Ads

Showing posts with label Fain. Show all posts
Showing posts with label Fain. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Hadiah pada hari jadi ku...

the present was not for me... it's it fair?? eventhough today is my birthday??
nak buat cmno... even laki sendiri pon tak belikan hadiah... sebaliknya bini pulak yang belikan en suami hadiah pada hari jadi si bini...
ini lah nasib aku... apa daya.. (hope en combat cecepat baca entry ni!) nanti time besday dia aku buat dunno jer.. naseb arr...

hushh..... what a hectic day todayy..... pagi2 dah pg training centre, masuk meeting lambat. nasib baik boss kecik tak marah, pastu lunch date dengan mak iti, then pergi PMT office cari info, then pergi training centre balik... sampai rumah after pick up kids at 6.30pm.. cian anak-anak aku lama kt umah pengasuh dia... selalu before 5.30pm aku dah sampai dah..

btw, aku pg training centre banyak kali sebab ada ICT fair kt MMHE ni... nak melayan benda alah yang satu ini lah untuk en combat... menyesal pulak tanya dia nak tak benda ni.. for sure dia takkan tolak punyer...
ape ke bendo nya tu...?
ohw, see below..
it's iphone4s 16G white colour! en combat tue... Huh!

i bought at a very cheapest price. less than rm300 may get the device with monthly rm150.
baru plan nak tukar ke celcom, nak reduce kan monthly bills, nampaknya kene cut kt tempat lain pulak..

yg ini pulak canon powershot rm300 jer...
sape mau beli.. lai..lai...lai...

others phone offered by celcom. quite attractive.
tapi disebabkan kna kuarkan quite big sum of money, aku decide continue ngn maxis jer...

Tuesday, August 7, 2012

Memborong tudung Aidijuma

Semenjak dua menja ni, dah menduakan si Ariani... Haha, aku dah beralih arah pada Aidijuma pulak. Back to basic. Pakai tudung bawal. di improvise oleh Datin Norjuma Habib Mohamad. Lawa2 tudung keluaran AJ ni. Aku singgah kiosk AJ kat Angsana sampai rambang mata memilih tudung... Macam-macam colour. Ada 1 tone, 2 tone, 3 tone, Bawal 205 & etc.

Pada sesiapa yg budget tight mcm aku ni bole singgah ke kiosk AJ setiap mlm Khamis or Jumaat. Kat situ diaorang lambakkan tudung yang reject punye. Ala... reject sikit jer. Tapi demi nak jaga kualiti, AJ ketepikan & masukkan dalam bakul. Each piece RM10. Murah je kan...? Grab the opportunity that day k, gals...


Antara rembatan aku tudung AJ. Ada yang reject, ada yang tak reject....


Yg atas bawal 3 tone RM22 each.
Yg bawah tu bawal 205 RM43 each

Gambar cun Norjuma. Credit to Annas Easkey
Gambar Juma memakai tudung bawal 205 yg macam aku beli kat atas tu.
Siap tunjuk kt promoter gambar ni sebab aku nak beli kaler yang sama jugak macam juma pakai... kikiki..

Thursday, May 10, 2012

Sepetang bersama my trusted friend

Dah lama wooo tak dating ngn makcik sorang nih... dulu time kt itm, dia lah geng aku kalo nak balik jb. then bila sampai jb, kiteorang mesti keluar berjumpa. tengok wayang lah, window shopping lah, makan-makan lah... then, bila aku da kawin n ada en syahmi ni, makin lah  bz n tak sempat spend masa ngn member2... mctu jugak ngn cik siti kite...

akhirnya, one sweet day, kiteorang pon gamble jer dating makan2 dessert kt Sweet Hut Desa Tebrau. Pergi dalam  keadaan adhoc sebab kupon yg cik siti dah nak expired. rugi pulak nanti. beli kupon rm25, dapat makan dessert yang berharga rm50. berbaloi2 kan....??

dapat lah berborak-borak tanpa sebarang gangguan. kalo ada syahmi, hmmm paham2 je lah. mesti kena pay attention kt cakap dia dulu... so, kiteorang bersembang lah ala-ala mcm zaman anak dara dulu. ekekeke... gossip2 sikit. update pasal member kiteorang yang pregnant twin (congrats sarah herman) & cerita-cerita terkini & sensasi. sambil tu memilih menu yang best untuk mengisi perut. tapi semuanya ialah dessert...


pilihan menu adalah atas persetujuan bersama.... so, banyak dessert yang kiteorang bole rasa....
cik siti dengan dessert yang membuka selera...



