Ads

Wednesday, November 23, 2011

Botak!


My little princess, Nur Safiyyah Imani dah selamat di botakkan oleh ayahnya sendiri, en. combat dengan kerjasama ummi dia (aku lah tu).

Pada mulanya nak cukurkan rambut dia pada hari ke-7 selepas kelahiran dia, tapi dia telah dimasukkan ke KMC untuk menjalani fototerapi. Maka tertangguh-tangguh lah hajat aku. Then, pada 22 November 2011 bersempena public holiday di JB ni, aku mengambil kesempatan untuk cukur rambut dia yang lebat tuh.

Fuhh, lama juga proses mencukur ni. Di mulai dengan menipiskan rambut dia menggunakan gunting, then baru cukur pakai pisau cukur cap gillete. Dekat 2 jam baru habis.

First time cukur rambut anak sendiri. Time Syahmi dulu kiteorang mintak tolong orang cukurkan guna mesin jerr. Tak sampai 5 minit dah setel.

Pada mulanya memang aku agak keberatan nak mencukur rambut safiyyah nih. Bukan ape, dia ni girl. Kalo boy aku tak kisah. Macam Syahmi dulu dekat 5-6 kali aku cukur rambut dia. Tapi rambut safiyyah ni sangatlah halus. Mcm sayang jer nak cukur & botakkan. Tapi aku pujukkan jua hati demi kebaikan safiyyah sendiri setelah aku membaca semula hikmah-hikmah bercukur bagi bayi  baru lahir. Sila baca disini.

Cuma ada satu perkara lagi yang agak penting apabila melahirkan bayi perempuan ini iaitu mengkhatankan. Mungkin aku akan buat bulan depan bila balik kampung en. combat nanti.



Rindu jerr time dia ada rambut ni... So syomell..


Makin bam-bam bila da botak!


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Ads