Ads

Thursday, April 4, 2013

My Home Renovation

Insya Allah tahun ni aku akan buat lagi sekali renovation. 2 tahun lepas dah buat minor renovation sikit kat bahagian porch depan rumah tu. Tahun ni ada rezeki lebih Allah bagi, so aku nak reno sikit bahagian kitchen/  area belakang rumah yang sekangkang kera tu.

Sebab nak renovate sekarang kerana rumah aku dah macam studio concept. Open area jer dari living, dining hingga ke kitchen. Bertahun-tahun en combat memberi komen negatif yang berbakul-bakul kat arkitek umah kiteorang ni. Alahai.. ini bukannye umah kat  . Ni umah kat bandar. Nama pon Bandar Seri Alam. Walaupon 30km away dari pusat bandar JB.

So, bila alihkan kitchen ke belakang, ada privacy sikit lah aku... Tak ler kalo tetamu datang nampak aku tengah goreng kopok lekorr (mebbe tetamu expect aku hidangkan pasta!) hihi.. lawak jer...
Kitchen cabinet yang sedia ada ni yang mana bole letgo, aku akan letgo. Kitchen hood aku dah ada org booking nak beli. Lagipon ada letgo murah-murah jer...

Sempena nak merenovate nih, ada bongkar balik majalah-majalah lama pasal home ID ni. Memang dari dulu lagi nak buat cuma tengah kumpul budget. So, jumpalah majalah dapur tahum 2008. Memang tengah time aku beli umah 3 bulan lepas kawin. Aku ingat lagi aku booking umah ni on 8-11-2008. Sehari sebelum besday aku.. Time tu memang berangan habis lah nak buat itu ini. Tapi bila dapat quotation, mak aii memang kene pendam lah hasrat hati....
Belek-belek majalah untuk dapatkan ilmu, tips & cari contact potential contractor untuk buat kitchen cabinet.

Ini pulak pelan renovation yang di sediakan oleh Ar. Yuss. Tuan umah pilih Option no.1. Berterigh-terigh en combat siapkan pelan umah. Sampai tengah malam dia perah otak. Ini pon dah berbuih mulut aku mintak dia sediakan pelan. Sampai aku membebel sensorang dalam whatsapp dia. Pastu, aku set kan daily reminder dalam iphone dia untuk prepare drawing untuk umah. Hahaha.. dah tak koserr nak cakap lagi. Main tekologi je baru jalan. Mentang-mentang lerr project aku ni puluh ribu jer. Dia buat tak layan jer.. Sibuk dengan project opis 1Medini lah, SmartSchool lah yang berjuta-juta tu. Kalo project aku ni tak on, aku suh dia dok opis jer sbb dia lagi suka kan ngn opis dia tu. Hahaha...

Okay lah. esok Homefair 2013 dah start kat Persada Johor ni. Aku nak pg hari sabtu untuk dapatkan quotation n survey-survey. Orang kata selalunya mahal. Aku pon tak bole nak bagi komes sebab lom abis survey. Hope dapat quotation yang ok n meet my budget.

Won Itsy Doodles Giveaway

Hohoho... ni kira first time aku menang contest through facebook. Join tu bnyak kali jugak. Tapi tak sangkut pulak. Rezeki belum ada kan.... Tapi time Itsy Doodles buat giveaway sempena anak  bongsu dia Sofya yang ke 1 tahun, aku pon join. Tak susah pon... Tak sangka sangkut. Syukur....

Dia announce through Facebook. Time tu aku check fb kat opis. Melompat aiii!
Hadiah yang ciput jer. Tapi sebab free, mekk tokk suker laa...

Ini hadiahnya... Mini mama tote. Owner Itsy Doodles (Nazaha Idris) pos kat i.
Selamat dah di gunakan untuk bawak balik baju kotor Safiyyah dari rumah pengasuh dia.. Kalo tak dia pakai recycle beg mcm beg Tesco tu jer. Hahaha...

