Ads

Saturday, January 4, 2014

My Home Renovation Part 2

Ya Ampun... Dah masuk tahun 2014 baru aku nk hapdate pasal project renovation rumah nih. Dah lama siapnya baru terhegeh2 nak update kt belog nih. Baru sedar bertapa lamanya aku meninggalkan blog ni. Dah bersawang siap ada labah-labah lagi agaknya...

Sementara aku nak kosongkan space iphone, terjumpa lagi gambar-gambar rumah masa under renovation. Tetap nak upload jugak buat kenang-kenangan. Lagipon bukan senang nak mengadap laptop, mesti itu budak kicik 2 orang datang kacau... Sekarang ada masa free sikit & diaorang pon good mood, baru lah bole menaip dengan aman....

Bismillahirahmanirahim.....
Kat bawah gambar-gambar rumah sebelum reno start. Disebabkan aku just renovate bahagian bawah jer, so barang2 dekat bawah tu aku hangkut bawak naik kt bilik tingkat atas. Sofa, furniture, pinggan mangkuk sumer aku seal masuk dalam plastik beg or cover pakai kain untuk elak habuk. Kerana ini melibatkan proses pecah & tebuk dinding.

See... Bahagian living yang ada feature wall kaler hijau tu, bahagia dining yg ada fridge tu & bahagian kitchen yg ada counter top kaler hitam.

Bukan main ternganga layout umah ni. kalo tetamu datang memang bole nampak laa ape yg aku akan hidangkan. Goreng keropok kaa, buat pasta ka.... 

Yang ni, barang-barang tiles. Aku beli dekat kedai Jubin BMS. Memang banyak corak & size. Ikut budget nak brand apa. Guocera ka, White Horse ka, Cotto ka, Brand China pon ada...

Yang ini bahagian yang bakal dirobohkan (telah di pecahkan pon dinding tu) Grill bukak & bilik kecik sebelah kiri tu pon pecah untuk bagi space pada kitchen baru.

Ni nak tunjuk pintu kitchen cabinet yang telah di bukak. Existing RC counter top tu dah demolished untuk di jadikan dining hall. Pintu aluminium ni aku tak buang lagi. Ada je menyemak kt depan rumah ni. Taktau nak buat ape. 

Tersangatlah messy!

No comments:

Post a Comment

Ads