Ads

Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Cerita sebelum Syawal 2012

Dugaan dari Allah...
Kedua-dua anak tak sihat sebelum raya. So, cmne nak raya? Takde feel meloncat-loncat nak raya macam zaman kanak-kanak dulu kalo anak-anak2 kita mempunyai masalah kesihatan kan...?

Start dengan Safiyyah, bila cik adik tu sihat, abang dia pulak batuk, cirit birit & muntah2... Mula-mula bawa ke klinik biasa jer. Doktor bagi ubat tahan muntah & ubat cirit birit... Tapi dia still muntah jugak. 1 hari dekat 10 kali muntah. Even minum pon, muntah air jugak. Kesian Syahmi nmpak mcm dehydrated. Tak bole jadi ni. Mak & pak dia serah dia ke KMC. As usual, jumpe paed Dr. Khu.
Time ni datang ke klinik untuk dapatkan reference letter jer...

Time ni dah sampai KMC Specialist Clinic. Kesian Syahmi time ni. Nmpak dah takde daya dah...

After a few minutes tunggu, finally dapat jumpe Dr. Khu.
Penerangan yang sangat jelas & memuaskan hati. 
Rupanya Syahmi ada constipation probs...

Even, minor probs je still kene warded jugak utk drip air.
Tgh tunggu sambil main-main kat play area...

Syahmi at 6-bedded room. Patient cuma Syahmi sorang jer...

Adik yang suda sihat sikit datang melawat..
Bukan main lagi dia...

The next day, Syahmi yang di jaga oleh en. combat dah ke play area.
Dia dah sihat after selesai drip air & masukkan ubat untuk lancarkan pembuangan air.
Adoiyaii... lepas ni dah nak kene monitor balik qty plain water yang dia amik.
Encourage him to eat more fruits like banana & prunes.
 Dr. Khu ckp every week ada kes cmni. Lorr...? btol ka...?

The next day Syahmi dah bole discharged time 5.00pm @ 29th Syawal...
Malam tu kiteorang bergerak balik ke kampung en. combat.
Nasib baik perjalanan dekat jer... Sampai ke kampung around 1 pagi...
Pagi Syawal tu alhamdulillah mereka sihat sejahtera...
Ya Allah, aku redha kalo ini dugaan yang kau berikan untukku...

Raya tahun ni ala-ala jer. Takde lah beria-ia sangat...
Lebih banyak masa stay kt rumah emak. 
P/s time syahmi kt KMC ni bnyak lah hours en combat spent utk dia... bnyak masa for bonding-bonding (aku rasa ada hikmah di situ). kalo tak rasa macam dia terabai. is it parents neglect? en. combat yg bole jawab.

Monday, October 24, 2011

Safiyyah & Jaundice

Aku skip update blog lately sbb bz menjaga Safiyyah n Syahmi. Nasib baik mak aku yg dah pencen tu bnyk membantu. Safiyyah mmg x bnyk ragam. Cuma dia takut air jer. Manja betol. Syahmi pulak makin hari makin cerdik n panjang akal. Memang letih sikit lah nk melayan karenah dia.

Jumaat lepas, lepas Safiyyah jadi model tu, aku bwk dua check up kt klinik. Rupa2nya, dia ada jaundice. Bacaan dalam 13. Then, keesokkn harinya ambil darah lagi. Kiteorang ph ke Klinik Pesakit Luar Jalan Mahmoodiah pulak. Bacaan meningkat ke 18. Terus Dr. tahan dia utk dimasukkn ke NICU HSA.

Alahai, dugaan betul.
Tapi jaundice n newborn tu synonim. Tak usah risau. Cuma ini pengalaman pertamaku n en combat berhadapan dengan bayi yg ada jaundice. Time Syahmi dulu x de pulak.

Aku terus decide untuk warded kan Safiyyah ke KMC. Berjumpa dengan Paed Dr. Khu Yi Soon. Itulah hospital yang dekat ngn umah parents aku. Senang aku nk ulang alik.