Aku kenal Itsy Doodles ni time cari sunhat untuk Syahmi & Safiyyah. Yang aku suka dengan sunhat by Itsy Doodles ni, dia kind of reversible. So, bole pakai both sides. Fabric pulak dari designer fabric. Memang lawa2. Check it out www.itsydoodles.com

Wednesday, April 3, 2013

Won L'Occitane worth RM300

Won Product L'Occitane dari Magazine Female tak silap aku. Nama emak aku naik lagi. Mmg banyak ongg lah mak aku nih. Tapi sorry lah ye mak. Angah rembat sumer hadiah ni. Bukan mak aku pakai pon mask n scrub nih. Lagi pon certain hadiah safi rania aku dah bagi lagi kat mak...

Huhuhuhuhu....
Nak marah pon ada. Penat aku menunggu untuk dapat hadiah ni. Contest promo dari tahun lepas lagi. Tapi tahun ni baru sampai. Sebabnya surat notification tak sampai pada aku. Aku pulak terhegeh2 shoot email. Tapi masuk junk email dia pulak. Then aku send lagi laa... Baru lah dia terhegeh2 reply. Nasib baik suara dia lembut jer... Btw thank to Elensha Foong, PIC yang courierkan prize ni. Nasib baik jugak hadiah ni ada lagi. Kalo tak melepas aku nak pakai produk L'Occitane ni.

Bau wangi produk nih. Memang aku tak beli laa... kecuali bagi free baru aku pakai. Dah lama tak pakai produk mahal-mahal. Since dah kahwin ni, muka ok jer. Jarang naik jerawat batu. Hormon dah stabil lah katakan...

Disclaimer: Hehe gedik nak buat disclaimer pulak. Hadiah-hadiah yang aku terima dan aku nukilkan dalam belog ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali nak bermegah2. Ini untuk rekod peribadi jer... Ramai orang lain yang menang hadiah lagi besar dan besh2... Bila lah turn aku. Insya Allah... Ada rezeki, ada lettew....

Cerita abang...

abang syahmi semakin rajin untuk belajar. walaupon tak dapat pendidikan formal ie. tak pergi skool macam budak umur 4 tahun yang lain. dia belajar bersama teacher faizin n tokmak dia jer.. tapi dia bagus. while waiting ummi punya turn nak makan, dia bukak stationery set transformers dia nak akan tulis n buat sesuatu.. bagus2.. keep it up. semoga syahmi semakan rajin sebelum umur 5 tahun dah bole membaca. amin. ummi dan ayah selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya...

tapi mesti nak lukis transformers jer...
hi ni penangan si bapak time tengah ngandungkan syahmi, dia pi ajak temankan dia tengok wayang cerita transformers. hehe.. sebab ummi dah buat syarat lepas kawin baru leh tengok wayang sesama. sebelum kawin tak bole hokeyyy...

ayah lukis, syahmi kaler. peace yawww!

sabo yer ayah... nasi belum abis lagi.. kena kunyah 40 kali... sunnah tu...

Monday, February 25, 2013

Open Wide!

dah lama agaknye tak update pasal anak dara aku sorang dia...
huh, kalo mengarok.. bukan main lagi. bole buat aku pon nak mengamuk jugak...
tapi bila tengok kecomelannya, tak jadi mengamuk...
safiyyah sekarang dah 1 tahun 4 bulan. dah pandai jalan, dah pandai lari. tapi masih belum pandai cakap. tapi dia paham ape yang kite cakap n paham simple instruction.

ingatkan anak perempuan tak ligat orangnya. but a big big no pada safiyyah. dia seorang yang cilik dan menggelitis kata orang jawa. sampai atok kat kampung pon komplen. then pengasuh dia pon cakap benda yang sama... asalkan bahagia lah safiyyah..

hehe.. n safiyyah paling terrer buat muka cenggini... ikut sape lah agaknya...