Right: mango sago pamelo soup
left: coconut pudding fresh mango



left: america pancake chesnut
right: baked marquis choco pudding



bergambar dulu sebelum ngappp....



left: honey coconut & egg
right: chocolate ice blended.

bayangkan 6 dessert kiteorang ngap dalam masa 1 jam. banyak giler hokayyy....
cik siti, lain kali, ko jangan beli kupon banyak2... rosak diet aku....

Monday, March 26, 2012

Terbeli tudung Ariani...

Gedikkss!
Bole tak cakap 'terbeli'?
Padahal diri sendiri yang membayar tudung yang mahal tu dengan rela hati....
Mahal wooo tudung ni rupanya... Aku pernah masuk butik Ariani 3 tahun lepas... Tak tak beli pon.
Masuk tak sampai 5 minit, pastu keluar. Terbeliak biji mata tengok harga dia memcecah beratus ringgit untuk sehelai tudung...

Tapi itu 3 tahun lepas. Now, i know how to appreciate myself. Even for my self satisfaction. Asyik belikan untuk anak jer. Kadang-kadang nak jugak reward untuk diri sendiri....
So, ini lah tudung yang paling mahal pernah ku miliki. Sebab tudung aku kebanyakkannya rm10-rm20 je sehelai...
Tapi memang best tudung ni. Terus mode perasan (ala-ala Wardina Safiyyah) sebab dia kan model untuk Ariani ni... Lawa jer...
Lagipon Ariani ni fabrik ni ringan dan tak jarang. Jahitan kemas. Awning dari thai silk. So, kalo pakai pon terletak jer... Ini review dari aku sendiri bila compare dengan tudung-tudung yang aku beli kt kipmart sana...



Beli tudung pon dapat paper beg ker?
Harus la... Kalo sehelai pon da cecah rm100


Tudung yang aku beli. Ada 3. Lagi satu malas nak snap.
Kene cucian tangan & tak boleh rendam lama-lama...
Sebab awning dia dari thai silk. So, kena jaga sikit...



Siap buat kad lagi..
Aku tak sure entitle brape % off ni.. 5 or 10% kot...
Even waktu promotion.
Bila bole beli lagi?
Tunggu waktu raya kot... Tempat dia pon cosy jer..
Safiyyah tunggu lama-lama pon dia tak merengek sangat. 

Monday, November 14, 2011

I'm now a Tupperware Member

Gara-gara en. combat nak membeli Eco Bottle cap Tupperware, maka aku telah meng'signup'kan diri untuk menjadi ahli Tupperware. Bayaran untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM60 & akan dapat kit. Content dalam kit bag  itu ialah booklet, cds, order form, tupperware paper bag, 3 units of tupperware product & etc.

Sesaja jer join Tupperware nih. Macam lawa-lawa jer product dalam catalogue dia. Hopefully lepas menjadi ahli tupperware, bole beli product dia banyak-banyak & rumah especially fridge pon lebih organised.
Aku join ni pon bukan untuk buat bisnes sangat pon. Tapi aku still amik tempahan pada sape-sape yang nak order product ngn aku. Then aku akan bagi 10% diskaun from the retail price as shown in the catalogue.

Pada member-member yang ingin join untuk jadi ahli pon, aku bole tolong untuk daftarkan. Cuma bayar RM50 je kalo korang daftar ngn aku nih... Untung tak? Aku jadi ahli pon bayar RM60 tau. Tolong kawan punya pasal... No problem!



Ni kit for new member! Ada banyak lagi isi kat dalam. Ini cuma sebahagian sahaja...



2 Eco bottle aku grab semalam + strap.



Catalogue aku dapat free semalam. 1 keping RM0.50. Tapi amoi tu bagi free 5 keping kat aku...

Lepas ni nak jadi ahli ape pulak ekk? 
Kemungkinan aku nak daftar jadi ahli Shaklee sebab product tu serasi dengan aku...

Wednesday, November 9, 2011

Happy Birthday Ummi Nur Fain

Siapa ummi Nur Fain? Aku lah tu.. Sapa lagi.
Hari ini 9 November 2011 merupakan harijadi ku yang ke-28. Dah beranak 2 pon...
Pepagi lagi aku dah dapat sms dari en. combat wish besday kat aku. Ingatkan dia dah lupe... Patutlah pg keje menonong jer td (lagipon dah lambat).
Thanks also pada kawan2 yang wish besday kat wall fb. Semoga dengan pertambahan umur ni aku di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, di beri kesihatan yang baik...

Kek besday yang yang di sponsor oleh en. combat dah abis dah di makan time raya haji aritu. Kalo potong arini, confirm tak abis sebab kat umah tak ramai orang. So, decide potong pada 6 haribulan 11. Jadilah.. Buat suka-suka. Thanks again pada en. combat.. Terima kasih daun keladi yer..

Can't read? Happy 28th Bitrthday Ummi Nur Fain

Golden Nugget from SR. Pilihan aku untuk besday ke-28 ni.

