Ads

Saturday, January 4, 2014

My Home Renovation Part 4

Ok-ok. Dah nak hampir siap...! But oh no! Belum siap lagi pon.
Ini gambar2 sekitar bulan June 2013. Dah nak dekat sebulan proses renovation nih. 
Actually aku upah tukang je yang buat ni. Bukan ngn contractor cina. Sebab... nak tolong orang melayu & yang paling penting nak save budget lah. Tukang ni janji dalam 20 hari je. Tapi ni dah drag ke sebulan. Oklah sabar lagi... Disebabkan deal dengan dia harga lump sum, so lambat macam mana pon kiteorang bayar harga yang di tetapkan lah. Unless ada additional work memang kiteorang akan bayar lah VO tu ikut rate labour per day.

Tukang aku ni nama dia Jo. Nama penuh aku tak tau sebab dia suh kiteorang panggil dia Jo je. Orang sabah. Dia panggil en combat DATO' manakala dia panggil aku DATIN. Bukan main lagi ko ye jo nak mengampu! Tapi dia ni baik & jujur orangnya. Kalo ada kawan-kawan aku mintak tukang untuk repair bocor la, mengecat ke, memang aku recommend kat dia. Harga yang dia bagi kat kiteorang pon memang lah tersangat murah. Harga kawan katanya. Terima kasih Jo. Moga engkau di murahkan rezeki lagi.

Dalam murah2 tu kene lah mengadap schedule yang delay nih.
Takpe2 sabar. AKu tak rush pon nak siapkan umah ni. Bahagia ada bila depat lelama duk umah parents.

Buat plaster ceiling kt kitchen. Jo tak mahir sangat yang fancy2. Kiteorang pon tak request yang bercorak bagai. Lagipon kt kitche, Takkan nak pakai ceiling panel pulak. Hodoh.
Tapi nasib baik Jo dapat buat dengan elok. Plain je plaster ceiling nya....
Sampai sakit leher katanya... Hahaha

Buat wiring dengan En. Sani. Member bapak aku.
Ni pon dapat harga member. Tapi mahal jugak wiring nih. Harga copper ke yang naik sekarang?

Yang ni VO untuk Jo. Aku memula plan tak nak kopek tiles yang existing. Tapi bila tengok mcm pelik je 1 side ada tile, sebelah takde tile, then aku decide untuk kopek & plaster balik affected area.

Ni si Jo dah ready nak plaster balik wall.

Tiling work dekat kitchen. Tiles di pilih oleh en combat. Aku tukang kira quantity of tiles yang nak di beli untuk elakkan pembaziran. Alhamdulillah, xde banyak sangat lebihannya. Setiap ringgit itu bernilai tau!

Corner bead dekat window. Atas arahan en combat. Baru nampak smart & kemas. Betul tak?
Jo tak pernah pakai corner bead ni. Tapi bila en combat bgtau baru dia tahu,

Tengah kira location untuk wall light dekat new dining area. Ingat nak pakai ceiling light je tapi tidak di luluskan atas sebab keselamatan.

Ok, Area sini dah siap.

Half done.

New sink. Single bowl je. Yang lama punya double bowl. Jo request nak mintak sink yang lama tu. Kiteorang pon bagi buat sedekah. 

Wall features at new kitchen. Memula nak buat all white. tapi aku gatal menambah sikit black.

Dah siap sikit tu...
Back splash tu Jo bole pasang terbalik pulak.... Eiiii geramnya aku!
Tapi nak buat cmne. Takkan nak kopek balik. Lagipon en combat sekali sekala je bole monitor kerja2 si Jo ni. Tapi bab back splash ni terlepas pulak. Nak nanges pon ada....

My half-done new kitchen!

No comments:

Post a Comment

Ads