Ads

Friday, January 10, 2014

A Week at Brainy Bunch Seri Alam

Cukup seminggu tempoh persekolahan syahmi di BBIM Seri Alam. Kat johor ni start dari Ahad hingga Khamis. Aku tak sempat stalk Syahmi seminggu di skool dia. Aunty pon tak galakkan parents untuk stay & stalk their children. Nasib baik jumpa facebook page Brainy Bunch Seri Alam. Aunty upload kat fb, so dapatlah aku tengok ape yang dia buat kat skool tu. Kalo tanya kan syahmi ape yang dia buat memang macam-macam dia cerita.

Belek punya belek photo album kt fb tu, terjumpa gambar syahmi performs solah. Molek je tengok. Kalo kat rumah dia memang liat laa... Ada je alasan dia... Moga-moga slowly nanti dia bertambah baik lah not only kat skool tp juga di rumah. Performs solah not only at skool tapi dia tahu yg bersembahyang tu adalah wajib bagi tiap-tiap individu yang sudah akil baligh.

So far development yang aku dapat trace seminggu dia kat school tu aku tengok dia ada sedikit behave. Bole tolerate dengan adik dia, bole share toys, baca doa makan & baca doa tido confidently, more independent. Others, dia pandai cakap "See you later", "I got it!" in british accent. Amboi bukan main dia... 

So, below gambar-gambar yang aku cilok dari FB BBIM Seri Alam. 

Itu dia en. syahmi. Moga-moga nanti boleh jadi iman pulak yer.

i dunno activity ape yang diaorang tengah buat ni. tp nampaknya syahmi bukan main happy.

itu dia tengah sujud nun kanan sana.

Nap time. syahmi yang kt tengah tu

dkt canteen

syahmi sebelah kawan baik dia kt bbim (yg red shirt tu. nur iman)

Nanti update lagi his further development...

Alfatihah buat Nenda ku

Alfatihah...
Nenda ku Samsiah Binti Jaafar telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 6hb January 2014 jam 2 petang. Semoga nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Amin...

Nenek pada Mac 2011

Nenek pada July 2011

Nenek bersama sebahagian cucu-cucunya...


Monday, January 6, 2014

First time advertise kat mudah.my

Al-kisah...
Aku menang set Van Milo ni dari tahun lepas lagi. Then aku tinggalkan kotak ni dekat umah parents aku. Mak aku yang rajin telah simpan kotak van milo ni kat dalam stor. Last week bila dia kemas-kemas stor sebab ada kucing beranak, dia terjumpa balik van milo ni. Dia pass kat aku suh bawak balik ke rumah aku. Then, apa aku nak buat dengan 12 set van milo ni? Nak bagi Syahmi main? Nehi..... Memang sepah kang then aku ler nak kena kemas balik.

Bincang punya bincang, aku nak let go je van milo ni. En. combat memang tepuk tangan laa sebab dia tak koser nak menyimpan barang-barang tak perlu ni. Aku pon decide nak jual. Tapi usha-usha dulu kot-kot ada orang jual jugak. Sah, memang ada orang jual pon van milo ni as collectibles item. Jual sikit punya mahal dekat ribu pon ada. Aku jual murah je. Dalam RM400 for all 12 vans.

Then, tak sampai 24 hours, ada 3 orang buyer yang berminat. ada yang nak beli set kecik je. Ada yang nak beli set besar jer. ada yang nak beli semua... then ada terus close deal dengan sorang buyer melayu ni nak close deal untuk beli semua. dia mintak kurang sikit dalam rm20. then aku malas nak pikir banyak, aku terus agree... Mungkin rezeki allah nak bagi hanya  rm380. Apepon Syukur Alhamdulillah. Boleh lah di gunakan duit itu untuk bayar sekolah syahmi tu... Ringan sikit bebanan aku...

Post pasal aku menang van milo ni ada di sini...

Ini snapshot advertisement dekat mudah.my
Aku dah delete pon post ni sebab bila dah close deal, ada lagi orang yang bertanya...
Agak laku jugak ekk...

Sunday, January 5, 2014

Syahmi's School

Finally, on 5th Jan 2014 Syahmi officially entered a school at 5 years old.
Ini memang first experience dia. Sebab before this kiteorang tak pernah enroll dia kat mana-mana tadika. Dia just stay kat rumah pengasuh or rumah tokmak dia jer.

