Ads

Showing posts with label House. Show all posts
Showing posts with label House. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

My Home Renovation Part 6

Ni pulak gambar sekitar awal bulan 8, 2013. Time puasa ni. Rumah masih dalam 80% siap. Kitchen cabinet dah pasang. Tinggal kerja-kerja mengecat je. Kiteorang tak sub kan kerja cat pada Jo. Konon nak buat sendiri. Tapi silap laaa. Bila buat sendiri tu penatnya bukan main! Walaupon nampak sikit tapi bila dah kene buat 2 coat, memang penat giler laa... At last guna unskilled labour & cheap labour. Kiteorang mintak tolong anak jiran kat umah mak aku. Dia memang rajin. Bagi RM50 untuk tolong-tolong kiteorang. Lagipon dah nak raya. Boleh lah budak tu beli ape2 yang patut. 

Yang kenit ni pon sibuk nak menolong jugak, Tapi buat comot. Eiii...
Bila tak bg dia tolong, kite pulak yang dia marah.

 Then, di sebabkan cut sana sini budget, so ada lah budget lebih...
Maka kiteorang pon buat lah laminate floor. Buat dekat Mitalee. Dia ada office dekat BMS Mall. Harga RM5.80 per square feet including profile and underlay for 8mm thick. Mengikut luas lantai living area umah kiteorang, total keseluruhan dalam RM2500. Kira ok lah tu. Malas dah nak pakai karpet or tikar. Kaki aku ni dah sejuk bila pijak lantai.


Ni gambar kat Mitalee. Memang rambang mata nak pilih. Campur2 kaler pon bole. tapi nanti rojak pulak. Colour yang kiteorang pilih yang terang-terang sikit. Tak tau ok ke tak.


Brand Robina and Nature Collection.

Below gambar2 semasa proses pemasangan laminate floor. Agak lama jugak. dia start datang dalam pukul 10, pukul 3 baru siap.







Yeay dah siap pon...

My Home Renovation Part 5

Part yang paling penting sekali dalam renovation kitchen ialah memilih kitchen cabinet contractor.
Kiteorang ada survey ke Homedec, mintak quotation and buat comparison.
Tanya habis-habisan dekat diaorang, ada tak hidden charge. Kekadang diaorang ni tak bgtau awal2. Hinges tak masuk laa, soft close lain harga laa. Drawer bole 2 tier je laa. Memacam...

So, end up kiteorang ada shortlisted kan 3 contractor. Alucabinet, DEWANI & SCi. Buat kira-kira sana sini then close deal dengan Alu Cabinet jer sebab harga termurah & puas hati. Aku nak buat full aluminium cabinet from dia punya door sampai ke body sebab umah aku ada anai-anai. So memang tak recommend pakai kayu laa... Ada yang reput kang.

Rate per foot run ada aku simpan dulu. Nak tepek kat sini buat reference. Tapi dah hilang pulak.
Harga sekarang pon mebbe dah naik. Aritu bila aku suh cina Alucabinet datang umah ukur & tunjuk booking form pon dia bgtau nasib baik aku booking awal. sebab 2nd homedec yang dia join pada tahun yang sama jugak, harganya dah naik.

Ni AluCabinet. Dekat Taman Johor Jaya. Office dia biasa-biasa je.
Yang datang ukur tu boss dia Mr. Fam. Orangnya baik muka je nampak ganas!

DEWANI memang orang dah biasa dengar. kt johor ni banyak cawangan. Bole buat ansuran lagi. Tapi harga abit mahal. mebbe ada cas design dalam quotation dia.

Ni Sci yang iklan dia aku selalu jumpa dalam metro. Pergi office dia kat Taman Bukit Indah. Memang lah tersangat cantik ape yang dia display. Tapi harga tak menepati budgetku..

My Home Renovation Part 4

Ok-ok. Dah nak hampir siap...! But oh no! Belum siap lagi pon.
Ini gambar2 sekitar bulan June 2013. Dah nak dekat sebulan proses renovation nih. 
Actually aku upah tukang je yang buat ni. Bukan ngn contractor cina. Sebab... nak tolong orang melayu & yang paling penting nak save budget lah. Tukang ni janji dalam 20 hari je. Tapi ni dah drag ke sebulan. Oklah sabar lagi... Disebabkan deal dengan dia harga lump sum, so lambat macam mana pon kiteorang bayar harga yang di tetapkan lah. Unless ada additional work memang kiteorang akan bayar lah VO tu ikut rate labour per day.

