Ads

Thursday, April 4, 2013

My Home Renovation

Insya Allah tahun ni aku akan buat lagi sekali renovation. 2 tahun lepas dah buat minor renovation sikit kat bahagian porch depan rumah tu. Tahun ni ada rezeki lebih Allah bagi, so aku nak reno sikit bahagian kitchen/  area belakang rumah yang sekangkang kera tu.

Sebab nak renovate sekarang kerana rumah aku dah macam studio concept. Open area jer dari living, dining hingga ke kitchen. Bertahun-tahun en combat memberi komen negatif yang berbakul-bakul kat arkitek umah kiteorang ni. Alahai.. ini bukannye umah kat  . Ni umah kat bandar. Nama pon Bandar Seri Alam. Walaupon 30km away dari pusat bandar JB.

So, bila alihkan kitchen ke belakang, ada privacy sikit lah aku... Tak ler kalo tetamu datang nampak aku tengah goreng kopok lekorr (mebbe tetamu expect aku hidangkan pasta!) hihi.. lawak jer...
Kitchen cabinet yang sedia ada ni yang mana bole letgo, aku akan letgo. Kitchen hood aku dah ada org booking nak beli. Lagipon ada letgo murah-murah jer...

Sempena nak merenovate nih, ada bongkar balik majalah-majalah lama pasal home ID ni. Memang dari dulu lagi nak buat cuma tengah kumpul budget. So, jumpalah majalah dapur tahum 2008. Memang tengah time aku beli umah 3 bulan lepas kawin. Aku ingat lagi aku booking umah ni on 8-11-2008. Sehari sebelum besday aku.. Time tu memang berangan habis lah nak buat itu ini. Tapi bila dapat quotation, mak aii memang kene pendam lah hasrat hati....
Belek-belek majalah untuk dapatkan ilmu, tips & cari contact potential contractor untuk buat kitchen cabinet.

Ini pulak pelan renovation yang di sediakan oleh Ar. Yuss. Tuan umah pilih Option no.1. Berterigh-terigh en combat siapkan pelan umah. Sampai tengah malam dia perah otak. Ini pon dah berbuih mulut aku mintak dia sediakan pelan. Sampai aku membebel sensorang dalam whatsapp dia. Pastu, aku set kan daily reminder dalam iphone dia untuk prepare drawing untuk umah. Hahaha.. dah tak koserr nak cakap lagi. Main tekologi je baru jalan. Mentang-mentang lerr project aku ni puluh ribu jer. Dia buat tak layan jer.. Sibuk dengan project opis 1Medini lah, SmartSchool lah yang berjuta-juta tu. Kalo project aku ni tak on, aku suh dia dok opis jer sbb dia lagi suka kan ngn opis dia tu. Hahaha...

Okay lah. esok Homefair 2013 dah start kat Persada Johor ni. Aku nak pg hari sabtu untuk dapatkan quotation n survey-survey. Orang kata selalunya mahal. Aku pon tak bole nak bagi komes sebab lom abis survey. Hope dapat quotation yang ok n meet my budget.

No comments:

Post a Comment

Ads