Ads

Showing posts with label Winning. Show all posts
Showing posts with label Winning. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Won Itsy Doodles Giveaway

Hohoho... ni kira first time aku menang contest through facebook. Join tu bnyak kali jugak. Tapi tak sangkut pulak. Rezeki belum ada kan.... Tapi time Itsy Doodles buat giveaway sempena anak  bongsu dia Sofya yang ke 1 tahun, aku pon join. Tak susah pon... Tak sangka sangkut. Syukur....

Dia announce through Facebook. Time tu aku check fb kat opis. Melompat aiii!
Hadiah yang ciput jer. Tapi sebab free, mekk tokk suker laa...

Ini hadiahnya... Mini mama tote. Owner Itsy Doodles (Nazaha Idris) pos kat i.
Selamat dah di gunakan untuk bawak balik baju kotor Safiyyah dari rumah pengasuh dia.. Kalo tak dia pakai recycle beg mcm beg Tesco tu jer. Hahaha...

Aku kenal Itsy Doodles ni time cari sunhat untuk Syahmi & Safiyyah. Yang aku suka dengan sunhat by Itsy Doodles ni, dia kind of reversible. So, bole pakai both sides. Fabric pulak dari designer fabric. Memang lawa2. Check it out www.itsydoodles.com

Wednesday, April 3, 2013

Won L'Occitane worth RM300

Won Product L'Occitane dari Magazine Female tak silap aku. Nama emak aku naik lagi. Mmg banyak ongg lah mak aku nih. Tapi sorry lah ye mak. Angah rembat sumer hadiah ni. Bukan mak aku pakai pon mask n scrub nih. Lagi pon certain hadiah safi rania aku dah bagi lagi kat mak...

Huhuhuhuhu....
Nak marah pon ada. Penat aku menunggu untuk dapat hadiah ni. Contest promo dari tahun lepas lagi. Tapi tahun ni baru sampai. Sebabnya surat notification tak sampai pada aku. Aku pulak terhegeh2 shoot email. Tapi masuk junk email dia pulak. Then aku send lagi laa... Baru lah dia terhegeh2 reply. Nasib baik suara dia lembut jer... Btw thank to Elensha Foong, PIC yang courierkan prize ni. Nasib baik jugak hadiah ni ada lagi. Kalo tak melepas aku nak pakai produk L'Occitane ni.

Bau wangi produk nih. Memang aku tak beli laa... kecuali bagi free baru aku pakai. Dah lama tak pakai produk mahal-mahal. Since dah kahwin ni, muka ok jer. Jarang naik jerawat batu. Hormon dah stabil lah katakan...

Disclaimer: Hehe gedik nak buat disclaimer pulak. Hadiah-hadiah yang aku terima dan aku nukilkan dalam belog ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali nak bermegah2. Ini untuk rekod peribadi jer... Ramai orang lain yang menang hadiah lagi besar dan besh2... Bila lah turn aku. Insya Allah... Ada rezeki, ada lettew....

Sunday, February 24, 2013

Won Enchanteur Products

Last week memanjang jer aku terima parcel.
Ni lagi satu hadiah aku terima dari Magazine keluaran Blu Inc. memang aku selalu beli majalah dari blu inc samada female, eh! or herworld sebab.... promo page dia offer hadiah yang best2... tak rugi woo... modal tak sampai rm30, bole dapat hadiah worth rm100 over...

ni aku submit atas nama proxy (my mum). mmg nama my mum banyak ong.. slalu jer nama dia naik.. kebetulan pula mak tengah cari perfum. suh beli perfum CK ke, Jlo ke, even body shop dia tak minat pulak. dia nak yang murah2 jer... memang rezeki dia laa... sebotal perfume enchanteur ni dah selamat aku bagi kat dia. lagi sebotol mestilah aku punya. losen, deodorant n bedak pon dah selamat aku bahagi-bahagikan pada yang lain. adik aku pon sibuk ngecek. nak jugak.. barang free... takpe lah.. ahkak tak kisah... kalo yg mahal2 tu ahkak simpan2 sikit. kekeke... ala-ala lokek gitu...

moga-moga dengan berkongsi kegembiraan dengan yang lain ni makin memurahkan rezeki aku sekeluarga... amin..

ha... tu dia rangkaian produk echanteur yang di terima... worth rm110. aku amik perfum kotak kaler oren tu. wangiii...