Tukang aku ni nama dia Jo. Nama penuh aku tak tau sebab dia suh kiteorang panggil dia Jo je. Orang sabah. Dia panggil en combat DATO' manakala dia panggil aku DATIN. Bukan main lagi ko ye jo nak mengampu! Tapi dia ni baik & jujur orangnya. Kalo ada kawan-kawan aku mintak tukang untuk repair bocor la, mengecat ke, memang aku recommend kat dia. Harga yang dia bagi kat kiteorang pon memang lah tersangat murah. Harga kawan katanya. Terima kasih Jo. Moga engkau di murahkan rezeki lagi.

Dalam murah2 tu kene lah mengadap schedule yang delay nih.
Takpe2 sabar. AKu tak rush pon nak siapkan umah ni. Bahagia ada bila depat lelama duk umah parents.

Buat plaster ceiling kt kitchen. Jo tak mahir sangat yang fancy2. Kiteorang pon tak request yang bercorak bagai. Lagipon kt kitche, Takkan nak pakai ceiling panel pulak. Hodoh.
Tapi nasib baik Jo dapat buat dengan elok. Plain je plaster ceiling nya....
Sampai sakit leher katanya... Hahaha

Buat wiring dengan En. Sani. Member bapak aku.
Ni pon dapat harga member. Tapi mahal jugak wiring nih. Harga copper ke yang naik sekarang?

Yang ni VO untuk Jo. Aku memula plan tak nak kopek tiles yang existing. Tapi bila tengok mcm pelik je 1 side ada tile, sebelah takde tile, then aku decide untuk kopek & plaster balik affected area.

Ni si Jo dah ready nak plaster balik wall.

Tiling work dekat kitchen. Tiles di pilih oleh en combat. Aku tukang kira quantity of tiles yang nak di beli untuk elakkan pembaziran. Alhamdulillah, xde banyak sangat lebihannya. Setiap ringgit itu bernilai tau!

Corner bead dekat window. Atas arahan en combat. Baru nampak smart & kemas. Betul tak?
Jo tak pernah pakai corner bead ni. Tapi bila en combat bgtau baru dia tahu,

Tengah kira location untuk wall light dekat new dining area. Ingat nak pakai ceiling light je tapi tidak di luluskan atas sebab keselamatan.

Ok, Area sini dah siap.

Half done.

New sink. Single bowl je. Yang lama punya double bowl. Jo request nak mintak sink yang lama tu. Kiteorang pon bagi buat sedekah. 

Wall features at new kitchen. Memula nak buat all white. tapi aku gatal menambah sikit black.

Dah siap sikit tu...
Back splash tu Jo bole pasang terbalik pulak.... Eiiii geramnya aku!
Tapi nak buat cmne. Takkan nak kopek balik. Lagipon en combat sekali sekala je bole monitor kerja2 si Jo ni. Tapi bab back splash ni terlepas pulak. Nak nanges pon ada....

My half-done new kitchen!

My Home Renovation Part 3

Ok.
Home renovation aku ni start lebih kurang dari pertengahan bulan Mac 2013. Memang tersangatlah teruk rupanya bila dah pecah sana pecah sini tu. Berhabuk gila. Aku pon tak menetap di sini semasa proses renovation. Macamana nak stay sini dengan keadaan yang huru hara. Dah lah aku allergy pada habuk. So kiteorang plan untuk stay dekat umah parents ja. Agak jauh lah aku nak pergi kerja. Advantge untuk en combat. Dia pergi kerja dekat ja.

Bahagia ex-kitchen future-dining area.
Tiles sume kasi pecah sebab affected dari RC counter top yang di robohkan. This area, wall finish yg cement & paint. Floor tiles kasi pasang baru punya!

 View from staircase!