 Dengan anak bujangku. Syahmi Iman

Model Kek. Sibuk jer...

 Kami ber-3. Syahmi of course lah berkepit ngn Cik Biha jerr

 Syahmi: Sayangg Ummi...

Cik Ude yg pakai tshirt biru tu nak pg jogging tp melantak kek dulu...

Lagi satu lupe nak ucap terima kasih sekali lagi pada en. combat sebab belikan aku hadiah mug Jco Donut. Masa besday dia last year aku belikan mug starbucks. Ni kira dia balas balik nak bg mug jugak lah tu. Kalo ikutkan hati nak je aku mintak Passbook Gold Account 10gm. Hahaha... Lagi 10 tahun baru dapat agaknya...

Thursday, October 27, 2011

Tanggal tali pusat

Dengan ini rasminya Safiyyah Imani telah tanggal tali pusatnya pada semalam 26 Oktober 2011 bersamaan pada hari ke-10.
Lega aku bila dia dh tanggal tali pusat. Kalo tak, hari2 kene bersihkan. Skg tinggal tuam sikit bagi pusatnya masuk ke dalam.
Tali pusat Safiyyah telah selamat berada di dalam karung bersama-sama tali pusat Syahmi dulu. Petua orang dulu-dulu ckp biar diaorang berbaik2 bila da besar nnti. Ape2 jelah..


Pakai baju syahmi lagi


Semalam aku pg jln2 kuar ke jusco. Still dlm pantang lg tu. Mcm orang da sihat je. Ala, pg mkn mfm sbb aku da beli kupon kt groupon. Rugi plk klo x redeem. Lepas tu blk. Pergi bersama-sama & di supervise oleh mak aku. Aku pon xde mood nk shopping lagi sbb Safiyyah masih kecil. Tunggu da besar sikit, baru leh start carikan baju untuk dia.


Halus jer lagi.. Mcm Syahmi..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 24, 2011

Safiyyah & Jaundice

Aku skip update blog lately sbb bz menjaga Safiyyah n Syahmi. Nasib baik mak aku yg dah pencen tu bnyk membantu. Safiyyah mmg x bnyk ragam. Cuma dia takut air jer. Manja betol. Syahmi pulak makin hari makin cerdik n panjang akal. Memang letih sikit lah nk melayan karenah dia.

Jumaat lepas, lepas Safiyyah jadi model tu, aku bwk dua check up kt klinik. Rupa2nya, dia ada jaundice. Bacaan dalam 13. Then, keesokkn harinya ambil darah lagi. Kiteorang ph ke Klinik Pesakit Luar Jalan Mahmoodiah pulak. Bacaan meningkat ke 18. Terus Dr. tahan dia utk dimasukkn ke NICU HSA.

Alahai, dugaan betul.
Tapi jaundice n newborn tu synonim. Tak usah risau. Cuma ini pengalaman pertamaku n en combat berhadapan dengan bayi yg ada jaundice. Time Syahmi dulu x de pulak.

Aku terus decide untuk warded kan Safiyyah ke KMC. Berjumpa dengan Paed Dr. Khu Yi Soon. Itulah hospital yang dekat ngn umah parents aku. Senang aku nk ulang alik.

Di sana, Safiyyah diletakkan di Isolation Room. Aku tidak di galakkan untuk memberinya direct breastfeed. Maka aku terpaksa mengepam selang 2 jam untuk supply pada Safiyyah. Alhamdulillah cukup. Kiteorang discharge pd pkl 12 tgh apabila bacaan jaundice dia pd pg ahad turun ke 8.4.


Semasa rawatan fototerapi


Tag dr KMC


Setiap 2 jam bole supply 1oz or 2oz jer.


1st time Safiyyah at home. Smlm aku blk umah sekejap amik losen Pati Mustajab.


Syahmi plk aku da botakkan. Rimas ngn rambut dia yg dh pnjang tu.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 21, 2011

Safiyyah jadi model

Kikiki.. Baru 6 hari da jadi model. Ala, bukan model catwalk pon. Ni model utk perenting class kt KK Tampoi. Model untuk tunjuk ajar cara2 untuk mandikan baby. So, Safiyyah lah modelnya. Kawan mak aku yg request mintak tolong. So, nk tak nak pergilah juga. Yang balasan pahala yang di pinta.
Aku pulak mcm org bukan dlm pantang. Bole drive sendiri pulak pg klinik tu. Ala, bkn ssh pon. Tekan jer pedal tu


Mak Yam, misi berpengalaman bg ceramah


Kuatnye nangis...


Syahmi pon ada tu...





Selesai pon satu perkara...

