Ads

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, January 6, 2014

First time advertise kat mudah.my

Al-kisah...
Aku menang set Van Milo ni dari tahun lepas lagi. Then aku tinggalkan kotak ni dekat umah parents aku. Mak aku yang rajin telah simpan kotak van milo ni kat dalam stor. Last week bila dia kemas-kemas stor sebab ada kucing beranak, dia terjumpa balik van milo ni. Dia pass kat aku suh bawak balik ke rumah aku. Then, apa aku nak buat dengan 12 set van milo ni? Nak bagi Syahmi main? Nehi..... Memang sepah kang then aku ler nak kena kemas balik.

Bincang punya bincang, aku nak let go je van milo ni. En. combat memang tepuk tangan laa sebab dia tak koser nak menyimpan barang-barang tak perlu ni. Aku pon decide nak jual. Tapi usha-usha dulu kot-kot ada orang jual jugak. Sah, memang ada orang jual pon van milo ni as collectibles item. Jual sikit punya mahal dekat ribu pon ada. Aku jual murah je. Dalam RM400 for all 12 vans.

Then, tak sampai 24 hours, ada 3 orang buyer yang berminat. ada yang nak beli set kecik je. Ada yang nak beli set besar jer. ada yang nak beli semua... then ada terus close deal dengan sorang buyer melayu ni nak close deal untuk beli semua. dia mintak kurang sikit dalam rm20. then aku malas nak pikir banyak, aku terus agree... Mungkin rezeki allah nak bagi hanya  rm380. Apepon Syukur Alhamdulillah. Boleh lah di gunakan duit itu untuk bayar sekolah syahmi tu... Ringan sikit bebanan aku...

Post pasal aku menang van milo ni ada di sini...

Ini snapshot advertisement dekat mudah.my
Aku dah delete pon post ni sebab bila dah close deal, ada lagi orang yang bertanya...
Agak laku jugak ekk...

Sunday, May 27, 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Post yang masih berstatus draft...
Nak hapdet blog, tapi masih berbantut jer...
Just nak cerita kisah hari ibu minggu, minggu, minggu sudah....

Organised by Cik Uda & suaminya; Jawe Hasnan.
Belikan kami kek secret recipe. Tq so muuuuch....
3 ibu yang di raikan..
Emak = Mak aku lah tu
Mama = Makcik aku yang sangat sporting
Ummi = It must be me!

Cik Uda, cecepat dapat baby yer... Tahun depan bole celebrate sesama...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, May 10, 2012

Sepetang bersama my trusted friend

Dah lama wooo tak dating ngn makcik sorang nih... dulu time kt itm, dia lah geng aku kalo nak balik jb. then bila sampai jb, kiteorang mesti keluar berjumpa. tengok wayang lah, window shopping lah, makan-makan lah... then, bila aku da kawin n ada en syahmi ni, makin lah  bz n tak sempat spend masa ngn member2... mctu jugak ngn cik siti kite...

akhirnya, one sweet day, kiteorang pon gamble jer dating makan2 dessert kt Sweet Hut Desa Tebrau. Pergi dalam  keadaan adhoc sebab kupon yg cik siti dah nak expired. rugi pulak nanti. beli kupon rm25, dapat makan dessert yang berharga rm50. berbaloi2 kan....??

dapat lah berborak-borak tanpa sebarang gangguan. kalo ada syahmi, hmmm paham2 je lah. mesti kena pay attention kt cakap dia dulu... so, kiteorang bersembang lah ala-ala mcm zaman anak dara dulu. ekekeke... gossip2 sikit. update pasal member kiteorang yang pregnant twin (congrats sarah herman) & cerita-cerita terkini & sensasi. sambil tu memilih menu yang best untuk mengisi perut. tapi semuanya ialah dessert...


pilihan menu adalah atas persetujuan bersama.... so, banyak dessert yang kiteorang bole rasa....
cik siti dengan dessert yang membuka selera...



Right: mango sago pamelo soup
left: coconut pudding fresh mango



left: america pancake chesnut
right: baked marquis choco pudding



bergambar dulu sebelum ngappp....



left: honey coconut & egg
right: chocolate ice blended.

bayangkan 6 dessert kiteorang ngap dalam masa 1 jam. banyak giler hokayyy....
cik siti, lain kali, ko jangan beli kupon banyak2... rosak diet aku....

Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Apa azam anda pada tahun baru ni?
Azam aku pada tahun lepas ada yang tercapai, ada yang belum.
Yang sudah tercapai contohnya
1. Nak get pregnant & da bersalin pon....
2. Nak kumpul duit 10k untuk renovate rumah. Ok yang ini pon dah cukup. Syukur...
3. Belikan Syahmi new car (Maclaren). Da beli before raya aritu..
4. Weaning off Syahmi. (Syahmi gradually stop bfeeding masa aku preggy 3 bulan)

Yang belum tercapai pulak ialah:
1. Nak beli breadmaker
2. Banyakkan mengaji & bersedekan. (Aku rasa perlu dipertingkatkan lagi)...

Azam tahun 2012 ni pulak ape yer?
Belum terfikir lagi...

Apepon semalam 1 Jan 2012, kiteorang pergi jalan-jalan ke Jusco Tebrau City untuk cari baju Akikah Safiyyah nanti. Mak oiii... ramainya orang. Kiteorang parking nun jauh sana.... (Malas nak cari parking, jauh sikit pon xpe).

Syahmi & Safiyyah pulak tido.
Elok sangat lah tu. Mak & pak dia sedaplah melantak ke Secret Recipe.
Dah lama woo tak makan serentak sejak beranak 2 nih. Kene gilir2. Kebetulan my son & my dotter   tido, ape lagi... Makan laaa......



Muka en. combat yang teruja makan Laksa Singapore..


Aku pulak makan Chicken Cornish & Choc Mud sambil ber'Moby' Safiyyah...
Tak ramai orang kat jb ni ber babywearing.
Kalo kat KL tu, ramai jer. Tapi setiap kali aku gendong Safiyyah pergi kemana-mana, mesti ada orang tegur/ tanya...
Beli kat mana? Susah ke nak pakai? Sakit bahu ker?
Kene cuba lah dulu, baru tahu best ke tak...



Safiyyah pergi pakai baju yang Aunty Sarah & Uncle Emon belikan.
Tq guys...
Siap berhead band. Almaklumlah rambut masih botok.
Tak lah penat aku jawab girl bila orang tanya laki ke perempuan..



Syahmi pulak lena tidor dalam stroller.
Perut dah kenyang, makan bihun soup sebelum pergi jalan-jalan.


Monday, October 31, 2011

Syahmi oh Syahmi

Gaya syahmi tido mlm td. Tapi sebelum tu dia main lukis2 dengan en combat. Tup2 senyap jer...
Tengok2 rupanya dia dah tertido.. Tapi gaya tido kali ni lain sikit.


Dia dah tertido tu... Sambil merenung buku lukisannya..


Mmg btol dia dah tido.. Lena pulak tu. Mata dah pejam.
Sebelum dia tido, dia ckp "Ayah lukis cantik........"


Apa yang ayah lukis? Ohw, crab n monkey on the banana boat..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 27, 2011

Kayuh basikal

Bukan senang sebenarnya nk ajar syahmi mengayuh basikal. Aku dah belikan dia basikal sebelum dia berumur 1 tahun lagi. Time tu tak expect ape2 pon dari dia... Yela, kecik lagi.
Then, bila da besar sikit, aku n en combat pon suh dia letakkan kaki kat pedal basikal. Berbulan2 jugaklah mengajar dia mcmtu. Tapi tak reti2 jugak. Sampai sakit pinggang aku klo dia suh tolak basikal dia tu.
At last, aku belikan dia motorsikal yg berbateri. Give up sbb dia xpndai mengayuh. Klo moto tu, dia tekan jer dah boleh jalan. Tapi tak aci lah. Boy mesti kna pndai mengayuh...
Then, selasa lepas dengan rasminya dia dah pandai mengayuh dengan jayanya. Pada umur 2 tahun 3 bulan.
Aku dah janji dengan dia nak belikan dia basikal baru bila dia pandai mengayuh. Tapi nantilah dulu. Lepas abis pantang baru syok nk soping n jalan2 sakan.