Won Safi Rania, Penuh Pesona Pasti Jelita

Hew... hew..
dah lama aku tak mengupdate tentang berita kemenangan hasil dari ber-contest ni. mood masuk contest pon masin merundum lately.. ntah macam malas jer.. takde usaha, takde lah hasil nya ye takk...? insya-allah sikit masa lagi aku akan kembali bergiat aktif. mudah-mudahan dapat menang hadiah yang best-best.

last week, aku terima produk safi rania. dari promo majalah EH! memang suka sangat. lagipon sekarang ni aku tengah pakai produk safi rania. dulu time tgh anak dara pakai clinique. demi nak jimat punye pasal, aku downgrade ke produk yang biasa-biasa jer.. pernah try garnier jugak. tp cm tak best jer. then try pencuci muka shaklee, nutriwhite. haa... yg tu memang best. tunggu lepas abis sume produk free ni, aku try balik nutriwhite shaklee tu...
ni keratan promo majalah EH! tu. korang yang rajin beli magazine tu, rajin-rajin jugaklah hantar keratan2 dia. mana tahu ada rezeki, mesti sangkut.

total 5 product safi rania yang selamat diterima. worth rm100+. aku cuma ada 3 produk jer. pencuci muka, serum dan krim siang. 5 produk yang dapat free ni kira melengkapkan lagi laa rangkaian produk safi rania aku... jimat belanja.. alhamdulillah...

promo page ni dari tahun lepas lagi. hadiah nya patut dah lama tak dapat. ntah macam mana tak sampai2 kat aku.. then aku email pada promo team blu inc. nasib baik hadiah still available. then diaorang terus pos kat aku. thanks blu inc team. really appreciate it.

Saturday, October 6, 2012

Won L'Oreal Professional from Female Magazine

Alhamdulillah, dalam kemalasan bercontest, sangkut lagi hadiah dari Female Magazine. Promo bulan June 2012. Product L'Oreal Professional worth RM200++. Menang atas nama proxy. Hehe, pinjam nama adik aku. Memang aku selalu letak nama ahli keluarga. Mana tahu bole gandakan peluang untuk memenagi hadiah lain pulak. So far, nama kakak aku belom naik lagi even aku tak pernah miss nak letak nama dia dalam mana-mana contest. Hope lepas ni adalah rezeki atas nama dia pulak.

Dah guna product L'Oreal Professional ni lelebih lagi Mythic Oil tu. Memang puas hati. Rupanya L'Oreal Professional ni tak sama dengan L'Oreal Paris yer yang boleh dapat kat watson tu. L'Oreal Professional ni cuma ada jual kt saloon jer.. Aku jarang pergi saloon... Sebab takde sape orang nak sponsor.. Hehe. Ape lagi en. combat, silalah sponsor saya buat treatment rambut. Pasni rambut daku macam Fauziah Gous lah. Nanti saya tolong awak bakar candle nut & buat treatment rambut untuk awak pulak yang makin hari makin nipis tu.


Ada lagi 2 hadiah lom dapat lagi. Sedang menanti surat, nanti boleh lah redeem hadiah lagi...

Saturday, September 15, 2012

Won Set MILO Van Mini

Dah lama rasanya tak menang ape-ape. Aktiviti nak bercontest pon dah kureng sekarang...
Rasa macam takde contest yang menarik sangat sekarang untuk join.
Last week aku ada terima sms bgtau yang aku ni pemenang hadiah utama untuk van milo mini. Ohw, baru teringat yang aku join contest after buat pembelian barangan Milo di TESCO bernilai RM40.

Sesaja jer join kebetulan produk MILO ada jual murah. Macam-macam kiteorang borong. MILO Fuze, MILO Sejuk & MILO 2kg. Cukup RM40, dapatlah join contest. Tak sangka pulak menang Grand Prize. First time ni menang grand prize. Selalunya menang conso jer. Insya Allah lepas ni ada lagi rezeki menang grand prize yang hadiahnya lagi grand. Kena doa-doa selalu ni. Moga Allah murahkan rezeki aku sekeluarga.

Ini dia 6 set van MILO saiz kecik & 6 set saiz besar. Ada 12 van kesemuanya...
Gigih aku pergi collect hadiah ni kat pejabat pos laju pasir gudang. Nasib baik aku perasan kertas pesanan yang posman tu tinggalkan. Dah lah basah kertas tu kene air. Jenuh aku keringkan. Lenkali encik posmen silalah rajinkan diri tu sikit yer. Masukkan kertas pesanan bila orang tiada di rumah tu dalam post box. Ni dia selit jer kt grill. Apedaa...

