yang terkorban.
Terus abis satu botol. Nasib baik botol cinonit jerr..

Monday, May 23, 2011

Weaning Off the Breast - Syahmi

Hari ini genap anakku Muhammad Syahmi Iman berumur 20 bulan.

Hari ini juga aku announce that he is officially weaning off the breast. 

Macamana caranya nak weaning off baby ni? Aku xde letak benda-benda pahit pon e.g. Nescafe ke, Jadam ke. Sebab itu salah satu petua orang-orang dulu untuk putuskan susu. Mungkin start aku pregnant ni dia dah boleh faham-faham sendiri. Aku just continue breastfeed macam biasa jer since aku pregnant. Mula-mula parents aku especially mak aku marah jugak laa sebab risaukan kandungan dalam perut tu. Then aku pg check kt forum susuibu.com. Mostly ada ibu yang pregnant, tapi masih susukan anak mereka asalkan tiada masalah yang berlaku. Tapi pernah juga aku baca, kalo kite masih susukan anak juga, then ada bleeding, kite di nasihatkan untuk hentikan penyusuan.

So far, tiada bleeding pon pada aku. As usual aku susukan Syahmi seperti biasa. Lagipon Syahmi ngempeng pada waktu malam jer during weekdays & fully breastfeed during weekend. Then, lama kelamaan aku perasan yang dia bfeed sekejap jer. Dalam 2-3 minit pada satu2 masa. Then, dia terus tak mintak langsung untuk ngempeng. Right now, bila aku offer dia untuk breastfeed, dia tolak. Cakap tanak susu sambil geleng kepala. 

Hurm, belum pon sampai umurnya 2 tahun. Tapi nak buat macamana. Itu kemahuan dia sendiri. Mungkin dia dah jumpa yang lagi dia suka e.g. buah-buahan, biskut, roti & nasi.

Di sini, aku ada attach Tips on How to Wean Your Baby off the Breast yg aku jumpe kt ehow.com

1.       Proceed slowly. Your baby may find abrupt weaning traumatic, and it can lead to uncomfortable engorgement and mastitis in your breasts. Mastitis is an infection that can cause fever and flulike symptoms, as well as pain, hardness, redness, or heat in your breast - usually just one breast, not both.

2.       Eliminate one daily feeding session at a time over a period of weeks or even months, starting with the nursing session that seems the least important to your baby emotionally.

3.       Offer your baby a substitute for the breast. If she is less than 1 year old, you may need to substitute formula in a bottle to make sure she gets the nutrition she needs. If she is past her first birthday, eating a variety of foods and drinking from a cup, you may be able to offer her food or distract her with a fun game or activity.

4.       Give extra affection. Weaning can make babies feel vulnerable for a while, and your baby may need added reassurance that you still love her.

5.       Keep your baby occupied by going to the park, taking a walk or playing in the garden.

6.       If your baby clearly wants to nurse, and if your attempts to distract her with other snacks or activities aren't working, it's OK to nurse. This way, you can avoid a battle of wills.

7.       Continue to nurse for comfort if necessary. Often, a more or less weaned baby will want to nurse after a fright or a fall. This is OK. It will take her a while to get used to the other forms of comfort you offer.

8.       Contact your doctor, a lactation professional or your local La Leche League if you experience pain or engorgement while waiting for your milk to dry up. They can offer some solutions for a safe and pain-free transition.

9.       If you wean your baby from breast to bottle, avoid putting her to bed with a bottle. It poses a choking hazard and promotes tooth decay. If she gets thirsty at night, keep a spillproof cup of water nearby and offer it to her when she wakes.

Gambar-gambar gumbira Syahmi selepas weaning off.






Gambar terakhir yg sempat di snap semasa aku susukan Syahmi.
Nampak tangan dia kuar dari celah ponco tu?
P/S: 
1. Lepas ni tak payah bawak ponco kalo g memana.
2. 2nd azam pada 2011 telah tercapai. Tapi awal lah pulak.

Thursday, May 19, 2011

Ummi nak eskrim!

Memasuki umur 1 tahun 10 bulan minggu depan, aku consider Syahmi dah boleh bertutur dengan baik. Walaupon ada pelat2 sikit, tapi percakapannya dapat di fahami aku ataupon en. combat. Contoh:-
Cipmart = Kipmart
Bujan = Hujan
Aku agak2 Syahmi dah ada lebih dari 100 - 150 perkataan yang dia kenal & dia boleh sebut dengan baik.
Dia juga dah bole buat ayat. 1 ayat yang mengandungi 3-4 patah perkataan.

Terbaru, time Wesak Day Selasa lepas, aku & en. combat pergi jalan2 ke Jusco Permas. Sementara en. combat pergi cucuk duit kt ATM machine, aku dudukkan Syahmi kat atas main goyang-goyang bila masukkan token tu. Alah, ape ntah nama mainan tu aku pon tak reti nak sebut. Aku tak masukkan token pon sebab aku tahu dia bukan suke kalo benda tu gerak2. Nanti dia bangun. Dia just main steering jer. Lepas tu, kiteorang pon nak gerak lah masuk Jusco. Dia pulak tak nak lepas dari benda tu. Aku pulak acah-acah dia utk tinggalkan dia. Tapi dia siap babai2 lagi kat kiteorang...