Lepas tu, aunty jasber mintak tlg aku demo cmne nak bfeed baby. Eiii, malunya. Tapi for education purpose, aku pon tunjukkn dengan jayanya...


Pic xde kene mengena. Hasil pump aku smlm.


Safiyyah lagi. 1st pakai baju kaler pink!

Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 20, 2011

Rezeki untuk Safiyyah

Semalam aku da start mengepam sbb b da rasa bengkak-bengkak sikit. Belah kanan jer. Dah la ada luka sbb newborn sucking punyelah kuat. Lidah pulak tu sikit punye tajam. Penawarnya, sapu balik dengan air susu tu. Alhamdulillah mujarab.

Then bila Syahmi & Safiyyah tido lena, aku pon menjalankn sesi mengepam. Hasilnya....


Dalam 1oz jer. Tapi susu pekat. Warna yellowish. Mungkin fasa kolostrum dah nk abis dan memasuki fasa susu matang. Aky kna perbanyakkan minum air cmni. Apepon, aku bersyukur kerana Allah masih memberi rezeki untuk Safiyyah menikmati susu badan ummi nya.. Semoga sihat & cepat membesar. Saffiyah memang tak banyak ragam orangnya. Nangis bila perlu je.


As usual, update pic Safiyyah yang sentiasa wangi jer. Gomol2 kuat2 pon dia cool jer.


Tidak dilupa pic Syahmi Iman. Abang yang over protective. Sesiapa pon dia tak bg chance utk dokong Safiyyah kecuali aku n en combat.
Syahmi skg ni tgh kemaruk melukis. Tgk tu. Tido pon sambil pegang pen. Dia da pandai lukis rectangle n circle. Maka terjadilah bentuk lori. What to expect kan budak sebesar 2 tahun ni. Tp satu perkembangan yang baik. Bravo Syahmi!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, October 19, 2011

Hello Medela Freestyle

Masa untuk mengepam sudah kembali...
Dah lama aku tak mengepam. Dalam setahun lepas aku tinggalkan aktiviti tu. Mengepam memang memenatkan bila stok susu kais2 jer utk di bawa kerumah pengasuh.
Tapi untuk pregnant kali kedua ni. Aku sudah bersiap sedia awal2. Pam medela FS pujaan hatiku sudah berada dalam genggaman. Maknanya aku bole start mengepam lebih awal dari yang dulu.
Klo dlu, aku beli pump pureen battery operated jer. Aku banned! Tettt! Memang tak selesa dan menyakitkan. Then aku beli plk spectra 3. Not bad jugaklah. Sesuai dengan harganya. Lastly aku beli Medela FS from singapore motherhood forum. Forum kt web tu ada arrange spree utk oversea website. Harga dalam rm1200++ including DHL courier service to Malaysia.
Aku memang recommend pump ni pada member2 yang lain. Even celebrities e.g. Kimora n Kourtney Kardashian pon menggunakan pump ini! Ceh, promote abess ...

Sessi cuci mencuci telah dijalankn malam td. Thanks to en combat yang banyak membantu membasuh botol yang berlambak tu.


Botol bumble bee yang fit dengan medela.


Spare parts baru wif my little pummpp!


Sessi mengeringkan after sterilize


Ini dia my lil girl on the 4th day. Getting bam-bam wif my milk.


As usual, Syahmi yang sygkn Saffiyah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 18, 2011

Nur Safiyyah Imani nama diberi



Alhamdulillah, urusan pendaftaran nama telah di uruskan oleh en combat petang td. Sementara dia masih bercuti ni, eloklah dia pg untuk uruskan pape yang patut. Bukan jauh pon. Bangunan JPN Johor sekarang dah pindah ke Setia Tropika. Dekatlah sangat dengan rumah mak kt kempas ni.

Dengan ini, anak kedua aku di beri nama Nur Saffiyah Imani. Nama tu aku yang suggest dan di approve oleh en combat.
Nur - Cahaya
Saffiyah - Teman Baik, Pure, Serene, Untroubled, Nama salah seorang isteri nabi Muhammad
Imani - Keimananku




Arini jugak aku da start berurut dengan tukang urut. Kawan mak aku. Dia aktif dalam program penyusuan bayi kt KK Tampoi tu. Bayaran RM50 sehari. Aku berurut untuk 3 hari jer. Cukup lah tu. Yang lebih2, pandai lah berpantang & berbengkung sendiri. Selain itu, aku da start makan pati ikan haruan. Nasib baik tak hanyir sangat. Senang jer aku abiskan satu botol.




Lastly, tepek pic Safiyyah pada hari ke-3. Kene kejutkan dia setiap 2 jam utk bfeed dia. Tapi liatnya dia nak bangun. Alhamdulillah, dia tak bnyk meragam. Nangis pon kalo nk susu jer. Da pandai senyum...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ads