Ads

Wednesday, May 25, 2011

Main Bedak

Dah macam tepung gomak!
Itulah yang boleh aku perkatakan. Lately Syahmi suke sangat melawa2... Malam2 buta nak pakai minyak rambut lah, main cologne lah, losyen lah. Bulan lepas dah sebotol cologne dia kontang sebab dia buat main. Abis wangi giler satu badan dia siap dengan bantal2 n tilam.

Terbaru, dia main bedak pulak last week. Dah la weekend aritu tu en. combat kerja. Aku lah yang sibuk nak masak n buat kerja umah segala.. Tengah syok potong2 bawang, pastu dia cakap 'dahhh.....'. Aku tengok muka dia dah penuh dengan bedak. Sebijik macam muka Aziz Satar dalam cerita Seniman Bujang Lapuk. Kat muka jer putih, tapi kat tangan n kaki xde pulak bedak.

Hahah, nak tergelak pon ada tengok dia macam tu. Aku terus dokong dia n tunjuk muka dia kt cermin besar. Aku tanya "Encem ke mcm ni..?" Syahmi jawab "Encem.." sambil angguk-angguk kepala... Hisy.. Geramnya aku. Patutlah dia diam jer beberapa minit tu. Rupanya ada projek dia dia tengah bikin.

So kawan-kawan. Sila saksikan rupa dia...

 Penuh bedak kat muka..

 Kat bibir pon ada...

 Nak snap gambar sikit punya susah sebab dia lari-lari.
Nak tunjuk bukti kat en. combat ape anak kesayangan dia telah buat

 Lepas main, haus..

Sebukit bedak yang terkorban.
Terus abis satu botol. Nasib baik botol cinonit jerr..

No comments:

Post a Comment

Ads