At first, kiteorang dah booking kat 2 tadika. 1 tadika kat area kempas. Ingatkan nanti nak tadika kan dia kat situ sebab dia refuse duduk umah pengasuh dia. 
But then bila my mum tak sihat & perlukan rehat, kiteorang paksa dia duduk balik kat rumah pengasuh, which is now dia dah ok kat situ. Then kiteorang booking lagi dekat tadika yang agak berhampiran dengan rumah.

Then dalam bulan 12 pulak, pengasuh dia cam dah tak berapa sihat nak jaga syahmi & adiknya. Dia kene buat regular check up. So kiteroang pon terpaksa lah cari alternative lain untuk macam mana nak arrange Syahmi and adiknya. Risau beb. Penat perah otak & buat 2-3 option. Mujur ada brainy bunch seri alam yang baru bukak branch yang sangat le dekat ngn umah kiteorang. Tak sampai 5 minit pon perjalanan.

Kiteorang decide enrollkan Syahmi Fullday dari 8.00pg hingga 6.00ptg, while adik still duduk dengan pengasuh. If let say pengasuh kene buat checkup, kiteorang kawtim dengan cik long untuk pickup adik & belanja cik long starbucks! Huhuhu.... Demi anak, apa saja ku cuba lakukan yang terbaik. Lagipon BBIM bagi kiteorang waiver for annual registration due to kiteorang dah bayar booking fees kat sekolah lain. So, just tolak the booking amount from annual fees. Takde rugi mana pon gitu.. Syukur. Lagi satu kemudahan yang Allah beri pada kiteorang.

The reason being enrollkan Syahmi ke fullday instead of regular is bila kiteorang calculate balik, tak banyak jimat mana pon. So better dia dok fullday kat bbim. Dia akan solat, mandi, tidur kat situ. Time petang, bole dia tuisyen sikit dengan Aunty dia. Kalo dok umah pengasuh kang balik tengahari, makan, pastu ngorok & tengok tv. Ini kira kiteorang nak bagi dia pengisian waktu yang lebih berkualiti. Hopefully dapat lah hasil yang baik. Amin Ya Rabbal 'Alamin....

Sebelum enroll tu kiteorang ada buat tour kt BBIM tu. Bila tulis kat logbook tu kiteorang visitor yang pertama. Hahaha... cayalah. bukan main bersemangat mak & pak dia. syahmi pon kata dia suka bbim ni. sebab ada banyak belon. ape kahhh??? dari sudut facilities memang terbaik. kiteorang dah check tempat tidur dia, classroom, canteen & toilet! bila syahmi dia keluarkan statement toilet dia bersih! (aku tak tau kenapa syahmi sangat particular dengan toilet? kat mana-mana pergi pon mesti dia komen pasal toilet.) budak kecik kan??? sangat lah jujur ape yang di cakapkan itu...

Ni gambar sepanjang kiteorang visit Brainy Bunch Seri Alam.
En. Combat telah bertanya sepuas-puasnya pada Aunty Ain (Campus Manager Brainy Bunch Seri Alam)

Classroom Area. Sangat luas. Lampu pon pakai LED type. Bole kurangkan strain to eyes.

Ni gambar Syahmi on his 1st day at BBIM Seri Alam. Ada student yang cranky, nangis. tapi dia cool je. Cayalah! Sejuk perutku mengandung.

Gambar dari luar. Dekat Jalan Lembah 19.


Saturday, January 4, 2014

My Home Renovation Part 6

Ni pulak gambar sekitar awal bulan 8, 2013. Time puasa ni. Rumah masih dalam 80% siap. Kitchen cabinet dah pasang. Tinggal kerja-kerja mengecat je. Kiteorang tak sub kan kerja cat pada Jo. Konon nak buat sendiri. Tapi silap laaa. Bila buat sendiri tu penatnya bukan main! Walaupon nampak sikit tapi bila dah kene buat 2 coat, memang penat giler laa... At last guna unskilled labour & cheap labour. Kiteorang mintak tolong anak jiran kat umah mak aku. Dia memang rajin. Bagi RM50 untuk tolong-tolong kiteorang. Lagipon dah nak raya. Boleh lah budak tu beli ape2 yang patut. 

Yang kenit ni pon sibuk nak menolong jugak, Tapi buat comot. Eiii...
Bila tak bg dia tolong, kite pulak yang dia marah.

