Arini cite pasal abg safiyyah plk iaitu en. Syahmi Iman.
Pada umur dia setahun setengah tak silap aku dia dah menunjukkan minat melukis. Kalo dulu just conteng-conteng kat buku jer. Tapi pada umur 2 tahun aku dah nmpak bentuk apa yang dia lukis. Maknanya dia dah boleh control tangan dia dengan baik. Cuma cara dia pegang pensil or pen masih salah. Bila cara pegang pen betul, dia pulak tak dapat buat bentuk dengan cantik. Lantak ko lah anak...
Dekat sepuluh buah buku kat rumah penuh dengan karya dia. Bila dia penat melukis, dia suruh en. combat or aku pulak yang lukis. Tangan aku memang keras sikit. Tapi nasib baik en. combat pandai sikit dalam bab lukisan. So, dialah yang selalu melayan karenah Syahmi. Mostly Syahmi suruh lukis benda-benda di sekeliling dia. Yang paling favourite ialah lukis lori (lori sampah, tractor, cement mixer, lori gas, oil tanker).
Asyik lorry jerrrr..... Memang boring kalo kene lukis benda yang sama kannn? Tapi dia tetap tak boringg!!!
Since dah ada Galaxy tab ni, dia pon lagi lah laju melukis... Tengok lah tu, khusyuk jer sambil duduk terkangkang (tak pandai bersila lagi). Lagipon, jimat sikit pen & kertas bila pakai tab. Cuma kena pesan banyak kali kat dia supaya cermat sikit guna tab tu. Kalo benda tu pecah, potong elaun SSPN dia! Hahaha...
Ni dia kata dia lukis tractor
Yang ini pulak lorry container
Yang ini lori sampah. Tengok tu penuh dengan sampah sarap.
Yang ini ialah Airplane
Mungkin faktor lokasi di mana dia selalu melalui highway pasir gudang. Memang banyak sangat lori yang menggunakan jalan itu & bermacam-macam jenis lorry. Aku agak, minat dia datang dari situ...
ni ikut ayah dia ni pandai lukis.. cantik tu dia lukis.. baru 2 thn.. ape lagi fain, hantar la dia pi kelas art attack.. :)
ReplyDeleteso far tak antar p mana-mana kelas pon. homeschooling jer aka budget terhad lah... hahaha.. insya allah, kalo dia minat sangat melukis, akan aku usahakan mana-mana yang bagus
ReplyDelete