Cess... Last2 aku pujuk nanti kite beli aiskrim. Dia pon ok jer. Tapi tak terus beli.. Kiteorang masuk Jusco dulu untuk window2 shopping. Beli laa barang sikit... Pusing2 kat tempat mainan dulu untuk belikan Syahmi set block macam LEGO tu. Tapi yg murah punya. Pastu Syahmi panggil aku, "Ummi, Ummi, Sports Car!" sambil tunjuk model kereta Ferari. Pastu dia cakap lagi "Keretapi Thomas!". Dia nampak pulak model keretapi Thomas & Friends. Banyak lagi lah benda yang dia kenal, dia tunjuk & dia sebut...

Lama jugak lah pusing-pusing kat situ... Sampai satu tahap dia sebut "Ummi, nak eskrim!". Alamak, dia ingat lah janji yang aku taburkan pada dia. Dia bukan mintak pada en combat. Tapi dia mintak kat aku. Mungkin dia tahu aku yang berjanji kt dia bukan en. combat. So, untuk tidak menghampakan dia, kiteorang pon pergilah ke Secret Recipe dulu. Masa tengah pilih2 kek tu utk take away, dia sebut "Cakes!". Hurm... banyak jugak yang dia boleh sebut. Then, baru ke Baskin Robin.

Kalo ke BR tu, paham-paham jelah... Eskrim sedap. Aku dapat beberapa suap jer. Dia jer yang lebih. Asyik-asyik cakap, "Nak lagi, nak lagi". Akhirnya aku pon beralah.. Tunggu 31st May ni. Memang aku tak bagi chan!. Aku nak beli yang handpack punye.



Ni aiskrim untuk Syahmi. Flavour Strawberry Cheesecake & Jamoca Almond Fudge
Tengok muka pelik dia tu. 
Sebab dia selalu makan Sundae McD jer.



Tetapi mulut tetap buka luas apabila di suap!



Cakes!


Mana satu pilihan hati?
Nasib baik tak pandai pilih lagi..

Lastly, before balik. En. combat take away coney hotdog kat A&W... Aku & Syahmi pulak duduk kejap depan kaunter A&W sebab staff kat situ lambat pulak siapkan order. Syahmi pulak nampak beg plastik Jusco berisi barang yang kiteorang beli tadi. Dia rampas beg tu dari aku. Aku tak bagi lah sebab aku tahu dia mesti nak bukak punya. Pastu dia boleh cakap kuat-kuat "Ayah, Syahmi nak LEGO!"... En. combat bukan jauh sangat pon. 2-3meter jer dari kaunter tu. Mak aii.. Kuatnya suara...

Saturday, May 14, 2011

Selimut Bucuk

This time cerita pasal selimut Syahmi. Fyi, masa siapkan barang2 baby before bersalin dulu, aku ada beli 2 receiving blanket. Tapi yang lagi satu mana ntah pergi. Tinggal yang kaler biru belang2 ni jer.
Aku suka kain selimut nih. Lembut jer. Sesuai lah untuk newborn baby. Pergi mana-mana pon aku angkut jer selimut dia ni. Lagipon ringan & bole selit2 dalam beg. Tapi Syahmi sekarang da nak masuk 1 tahun 10 bulan pon. Masih lagi pakai selimut nih.

Dia panggil 'selimut bucuk'. Actually aku yang ajar dia panggil selimut tu selimut bucuk. Bila aku suh cium selimut tuh, dia pon cium. Pastu dia cakap 'bucuk...'. Padahal selimut tuh baru jer aku basuh. Siap letak downy passion banyak2 lagi.Sure lah wangi... Mungkin dia belum dapat kenalpasti bau agaknye. Sebab bila aku test2 perfum kt bodyshop aritu, then aku bagi kertas test tu dia boleh cakap busukk pulak...

Lepas ni aku kene ajar kat dia macam mana bau-bau yang wangi macam bau sabun, perfum, bedak, losen & cologne. Bau-bau busuk pulak mestilah bau2 baju en combat... Haha.. Just kidding. Aku bagi contoh bau belacan lah. Nak tengok dia cakap busuk ke wangi...

Below aku tepek gambar2 syahmi & penggunaan selimut dia yang tahap maximum.
 4 days

 
 1 month
 5 months

Kat KMC pon pakai selimut nih

Until now.....
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

Tengok tv pon bertemankan selimut bucuk


Selimut dia ni akan ku jadikan barang kenangan untuk Syahmi. So, kalo dia ada adik beradik yang lain. Aku tak recycle selimut dia ni utk adik dia. That mean, setiap anak2 aku ada selimut kenangan yg bucuk masing-masing. Boleh tak gitu...? Haha, Layannn..