Bumble Bee tu sibuk jer nak interframe jugak.
Ape aku nak buat dengan van-van milo ni? kat rumah tu bukan ada display cabinet pon.
At last, masuk balik dlm bubble wrap & letak dalam kotak. Agak-agak kalo jual kt pasar karat jb tu laku tak? hehe...
Ini dia surat yang di sertakan. Dia mintak aku fax surat pengesahan penerimaan. Belum sempat lagi nak fax kt organiser. Anyway, tq nestle. i memang minat minum MILO pon...

Saturday, August 11, 2012

Won Bio Essence Birds Nest

2 minggu lepas dapat email dari Blu Inc Promotion personnel. Aku memang Bio Essence sebab antara voters terawal untuk Her World Beauty Awards. Ada 4 pilihan hadiah. Tapi aku pilih Bio Essence. Alhamdulillah, barang sudah sampai tengahari semalam. Belum cuba lagi... & tak tau nak buat ape ngn benda ni. Mebbe aku jual pada sapa2 yang berminat. As usual lah. Letgo murah2 jer. Both product worth RM93.80.


Ada lagi satu hadiah. Aku tengah menanti....
Belum sampai lagi surat, so tak bole lah redeem.

Sunday, May 27, 2012

Won Banana Boat Product from Pa& Ma

Alhamdulillah.... Ada jugak rezeki dalam mag Pa&Ma.
Banyak contest masuk tapi susah nak lekat.
Kali ini lekat pulak. Kemenangan atas nama Cik Anis. Tq yer cik Anis.
Tak sure bulan berapa punya contest nih. Suratnyer dah ilang lah pulak....
Tak pernah beli Banana Boat ni, selalu tengok kat Watson jer... Tak sure my kids  serasi tak dengan product ni. Dah alang-alang ada benda ni, kena lah rancang percutian di tepi-tepi pantai ye tak...?

Ehem-ehem, en combat. Ape lagi? Bukak lah website agoda & booking kt Grand Lexis tue.... Hihi...




Saturday, May 26, 2012

Tak dapat Le Creuset, La Gourmet pon jadi lah...

Aku ni tak habis-habis sebut Le Creuset. Hmmm, selagi tak dapat, selagi itulah asyik sebut jer. Hint pada en. combat kalo dia terbaca blog aku yang dah bersawang ni, then ehem-ehem lah.. Pandai-pandai lah dia carikan n belikan untuk bini dia yang sorang ni (as a gift for our anniversary ker, my besday ker...) Tak kira lah dia champion masak ke tidak. Belikan dulu, baru saya masak sodap-sodap hokayyy?

Le Creuset mainly cookwares brand. You all bole google tengok ape yang dia jual. Memang bole juling lah tengok periuk-periuk yang chantek-chantek tu kan.... Colourful lagi. The best part, ada heart shape. So sweet kan....? Adoyaii... bilalah bole beli nih...?

Ini dia Cast Iron French Oven by Le Creuset

Ops, niat di hati nak cakap pasal hadiah La Gourmet yang aku menang dari contest Peraduan anjuran Jacob's. Baru laa ni aku dapat hadiah. Aku pulak bole terlupa nak bagi diaorang address untuk pos barang tu. 2nd sms yang aku terima dari organizer as reminder baru aku call diaorang. Maka, baru lah diaorang pos barang & barang tu pon dah aku selamat terima last week. Gigih en combat bawak balik umah naik motor sebab aku bagi adress opis dia...



Tara.. Ni dia hadiah nya worth RM500
Ada warranty lagi 10 tahun



Gambar kotak. Ada 4 item dalam kotak itew. 2 cookwares with lids, 1 food  jar (yeay, pasni boleh lah simpan bubur safiyyah kt dalam tu) and another 1 is Stainless Steel bottle.

Syukur alhamdulillah atas kemenangan ...

Wednesday, April 11, 2012

Won Conso Dew More Win More Contest

Sejak akhir-akhir ni, aku rajin sangat masuk contest yang di anjurkan oleh pelbagai company. Tak kira lah contest kat magazine ker, facebook ker, kena antar resit dsb. Tapi kadang-kadang aku selective jugak lah. Kalo contest tu lucky draw based, aku suka jer. Laju jer tangan nak isi contest form. Tapi kalo slogan based, liat sikit lah. Aku kena perah otak sikit nak tulis-tulis slogan ni. Ala-ala tak beberapa pandai gitu...