Antara barang2 yang tak di bawa naik atas e.g. washing machine, fridge, dining table & other stuff. Kotak-kotak besar tu barang2 untuk kitchen e.g. Built in oven, hob & hood. Aku beli 3 packages ni dekat kedai elektrik Taman Bukit Kempas. 3 items Cap FABER ni dengan harga RM1900. Dekat homefair dia jual RM2100 ko. Jimat RM200. Syukur!
Kalo ikut nafsu nak beli cap TEKA! Tapi kene ikut budget lah kan?

Area future-kitchen. Masih under construction.

Area future-kitchen. Masih under construction.

Relocation of toilet door. Kasi sorok sikit. Ni dah masuk 3 kali relocate toilet door. Sensitive toilet ni. Takkan nak menghadap dapur? Kang tak selera nak masak. Apetah lagi nak makan.

Ada buat wiring sikit plus new Distributuion Board untuk tampung new kitchen. Wiring work memang tak masuk dalam budget sebab ingatkan murah je. Tapi dekat RM2500 ko. Itu pon harga member. Nasib baik  dah allow contingencies dalam budget. Ex-QS student lah katakan...

New RC counter top. Masih lagi memilih RC Counter sebab en combat jenis masak orang melayu. Nak jugak ketuk lesung atas table top. Kalo nak pakai solid surface memang lah lawa. tetapi kena rajin jaga & tak boleh lah nak ketuk2 sesuka hati.

Begini lah ghupanya....

L-Shape of counter top.

Piping work a bit.

Lagi...

To be continued...

My Home Renovation Part 2

Ya Ampun... Dah masuk tahun 2014 baru aku nk hapdate pasal project renovation rumah nih. Dah lama siapnya baru terhegeh2 nak update kt belog nih. Baru sedar bertapa lamanya aku meninggalkan blog ni. Dah bersawang siap ada labah-labah lagi agaknya...

Sementara aku nak kosongkan space iphone, terjumpa lagi gambar-gambar rumah masa under renovation. Tetap nak upload jugak buat kenang-kenangan. Lagipon bukan senang nak mengadap laptop, mesti itu budak kicik 2 orang datang kacau... Sekarang ada masa free sikit & diaorang pon good mood, baru lah bole menaip dengan aman....

Bismillahirahmanirahim.....
Kat bawah gambar-gambar rumah sebelum reno start. Disebabkan aku just renovate bahagian bawah jer, so barang2 dekat bawah tu aku hangkut bawak naik kt bilik tingkat atas. Sofa, furniture, pinggan mangkuk sumer aku seal masuk dalam plastik beg or cover pakai kain untuk elak habuk. Kerana ini melibatkan proses pecah & tebuk dinding.

See... Bahagian living yang ada feature wall kaler hijau tu, bahagia dining yg ada fridge tu & bahagian kitchen yg ada counter top kaler hitam.

Bukan main ternganga layout umah ni. kalo tetamu datang memang bole nampak laa ape yg aku akan hidangkan. Goreng keropok kaa, buat pasta ka.... 

Yang ni, barang-barang tiles. Aku beli dekat kedai Jubin BMS. Memang banyak corak & size. Ikut budget nak brand apa. Guocera ka, White Horse ka, Cotto ka, Brand China pon ada...

Yang ini bahagian yang bakal dirobohkan (telah di pecahkan pon dinding tu) Grill bukak & bilik kecik sebelah kiri tu pon pecah untuk bagi space pada kitchen baru.

Ni nak tunjuk pintu kitchen cabinet yang telah di bukak. Existing RC counter top tu dah demolished untuk di jadikan dining hall. Pintu aluminium ni aku tak buang lagi. Ada je menyemak kt depan rumah ni. Taktau nak buat ape. 

Tersangatlah messy!

Thursday, April 4, 2013

My Home Renovation

Insya Allah tahun ni aku akan buat lagi sekali renovation. 2 tahun lepas dah buat minor renovation sikit kat bahagian porch depan rumah tu. Tahun ni ada rezeki lebih Allah bagi, so aku nak reno sikit bahagian kitchen/  area belakang rumah yang sekangkang kera tu.

Sebab nak renovate sekarang kerana rumah aku dah macam studio concept. Open area jer dari living, dining hingga ke kitchen. Bertahun-tahun en combat memberi komen negatif yang berbakul-bakul kat arkitek umah kiteorang ni. Alahai.. ini bukannye umah kat  . Ni umah kat bandar. Nama pon Bandar Seri Alam. Walaupon 30km away dari pusat bandar JB.