 Then, di sebabkan cut sana sini budget, so ada lah budget lebih...
Maka kiteorang pon buat lah laminate floor. Buat dekat Mitalee. Dia ada office dekat BMS Mall. Harga RM5.80 per square feet including profile and underlay for 8mm thick. Mengikut luas lantai living area umah kiteorang, total keseluruhan dalam RM2500. Kira ok lah tu. Malas dah nak pakai karpet or tikar. Kaki aku ni dah sejuk bila pijak lantai.


Ni gambar kat Mitalee. Memang rambang mata nak pilih. Campur2 kaler pon bole. tapi nanti rojak pulak. Colour yang kiteorang pilih yang terang-terang sikit. Tak tau ok ke tak.


Brand Robina and Nature Collection.

Below gambar2 semasa proses pemasangan laminate floor. Agak lama jugak. dia start datang dalam pukul 10, pukul 3 baru siap.







Yeay dah siap pon...

My Home Renovation Part 5

Part yang paling penting sekali dalam renovation kitchen ialah memilih kitchen cabinet contractor.
Kiteorang ada survey ke Homedec, mintak quotation and buat comparison.
Tanya habis-habisan dekat diaorang, ada tak hidden charge. Kekadang diaorang ni tak bgtau awal2. Hinges tak masuk laa, soft close lain harga laa. Drawer bole 2 tier je laa. Memacam...

So, end up kiteorang ada shortlisted kan 3 contractor. Alucabinet, DEWANI & SCi. Buat kira-kira sana sini then close deal dengan Alu Cabinet jer sebab harga termurah & puas hati. Aku nak buat full aluminium cabinet from dia punya door sampai ke body sebab umah aku ada anai-anai. So memang tak recommend pakai kayu laa... Ada yang reput kang.

Rate per foot run ada aku simpan dulu. Nak tepek kat sini buat reference. Tapi dah hilang pulak.
Harga sekarang pon mebbe dah naik. Aritu bila aku suh cina Alucabinet datang umah ukur & tunjuk booking form pon dia bgtau nasib baik aku booking awal. sebab 2nd homedec yang dia join pada tahun yang sama jugak, harganya dah naik.

Ni AluCabinet. Dekat Taman Johor Jaya. Office dia biasa-biasa je.
Yang datang ukur tu boss dia Mr. Fam. Orangnya baik muka je nampak ganas!

DEWANI memang orang dah biasa dengar. kt johor ni banyak cawangan. Bole buat ansuran lagi. Tapi harga abit mahal. mebbe ada cas design dalam quotation dia.

Ni Sci yang iklan dia aku selalu jumpa dalam metro. Pergi office dia kat Taman Bukit Indah. Memang lah tersangat cantik ape yang dia display. Tapi harga tak menepati budgetku..

My Home Renovation Part 4

Ok-ok. Dah nak hampir siap...! But oh no! Belum siap lagi pon.
Ini gambar2 sekitar bulan June 2013. Dah nak dekat sebulan proses renovation nih. 
Actually aku upah tukang je yang buat ni. Bukan ngn contractor cina. Sebab... nak tolong orang melayu & yang paling penting nak save budget lah. Tukang ni janji dalam 20 hari je. Tapi ni dah drag ke sebulan. Oklah sabar lagi... Disebabkan deal dengan dia harga lump sum, so lambat macam mana pon kiteorang bayar harga yang di tetapkan lah. Unless ada additional work memang kiteorang akan bayar lah VO tu ikut rate labour per day.

Tukang aku ni nama dia Jo. Nama penuh aku tak tau sebab dia suh kiteorang panggil dia Jo je. Orang sabah. Dia panggil en combat DATO' manakala dia panggil aku DATIN. Bukan main lagi ko ye jo nak mengampu! Tapi dia ni baik & jujur orangnya. Kalo ada kawan-kawan aku mintak tukang untuk repair bocor la, mengecat ke, memang aku recommend kat dia. Harga yang dia bagi kat kiteorang pon memang lah tersangat murah. Harga kawan katanya. Terima kasih Jo. Moga engkau di murahkan rezeki lagi.

Dalam murah2 tu kene lah mengadap schedule yang delay nih.
Takpe2 sabar. AKu tak rush pon nak siapkan umah ni. Bahagia ada bila depat lelama duk umah parents.