Seronok je da pandai kayuh


Budak botak yang nmpk da besar


Laju lagi, laju lagi

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 11, 2011

Makan lagi di MFM

Update aktiviti weekend yang lepas. Takde ape yang special. Kiteorang just pg tengok wayang citer Transformer & pastuh lunch kat MFM. Ini 2nd attempt bawak Syahmi pg tgk movie. Dia da kenal dah dengan transformer tuh. Dia sibuk sebut 'robot' or 'fomer'. Sekali dengar macam Keretapi Thomas. Tapi dia ulang lagi. Rupanya yang dia maksudkan ialah Transformer.

Nasib baik aku buat booking online kt TGV Tebrau City coz tiket pada haritu dah sold out even yg 3D sekalipon. Syahmi pulak duduk elok2 jer dalam panggung tu. Tapi dia sibuk tanya mana pintu, mana pintu? Mungkin da gelap dia tak perasan dari manalah orang-orang nih masuk. 1st 1 hour, dia tengok. Pastu dia tidur. Nasib baik dia tak merengek dalam wayang tuh.

Citer Transformer nih lama jugak. Dalam 2jam 30 minit. Start pukul 12, pukul 2.30 baru keluar wayang. Solat-solat then baru pg makan. Memang aku sengaja pilih MFM. Teringin pulak kali ni. En. combat dia muncung sikit. Mungkin sebab kiteorang pernah ada experience yang MFM ni serve lambat. Aiyooo... Tapi kali ni good service. Thumbs up!


Syahmi yang keringan....



Starter - Garlic Herb Mussel dapat 50% off



Main course - Grill Gala Platter



En. combat yang terpaksa mengalah dengan seleraku...
Tapi dia yang makan banyak sebab aku sibuk suap Syahmi....


Aku & Syahmi...
See Syahmi, Garlic Herb Mussel tu dia conquer sorang jer... Tak padan kecik!

For those yang belum pernah makan MFM tu, pergi lah try makan sebab sekarang dia ada promo set. That means main course mcm Manhattan Flamming Seafood Platter (RM54.90) or Grilled Gala Platter (RM54.90) or Grilled Flamming Lobster Platter (RM110) & other 3 main course tu pon ada free 2 drinks e.g. Seasons Iced Lemon Tea & 2 Mushroom. Kalo dulu xde jual set dengan air. So, kene order asing2. Bila dia dah buat mcmni kira bestlah!

Then side dish e.g. Tuscan Tiramisu, Sizzling Louisiana Prawn, Caesar Salad & banyak lagi, pulak dapat 50% off with every purchase of main course. Memang berbaloi2... More info here.

Thursday, February 24, 2011

Mari Membaca Buku

Kali ini Syahmi mengajak anda semua membaca buku...
Syahmi memang minat membaca kalo di bandingkan dari tengok tv.
Tapi kalo bab sepahkan umah, itu yang nombor satu lah.

Gambar berikut gelagat Syahmi ketika di kedai buku @ Badan Bookstore Plaza Angsana.

Tengah pilih-pilih buku...
Semuanya colourful, mesti laa menarik perhatiannya.

Okeh, da jumpa pon buku. Ohw, nak buku mewarna rupanya...

Siap terduduk lagi.

Tiru macam Ayah...
 
Tapi Syahmi tak beli pon buku tu... Eksyen jer lebih. Nasib baik dia belum pandai meminta-minta lagi.
Dia pon tak mengaruk bila bawak keluar dari kedai tu.
Tunggu gaji yer, baru bole belikan!

Monday, February 21, 2011

Pasir Gudang World Kite Festival - 16th

This is the quality of Pasir Gudang. Pasir Gudang is a dead town on night which makes most of graduates think twice to work and settle down. But having this kind of event, i'm a bit proud. Tempat lain xde okeh? Anyway, this is an International Event. About 16 countries participate in this activity e.g. from Japan, German, Austria, Thailand, USA and many more.

So, kiteorang pon tidak melepaskan peluang yg ada. Setahun sekali jer. Pagi2 lagi kiteorang da check in kat Restoran Osman utk breakfast. Then, to Bukit Layang-Layang. Pagi2 lagi, senang nak parking. What a quality saturday morning.

 Pagi-pagi posing dulu sbb still fresh

 See! Syahmi favourite cartoon up to the sky

 Pizza Hut & KFC ngelat. Diaorang naikkan pakai crane

 Another view

 Panas woo.. Terpaksa beli hat. Nasib baik RM5 jerr..

