Ads

Sunday, November 20, 2011

My EBM Stock so far...

Sempena cuti maternity leave 2 bulan ni. Kerja aku memang memerah jerr..
Lagipon semasa mengandungkan Safiyyah aku dah pasang hajat nak exclusive bfeed dia. Sebab time Syahmi dulu aku tak dapat exclusive bfeed Syahmi.
So, aku dengan gigihnya mengumpul stok ebm untuk Safiyyah. Persediaan bila naik kerja nanti.
Lagipon aku dah pernah rasa mcmana penatnya bila stok susu kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang (i mean ngam2 jer stok ebm tu).
Akhirnya tertewas apabila suppy tak berkadar terus dengan demand. Maka susu formula lah menjadi pilihan.

Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan aku kali & memberi banyak rezeki susu kepada Safiyyah.
Aku pon mengepam dengan dengan syoknya. Memang seronok sangat bila susu yang kita pam tu bole penuh satu botoln 5oz dalam masa 10 minit kan?

Petua orang-orang pengepam tegar cakap, kalo nak mengepam tu hati kene tenang. Barulah susu mengalir dengan deras... Itulah yang aku cuba pratikkan semasa sesi mengepam.

Jom lihat stok susu setakat ini...









Aku menggunakan botol Bumble Bee. Kebanyakkan susu aku isi min 4oz & max 5 oz.
Should i consider buying a brand new deep freezer?? Hurmm....

No comments:

Post a Comment

Ads