Buat plaster ceiling kt kitchen. Jo tak mahir sangat yang fancy2. Kiteorang pon tak request yang bercorak bagai. Lagipon kt kitche, Takkan nak pakai ceiling panel pulak. Hodoh.
Tapi nasib baik Jo dapat buat dengan elok. Plain je plaster ceiling nya....
Sampai sakit leher katanya... Hahaha

Buat wiring dengan En. Sani. Member bapak aku.
Ni pon dapat harga member. Tapi mahal jugak wiring nih. Harga copper ke yang naik sekarang?

Yang ni VO untuk Jo. Aku memula plan tak nak kopek tiles yang existing. Tapi bila tengok mcm pelik je 1 side ada tile, sebelah takde tile, then aku decide untuk kopek & plaster balik affected area.

Ni si Jo dah ready nak plaster balik wall.

Tiling work dekat kitchen. Tiles di pilih oleh en combat. Aku tukang kira quantity of tiles yang nak di beli untuk elakkan pembaziran. Alhamdulillah, xde banyak sangat lebihannya. Setiap ringgit itu bernilai tau!

Corner bead dekat window. Atas arahan en combat. Baru nampak smart & kemas. Betul tak?
Jo tak pernah pakai corner bead ni. Tapi bila en combat bgtau baru dia tahu,

Tengah kira location untuk wall light dekat new dining area. Ingat nak pakai ceiling light je tapi tidak di luluskan atas sebab keselamatan.

Ok, Area sini dah siap.

Half done.

New sink. Single bowl je. Yang lama punya double bowl. Jo request nak mintak sink yang lama tu. Kiteorang pon bagi buat sedekah. 

Wall features at new kitchen. Memula nak buat all white. tapi aku gatal menambah sikit black.

Dah siap sikit tu...
Back splash tu Jo bole pasang terbalik pulak.... Eiiii geramnya aku!
Tapi nak buat cmne. Takkan nak kopek balik. Lagipon en combat sekali sekala je bole monitor kerja2 si Jo ni. Tapi bab back splash ni terlepas pulak. Nak nanges pon ada....

My half-done new kitchen!

My Home Renovation Part 3

Ok.
Home renovation aku ni start lebih kurang dari pertengahan bulan Mac 2013. Memang tersangatlah teruk rupanya bila dah pecah sana pecah sini tu. Berhabuk gila. Aku pon tak menetap di sini semasa proses renovation. Macamana nak stay sini dengan keadaan yang huru hara. Dah lah aku allergy pada habuk. So kiteorang plan untuk stay dekat umah parents ja. Agak jauh lah aku nak pergi kerja. Advantge untuk en combat. Dia pergi kerja dekat ja.

Bahagia ex-kitchen future-dining area.
Tiles sume kasi pecah sebab affected dari RC counter top yang di robohkan. This area, wall finish yg cement & paint. Floor tiles kasi pasang baru punya!

 View from staircase!


Antara barang2 yang tak di bawa naik atas e.g. washing machine, fridge, dining table & other stuff. Kotak-kotak besar tu barang2 untuk kitchen e.g. Built in oven, hob & hood. Aku beli 3 packages ni dekat kedai elektrik Taman Bukit Kempas. 3 items Cap FABER ni dengan harga RM1900. Dekat homefair dia jual RM2100 ko. Jimat RM200. Syukur!
Kalo ikut nafsu nak beli cap TEKA! Tapi kene ikut budget lah kan?

Area future-kitchen. Masih under construction.

Area future-kitchen. Masih under construction.

Relocation of toilet door. Kasi sorok sikit. Ni dah masuk 3 kali relocate toilet door. Sensitive toilet ni. Takkan nak menghadap dapur? Kang tak selera nak masak. Apetah lagi nak makan.

Ada buat wiring sikit plus new Distributuion Board untuk tampung new kitchen. Wiring work memang tak masuk dalam budget sebab ingatkan murah je. Tapi dekat RM2500 ko. Itu pon harga member. Nasib baik  dah allow contingencies dalam budget. Ex-QS student lah katakan...

New RC counter top. Masih lagi memilih RC Counter sebab en combat jenis masak orang melayu. Nak jugak ketuk lesung atas table top. Kalo nak pakai solid surface memang lah lawa. tetapi kena rajin jaga & tak boleh lah nak ketuk2 sesuka hati.

Begini lah ghupanya....

L-Shape of counter top.

Piping work a bit.

Lagi...

To be continued...

Ads