So, bila alihkan kitchen ke belakang, ada privacy sikit lah aku... Tak ler kalo tetamu datang nampak aku tengah goreng kopok lekorr (mebbe tetamu expect aku hidangkan pasta!) hihi.. lawak jer...
Kitchen cabinet yang sedia ada ni yang mana bole letgo, aku akan letgo. Kitchen hood aku dah ada org booking nak beli. Lagipon ada letgo murah-murah jer...

Sempena nak merenovate nih, ada bongkar balik majalah-majalah lama pasal home ID ni. Memang dari dulu lagi nak buat cuma tengah kumpul budget. So, jumpalah majalah dapur tahum 2008. Memang tengah time aku beli umah 3 bulan lepas kawin. Aku ingat lagi aku booking umah ni on 8-11-2008. Sehari sebelum besday aku.. Time tu memang berangan habis lah nak buat itu ini. Tapi bila dapat quotation, mak aii memang kene pendam lah hasrat hati....
Belek-belek majalah untuk dapatkan ilmu, tips & cari contact potential contractor untuk buat kitchen cabinet.

Ini pulak pelan renovation yang di sediakan oleh Ar. Yuss. Tuan umah pilih Option no.1. Berterigh-terigh en combat siapkan pelan umah. Sampai tengah malam dia perah otak. Ini pon dah berbuih mulut aku mintak dia sediakan pelan. Sampai aku membebel sensorang dalam whatsapp dia. Pastu, aku set kan daily reminder dalam iphone dia untuk prepare drawing untuk umah. Hahaha.. dah tak koserr nak cakap lagi. Main tekologi je baru jalan. Mentang-mentang lerr project aku ni puluh ribu jer. Dia buat tak layan jer.. Sibuk dengan project opis 1Medini lah, SmartSchool lah yang berjuta-juta tu. Kalo project aku ni tak on, aku suh dia dok opis jer sbb dia lagi suka kan ngn opis dia tu. Hahaha...

Okay lah. esok Homefair 2013 dah start kat Persada Johor ni. Aku nak pg hari sabtu untuk dapatkan quotation n survey-survey. Orang kata selalunya mahal. Aku pon tak bole nak bagi komes sebab lom abis survey. Hope dapat quotation yang ok n meet my budget.

Wednesday, September 21, 2011

Beli Massage Chair Ogawa lagi!

Yeaayyy!
Kiteorang punye Smart Mate Ogawa yang order before raya aritu dah sampai...
Ari ahad place order, ari selasa lori tu hantar barang kat rumah dalam pukul 1. Sanggup en. combat balik umah kejap utk tengok staff ogawa tu pasang. Padahal opis aku lagi dekat dengan rumah. Kalo aku yang balik pon, ok je. Dah dia volunteer sangat nak balik, balik lah... Last2 basah kuyup sebab hujan di tengah jalan. Hahaha...

 Di rasmikan oleh Tuan Syahmi Iman
Tengok tv pon nak dok situ...

Then, aku tak cerita pon kat family aku yang aku beli massage chair ni (Opss, bukan aku beli tp en. combat yg beli) cuma pakai credit facility aku jer. Time raya aritu, diaorang excited nak duduk lah kt kerusi tu. Ikut giliran yer. Kalo 1 orang 15 minit, 4 orang dah 1 jam. Mau terbakar kerusi tu. Then, mak aku pon request lah nak jugak beli 1 biji kerusi tu untuk di tempatkan di rumah diaaa iaitu kt Kempas.

Untuk reward mak aku, aku pon pegi lagi order Smart Mate Massage Chair kat Tebrau City.
Hurm... boring jer aku... Kakak & adik aku yang ikut pg bole try duduk & massage2 kat kerusi tu. Siap duduk kt yang paling mahal lagi. Memang syokk, tp bukan within budget lah. Aku plak mana bole try kerusi tu. Orang pregnant tidak di galakkan, takut memudaratkan...


 
 Cik Anis

 Cik Along

 En. combat. Dia pon dok toraii foot massage...

 Dia pon sibukk...

Sian aku... Dok menunggu jerr

Ads