Tuesday, May 10, 2011

I'm a preggy mama

Tengok tajuk pon dah tahu kan?
Sekarang aku telah mengandung 3 bulan +.
Baru nak tulis kat blog nih. Ala, tulis cepat2 pon bukannye ada org nak baca blog aku ni.

Actually aku da buat Urine Pregnancy Test bulan March aritu. Tapi baru minggu lepas aku pg buat kad merah kt KK Tampoi. Check punye check, aku sekarang dah 14 minggu hamil. Huh, cepatlah abis first trimester ni. Sebab aku mengalami loya & muntah. Tapi bukan tahap yg severe la. Mild jer. Cuma aku kurang selesa.

Cerita dalam pasal muntah ni, balik kampung masa Labour Day aritu aku muntah 2 kali dalam kereta. Time pg muntah sekali, time balik muntah jugak. Time pg tu, aku sempat lagi tadah pakai surat khabar. Tp time balik tu, aku budget aku tak muntah lah. Tapi sama jugak. Aku termuntah kat karpet kereta. Ape pon, many thanks pada en combat yg tolong cucikan karpet kereta & buang muntah aku tu. Love you so much...

Hehe, korang jangan pulak termuntah bila baca cerita muntah aku ni. Biasalah tu pada ibu2 mengandung. Time Syahmi dulu, aku mual masa 1st trimester jer. 2nd & 3rd aku da okey dah. Hope pada baby yg kedua ni pon sama. Tak larat aku kalo mual sampai 3rd trimester. 

Selain itu, salah satu azam aku pada tahun ni dah tercapai lah. Sebab memang aku plan untuk pregnant pada tahun ini. Due date aku pada 5 November 2011 (Nk dekat raya haji wooo). Kalo bby lambat sikit kuar, lebih kurang ngn besday aku lah, 9 November. Tapi itu tak penting, asalkan aku selamat deliver baby & anak aku nanti sihat walafiat.



Dah ada kad merah baru bole canang satu kampung...
Hehe..



UP Test done on 16th March 2011 @ 7.30pm

Aku pon ada tambah 1 widget utk track pregnancy aku. Tapi week yg dia bg mcm tak tepat. Mcm lambat dari kiraan aku. Tak kisah lah...

Disamping itu, aku nak wish congratulations pada kawan aku Cik Siti yang di sahkan hamil jugak...
Pada adik aku Cik Ude, cecepatlah sikit yer..

Monday, May 9, 2011

Sambutan Hari Ibu 2011

Tahun ni tahun ke-2 aku jadi ibu & sambut hari ibu.
Tapi aku sambut hari sabtu. Tak kisah lah...
Asalkan ada orang belanja makan sedap & aku just order jer. Many thanks pada en. combat yg belanja.
Hari Bapa nanti, turn aku pulak belanja dia..
Nak tunggu Syahmi kene tunggu lagi 25 tahun lah. Bila dia dah besar & dah ada kerja.

Sambutan Hari Ibu tahun ni aku pilih makan kat Vivo. Memang jarang sangat makan kat sini. Sebab dia tak de set. So, kene pilih menu satu-satu. Tapi da kepingin sangat, so aku pon masuk jelah. Memandangkan kat Vivo ni tak sesak sangat mcm Pizza Hut or Rasa Mas.

So far, aku bagi 4 star pada Vivo ni. Makanan sedap, tempat selesa & order pon cepat sampai. Tahun lepas aku makan kt MFM. Kt MFM tu mcm ada angin sikit. Kejap cepat order sampai. Kejap lambat bebenor sampai aku cancel order.

Makan kali ni penuh dengan nikmat. Bole kunyah 40 kali sebab time kiteorang makan tu, dia tengah tidur. So, boleh lah makan ngn slow & steady. Kalo dia bangun, kang dia bukannye nak kite suapkan. Tapi nak suap sendiri.. Haiyaa... Lemah aku. kalo kat umah aku tak kisah. Ni kt shopping mall. Nanti baju kotor lah. Dia comot lahh.. Bila kiteorang da abis makan, baru dia bangun. Hehe, thanks Syahmi..

So, jom tengok ape yang kiteorang order.

 Fruity Fitness (Strawberry + Watermelon) for Puan Fain
Sunrise Splendour (Green Apple + Lime) for En Combat

 Creamy Mushroom for Puan Fain.
Sesiapa vegetarian pon sesuai makan meal ni. Sedapp!

 Baked Meatball Spagetti
Ini aku pon bole buat kat umah. Tp en combat still order jugak..
Bukan susah sangat pon...

Thick Crust Chicken BBQ pizza for Puan Fain.
Mmg dah lama tak makan BBQ pizza sbb kt Pizza Hut dah discontinued.

See, aku amik 2 meals. tak abis pon pizza tu. Luckily en Syahmi tolong abiskan...

Ads