Di sana, Safiyyah diletakkan di Isolation Room. Aku tidak di galakkan untuk memberinya direct breastfeed. Maka aku terpaksa mengepam selang 2 jam untuk supply pada Safiyyah. Alhamdulillah cukup. Kiteorang discharge pd pkl 12 tgh apabila bacaan jaundice dia pd pg ahad turun ke 8.4.


Semasa rawatan fototerapi


Tag dr KMC


Setiap 2 jam bole supply 1oz or 2oz jer.


1st time Safiyyah at home. Smlm aku blk umah sekejap amik losen Pati Mustajab.


Syahmi plk aku da botakkan. Rimas ngn rambut dia yg dh pnjang tu.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 9, 2011

Penyakit kanak-kanak dan vaksin

Hai mommy out there....
You all dah dapatkan vaksin untuk your little one? It is important, ok!
Syahmi punye turn dalam sebulan lepas when he reaches 18 months. Aku amik kt Klinik Kerajaan jer coz my mom one of ex-nurse kt Klinik Kesihatan Tampoi. So, just mintak tolong colleagues dia untuk potong queue coz i'm in hurry.
Malas nak amik cuti (kedekut cuti). Hahaha...

Ini copy paste info untuk semua. Dari baby centre.
Kementerian Kesihatan mengesyorkan vaksin kanak-kanak untuk 11 penyakit berjangkit.

Semua bayi yang dilahirkan di Malaysia ditawarkan BCG (yang melindungi daripada tuberkulosis) semasa lahir dan juga vaksin hepatitis B. Yang lain ditawarkan secara rutin kepada setiap orang bayi sebagai sebahagian daripada program vaksin prasekolah. Bacalah dengan lebih lanjut tentang vaksin-vaksin ini dan penyakit-penyakit yang dilindungi.


Difteria

Difteria lebih mengakibatkan kerongkong. Ianya disebarkan melalui titik-titik dari hidung atau mulut dan, jika komplikasi berlaku, boleh menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan kepada jantung dan sistem saraf, dan kemungkinan maut. Tempoh inkubasi ialah antara dua hingga enam hari.

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia :Ia diberi melalui suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin tetanus, batuk kokol, polio dan Hib.

Ianya diberikan semula:

Influenza haemophilus jenis b (Hib)

Organisma Hib menyebabkan simptom-simptom yang menyerupai influenza seperti sakit tekak, infeksi dada dan infeksi telinga. Tetapi komplikasi-komplikasi, seperti meningitis atau tekak tersumbat (epiglotitis) boleh diperolehi, dan vaksin tersebut diperkenalkan atas sebab ini.

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia:Ianya diberikan melalui suntikan. Suntikan-suntikan ini juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, polio dan batuk kokol. Ianya diberikan semula pada usia 18 bulan.

Campak

Campak dahulunya adalah penyakit kanak-kanak yang paling meluas. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari dan infeksi berlaku melalui titik-titik dari mulut atau hidung. Ia mungkin bermula sebagai selesema yang teruk dengan katar yang banyak dan demam. Ruam akan timbul selepas dua hari. Komplikasi adalah perkara biasa dan melibatkan bronkitis, bronkiolitis, infeksi telinga dan krup. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, komplikasi serius mengakibatkan sistem saraf, seperti ensefalitis.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin campak di sekitar usia 12 bulan. Ia diberi melalui suntikan dikenali sebagai MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin beguk dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan antara usia enam dan tujuh tahun.

Beguk

Beguk ialah satu penyakit virus, yang boleh menyebabkan bengkak besar di sekitar pipi dan leher. Tempoh inkubasi ialah antara 14 hingga 21 hari. Komplikasi termasuk meningitis, pekak, ensefalitis dan radang testes (buah pelir) bagi kanak-kanak lelaki, yang boleh menjejaskan kesuburan secara kekal.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin beguk sekitar 12 bulan. Ianya diberikan melalui suntikan yang bergelar MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin campak dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.

Polio

Virus polio menyerang tisu saraf dalam otak dan spina korda, dan kadangkala menyebabkan lumpuh. Ianya sering ditemui di negara-negara membangun, tetapi jarang sekali di Malaysia. Ianya dipindahkan melalui sentuhan dengan najis, mukus atau air liur orang yang menghidapnya. Tempoh inkubasi berbeza iaitu antara tiga hingga 21 hari.

