Fuh.... Dah lama meninggalkan dunia blog nih.
Tetiba je tittle blog tulis pasal 3rd pregnancy kan? Memang sekarang aku tengah mengandung pon. Dah about 28 weeks. 28 weeks 1 day to be exact. Tapi still nak tulis cerita pasal early pregnancy utk baby no.3 nih.
Start buat urine test pada 28 Sept 2014 (Sunday). Beli kat watson je harga RM8 gitu. Time tu dah start rasa macam tak sedap badan. Bgtahu en combat, bole pulak dia cakap aku ni ada penyakit lain sebab aku rasa lemah-lemah tak bermaya je. Then, aku pon terdetik nak buat UT ni. Bila tengok second line macam samar2 je. Tapi rasa confident dalam hati yg aku ni preggy. Terus tunjuk result UT ni kt en. combat. Kiteorang macam 50-50 je time tu.
2nd time buat lagi UT pada 22 October 2014 (Wednesday). Kali ni guna yang mahal sikit. Harga dalam RM28 gitu. Time ni mcm dah 100% yang aku mmg preggy. Buan based on result UT je. Time tu period pon dah tak datang dah...
Then pada 16 November 2014, pergi Klinik Suria di area Seri Alam Masai. Ini kira kali kedua pergi untuk scan. Sbb nak determine EDD. Kalo guna tarikh akhir period aku memang tak accurate. Lebih accurate EDD tu masa saiz baby kecik lagi. So, based on 2nd appointment ni, doktor tarikh EDD aku ni around 11 May 2015.
Kali ke-3 buat ultrasound lagi. Pada 9 Dec 2014 (Tuesday). Time ni baru lepas accident kereta. Risau ngn kandungan, buat jugak check up. Doktor check heart beat baby sume, alhamdulillah ok. Aku pon takde bleeding, meaning that nothing happened. Teringin nak tengok gender baby no.3 ni. Tapi kedudukan tidak mengizinkan. Dia kepit pulak. So doktor tak nampak ape gender dia. Sabo je lah.
Then 15 Feb 2015, pergi buat scan 4D kt Klinik Dr. Anis, area Taman Kempas Utama. Sikit punya lama tunggu turn. Ada lah dekat 2 jam menunggu. Baru turn aku sampai untuk masuk ke bilik doktor. Time tu en. combat ada sekali. Terus aku tanya ape gender baby ni. Sebabnya dia abang dia Syahmi Iman tu sangat lah demand nak baby boy. Lagipon bagus jugak dah tahu gender ni. Bole prepare nak basuh baju Syahmi or Safiyyah masa newborn dulu.
So, ini lah hasil 4D FainYusJr. Nama masih tengah pikir2 lagi. Tapi untuk senangkan Syahmi, aku bgtau dia nama adik dia ni Syahmi Aiman je. Tapi takkan nak guna nama Syahmi lagi kot. Walaupon aku & en. combat tersangat suka dengan nama 'Syahmi' ni.
Yang ni pulak hasil 5D. Ada pulak scan 5D kan zaman sekarang ni? Takde ape beza, cuma gambar lebih refined. Itu kata doktor lah. So total scan 4D & 5D dekat Klinik Dr. Anis kadar bayaran cuma RM180, dpt 2 keping gambar + CD. Kalo 4D sahaja RM150 (dapat 1 keping gambar +CD). Gedik pulak aku nak buat scan 5D semalam. Hehe... ni baby last. Lepas ni kalo bole nak tutup kilang dah... Itu yang beria bagai scan 5D/ 4D nih.
Haish.... dah tengok muka baby ni macam tak sabar pulak nak deliverkan dia... Hope semua selamat lah. Prepare barang dia pon lom start lagi.. Sebab masih sibuk siapkan bilik Syahmi & Safiyyah & pisah kan diaorang tidur.
Bila tengok muka baby ni nampak bentuk muka bulat jer. Pipi chentol. Ikut sape lah tu. Idung kembang sikit. Hehe, takpe2. Itu nanti bila dah keluar bole picit2 & tarik sikit bagi mancung. Hari-hari ummi baca surah yusuf ni. Hope di beri paras rupa yang cantik & yang paling penting budi pekerti yang baik. Amin...
Congrats on your pregnancy dear~ geram plak tgk gamba baby.. huhu
ReplyDeleteterbaca tentang brainy bunch kat sini :) so far ok tak ye hantar anak kat situ? baru nak try ni..
ReplyDeleteterbaca tentang brainy bunch kat sini :) so far ok tak ye hantar anak kat situ? baru nak try ni..
ReplyDeleteterbaca tentang brainy bunch kat sini :) so far ok tak ye hantar anak kat situ? baru nak try ni..
ReplyDelete