 Gerai yang menjual pelbagai warna & jenis layang-layang
Most cheapest RM5 with tali/ benang

 See.. Banyak kan kite?

 What a colourful day...

Oppss.. Dah tertidur rupanya... 
Siap tukar baju lagi akibat kepanasan...

Ni kira dah dua tahun berturut-turut en. combat & Syahmi datang ke event ini. Yelaa.. diaorang kan 'orang baru' dia area ini. Aku da 3-4 kali jugak la. Memang happening. Siap malam2 kalo angin kuat, sure family datang bawak anak-anak kat bukit layang-layang ni & main layang-layang. Seronok woo...

Hehe, ni pic last year when Syhami was 11 months

Thursday, February 10, 2011

Art class

Syahmi attend art class ker? Aah.. 6 bulan lepas aku pernah suarakan angan2 nak registerkan syahmi kt GlobalArt class kt seri alam ni bila dia dah besar. Saje jer bg mengasah skill yang dia ada. Kanak2 kan umpama kain putih. Parents dia lah yang akan mencorakkannya.. Iye tak? So, klo aku registerkan dia kt GlobatArt, maknanya aku nak dia jd orang yg berseni ker? Haha, taklah. Final decision still terletak pada Syahmi bila dia dah besar nanti. Aku n en combat just bg guide jer...

Tapi bagus jugak kalo anak kita multiskill ekk? Pandai art, pandai jugak maths. Maknanya dia balance dalam menggunakan kedua2 otaknyer.

Ok, berbalik pada cerita art class td, en combat membangkang idea aku. (Psstt.. Dia mmg slalu bangkang jerr). Dia cakap dia pon bole ajar Syahmi art. Hurm.. Yeker? Mmg laa dia lebih pandai sketch dari aku n ada design skill tp, pandai ke dia melayan Syahmi?

Hehe, ini hasilnya..





Art session dengan ayah





Layan jgn tak layan





Ayah tunjuk skill





Alahai.. Si kecil yg sedang memerhati





Syahmi plk tunjuk skill





3 sekawan, elephant, cat & fish



Mama n baby elephant - bnyk sgt tgk Nat Geo Wild



Cat - ala2 cat kt kampung



Fish! Syahmi's fav (kemaruk gi aquaria ada lg)




Ait? Class dismiss? Syahmi poo-poo da..

Note: all the animals coloured by puan fain ok! Aku pernah menang pertandingan mewarna masa kecik2 dulu tau. 1st prize lg.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 8, 2011

Janji yang tertunai

Semasa syahmi di KMC, en combat ada menabur janji pada Syahmi... Katanya, kalo syahmi sembuh & sihat nanti, dia nak bawak syahmi pg jalan2, makan sedap2, belikan itu ini.. Dia buat begitu sebab ayahnya juga buat begitu padanya dulu. Dia bgtau, kalo dia demam, ayahnya a.k.a atok syahmi lah sekarang ni akan sembelih ayam kalo en combat sihat dari demamnya itu. Yelaa, kalo dulu ayamlah makanan yang paling sodap. Kira macam umpan lah jugak. Nak meniup semangat pada syahmi agar melawan penyakit nya itu.

So, let me list down ape yang telah dikotakan..
1. Belikan syahmi baju. Da belikan pon dia baju baru, bib baru, pajama siap ngn selipar (nak ajar dia pakai selipar pulak)
2. Buat pulut kuning tanda syukur dia telah sembuh dari demam aritu
3. Ajak pi makan sedap2.. Gi MFM. Tapi en combat yang over, syahmi makan ciput jer.. Ala, perut pon kecik lg..
4. Bawak dia pg berurut ngn bidan kt kampung. Risau jugak sbb dia asyik demam jer. So kiteorg pon ikhtiar la.. Mana tahu ada benda2 halus yg kite tak tahu. Tapi bidan tu check, xde ape2. Cuma dia bgtau syahmi ada separuh kaget. Tapi da bekalkan air untuk dia minum
5. Bawak syahmi pg jalan2 la.. Since dia da pg zoo johor aritu, so this time kiteorang bawak pg ke Aquaria KLCC pulak.. Sukanya dia..



On da way blk kg



Ride on elephant at klcc



Ayah & Pak Usu makan burger king



It's aquaria time!



Kepenatan, it's milk time


Tido.. Zzzzz

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ads