Semalam pagi, aku gatal-gatal tangan bukak website contest mountain dew ni. Sampai sekarang dah week 5 dah dia announce winner. Nama yang aku submit tak ada lagi pon sebagai winner. Agak frust jugak lah sikit. Sebab aku da start antar form dari week 1 lagi. 1 nama pon tak sangkut. Then, slowly aku scroll & perhatikan satu per satu nama winners yang bertuah tu. Alangkah terkezutnya aku bila nama pakcik aku naik as 1 of conso winners untuk week 3.



See.. Nama Rosli Bin Abdullah
Syukur alhamdulillah...

Tak kisah pon even memang conso jer sebab dia bagi cash. Instead of menang skateboard. I dont need that ok. Aku terus bgtau pakcik aku pagi tu  jugak. Remind dia kalo ada orang call. Nanti dia blurr pulak. Anyway, thanks to pakcik rosli. Nanti angah agih-agih wang tu yer.

Then, smlm petang jem time nak balik. Aku scroll lagi tengok winner week 4 pulak.
Lagi sekali aku terkejut berok bila nampak nama en. combat pulak as a conso winner jugak. 
Hooray.. So, total winning is RM600. Ngeh ngeh ngeh... Selamat duit poket ummi.. Aku plan nak belikan bracelet untul Safiyyah. Tapi cash ni belum dapat lagi pon. Nampak nya kene pakai duit aku dulu jugak tu...



See... Nama en. combat Muhammad Yuzir Kamiron
Tak sangak betul! Syukur alhamdulillah...
Pada sesiapa yang nak join, masih ada masa lagi. Contest ni sampai 15 April 2012.

Won La Gourmet worth RM500 from Jacobs Malaysia

Lagi sekali, kemenangan yang tak di sangka-sangka. Menang betul-betul tak menduga aku akan jadi pemenang, even conso winner. Contest yang di anjurkan oleh Jacobs Malaysia. Kena beli biskut Jacobs dan dapatkan mata 10. Pastu pergi ke facebook & antar entry samada video, photo or story. Aku just antar satu story jer. Aku karang-karang pon dalam masa yang pendek. Terkejar-kejar menghadap laptop ni dengan Safiyyah & Syahmi yang macam-macam ragam tu. Cerita aku simple jer tentang bagaimana ibu ku yang menjadi inspirasiku & aku kait kan dengan cerita biskut jacobs tu.

Hadiah pon belum collect lagi. Takkan nak pg Kelana Jaya tu kot. Jauhnyer.. Sms kemenangan pon baru aku dapat isnin aritu. Nanti aku nak contact organizer mintak dia arrange kan untuk pos hadiah kat aku yang berada di Johor nih.


Could you see my name?
No.30 Nur Fain

Aku memang suka kalo dapat kitchen appliances ni. La Gourmet aku selalu tengok kt Jusco. Barang mahal & berkualiti. Tak sangka pulak boleh dapat free. Modal constest tak sampai RM20. Syukur pada Allah atas rezeki yang diberikan ini.

Monday, January 30, 2012

1st winning at Herworld Magazine

Syukur alhamdulillah...
Macam tak percaya jer nama aku sangkut untuk dapat voucher RM200 dari Scholl.
Kebetulan pula Scholl ni antara fevret brand kasut aku suka beli selain Crocs & Hush Puppies.
Nampaknya ada chance lah pakai kasut baru lepas nih... Hehe..
Aritu time adik aku beli crocs (dapat 30% sempena besday en. combat), aku pon nak beli jugak. Tapi takde saiz. Xde rezeki kat situ. Tapi rezeki kat herworld rupanya...

Nampak tak nama aku kat No.14 tuh?
Yey + Syukur...

Aku rajin masuk contest ni semasa dalam pantang Safiyyah tahun lepas.
Takde ape nak buat kat rumah, ape lagi. Beli magazine banyak2, then submit lah. Bukan susah sangat pon soalan dia... 
Tapi korang yang submit ni, jangan lah berharap sangat. Kang tak dapat keciwa pulak.
Lepas pos tu, berdoa moga-moga menang. Allah tu kan Maha Adil. Kalo dia tak beri rezeki kat sini, dia akan beri kat tempat lain. Ye tak?
(Remind to myself also...) Dah jadi ustazah pulak aku nih...

Ads