Vaksin polio dimasukkan juga dalam suntikan DTaP/IPV/Hib, yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, Hib dan batuk kokol. Ianya diberi kepada bayi pada usia:. Ianya diberikan sekali lagi:
  • pada 18 bulan
  • dalam suntikan penggalak prasekolah
  • 12 tahun

Rubela

Rubela adalah pada umumnya penyakit yang ringan dalam kanak-kanak menyebabkan demam, ruam dan bengkak kelenjar. Ia mempunyai tempoh inkubasi antara 14 hingga 21 hari dan komplikasi bagi kanak-kanak itu jarang berlaku. Walau bagaimanapun, jika seorang wanita dijangkiti rubela semasa hamil antara lapan hingga 10 minggu, kesan ke atas bayinya yang belum lahir itu boleh menjadi betul-betul serius: bayi boleh dilahirkan cacat pendengaran, cacat penglihatan, masalah jantung dan/atau kerosakan otak.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin rubela di usia 12 bulan. Ia diberi sebagai sebahagian vaksin MMR, yang juga mengandungi vaksin beguk dan campak. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.

Tetanus

Simptom-simptom tetanus (kadangkala dikenali sebagai kancing dagu) adalah spasma- spasma kontraksi otot yang sangat sakit. Penyakit ini boleh membawa maut.
Ianya mempunyai tempoh inkubasi antara empat hingga 21 hari. Organisma yang menyebabkannya boleh didapati dalam tanah dari mana luka-luka yang kotor boleh mendapat infeksi. Ia juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan. Pekerja ladang dan tukang kebun mudah dijangkiti.

Anak anda akan ditawarkan imunisasi ini sebanyak enam kali. Ianya diberikan pada usia:Ia juga diberikan dalam suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, batuk kokol, polio dan Hib. Ia kemudian diberikan sekali lagi:
  • pada usia 18 bulan
  • antara empat dan enam tahun
  • semasa usia 12 tahun

Batuk kokol (pertusis)

Penyakit yang senang menjangkit ini dipindahkan melalui titik-titik air dari hidung atau mulut. Tempoh inkubasi ialah antara tujuh hingga 10 hari. Ianya bermula dengan cara yang sama seperti selesema, tetapi apabila ianya maju, spasma batuk menjadi semakin teruk. Bunyi "mencungap-cungap" batuk itu berlaku apabila pesakit menarik nafas antara episod batuk. Simptom-simptom yang tidak menyenangkan ini boleh berlanjutan untuk beberapa minggu. Kes-kes yang teruk boleh menjadi lebih rumit dengan adanya pneumonia, muntah-muntah dan turun berat badan, dan, lebih jarang lagi, cedera otak dan kematian. Bayi muda paling berisiko.

Bayi ditawarkan vaksin pada usia:Ia diberi dengan suntikan, yang juga mengandungi imunisasi bagi difteria, tetanus, polio dan imunisasi Hib. Ia juga diberi di usia:
  • at 18 bulan
  • dalam suntikan penggalak prasekolah
  • pada 12 tahun

Papilomavirus manusia (HPV)

Virus papilomavirus dikenali sebagai penyebab pertama kanser serviks. Vaksin baginya melindungi daripada dua jenis HPV, iaitu virus yang menyebabkan 70 peratus daripada semua kanser serviks.

Vaksin ini ditawarkan kepada semua pelajar perempuan di Tingkatan Satu dan hanya diberikan kepada pelajar jika ibu-bapanya memberi izin. Budak perempuan yang tidak di sekolah ditawarkan vaksin ini pada umur 13 tahun.

Hehe, ni pulak gambar kiteorang...


Me and Syahmi kt KK Tampoi.
Punya lah ramai orang




Tok mak and her friends. Thanks Mak Yam



Sabar menunggu..
Yang free mmg ramai jerr




Hehe, important!
2nd Ubat cacing untuk Syahmi


 Syahmi jumpe kawan.
He's so friendly..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ads