Sunday, February 24, 2013

Starhill Golf Resort

Kami ke Starhill Golf Resort pagi tadi. pukul 10 bertolak dari rumah selepas sarapan free kat umah emak. kekeke... dah lebih 20 tahun aku duduk kat taman kempas tu, baru tahu ada tempat mandi manda best kat sini. memang tak jauh perjalanan dari umah emak. 10 minit tak sampai. makan sandwich dalam kereta pon tak sempat habis...

ni pergi gara-gara syahmi tak puas mandi time balik kampung di muar last 2 weeks. kiteorang pergi gunung ledang. sebab nak ujan. tak sampai 2 jam, kiteorang terus balik. lagipon ramai orang. nak mandi manda tak syok. then, sebab last week syahmi super good boy dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam homeschool dia, kiteorang pon decide pg sini. en combat pon on. aku lagi lah on.. bab happy2 ni memang aku nombor 1. segalanya demi anak tercinta...

tiket masuk rm15.90 seorang dewasa. 5-12yrs kene bayar half. syahmi n safiyyah free sbb under age. kami pergi berempat. ngn cik nuar n cik uda. geng yang sama macam pergi sabah dulu. huhu.. dari umah cik uda lagi lah dekat. tak sampai 3km... makanan dari luar tak bole bawak masuk ehh... so kiteorang da siap2 bawak makanan dalam perut. kat situ dia ada jual makanan jugak. tapi mahal sikit lah.

ummi n safiyyah posing tepi kolam..

safiyyah yang sedang berjinak2 nak main air..

ni ayah cakap posing mcm untuk majalah mangga.. apa lah ayah tu! babap kang! adik jadi ustazah dah besar nanti untuk ummi dan ayah dia..

da boring lah tu... dan dah kepenatan. agak hitam dia lepas mandi ni sebab ummi dia lupa nak sapu sun block. sian anak aku.. sorry jer adik. hitam pon hitam lah...

hoiiii abang! buat pe tu..? ayah  n abang jer yang tahu..

guys, sesape yang dekat tu mai lah datang sini bawak family... best..syahmi naik gelongsor kuning tu brape kali agaknya.. super excited dia..

Won Enchanteur Products

Last week memanjang jer aku terima parcel.
Ni lagi satu hadiah aku terima dari Magazine keluaran Blu Inc. memang aku selalu beli majalah dari blu inc samada female, eh! or herworld sebab.... promo page dia offer hadiah yang best2... tak rugi woo... modal tak sampai rm30, bole dapat hadiah worth rm100 over...

ni aku submit atas nama proxy (my mum). mmg nama my mum banyak ong.. slalu jer nama dia naik.. kebetulan pula mak tengah cari perfum. suh beli perfum CK ke, Jlo ke, even body shop dia tak minat pulak. dia nak yang murah2 jer... memang rezeki dia laa... sebotal perfume enchanteur ni dah selamat aku bagi kat dia. lagi sebotol mestilah aku punya. losen, deodorant n bedak pon dah selamat aku bahagi-bahagikan pada yang lain. adik aku pon sibuk ngecek. nak jugak.. barang free... takpe lah.. ahkak tak kisah... kalo yg mahal2 tu ahkak simpan2 sikit. kekeke... ala-ala lokek gitu...

moga-moga dengan berkongsi kegembiraan dengan yang lain ni makin memurahkan rezeki aku sekeluarga... amin..

ha... tu dia rangkaian produk echanteur yang di terima... worth rm110. aku amik perfum kotak kaler oren tu. wangiii...

Won Safi Rania, Penuh Pesona Pasti Jelita

Hew... hew..
dah lama aku tak mengupdate tentang berita kemenangan hasil dari ber-contest ni. mood masuk contest pon masin merundum lately.. ntah macam malas jer.. takde usaha, takde lah hasil nya ye takk...? insya-allah sikit masa lagi aku akan kembali bergiat aktif. mudah-mudahan dapat menang hadiah yang best-best.

last week, aku terima produk safi rania. dari promo majalah EH! memang suka sangat. lagipon sekarang ni aku tengah pakai produk safi rania. dulu time tgh anak dara pakai clinique. demi nak jimat punye pasal, aku downgrade ke produk yang biasa-biasa jer.. pernah try garnier jugak. tp cm tak best jer. then try pencuci muka shaklee, nutriwhite. haa... yg tu memang best. tunggu lepas abis sume produk free ni, aku try balik nutriwhite shaklee tu...
ni keratan promo majalah EH! tu. korang yang rajin beli magazine tu, rajin-rajin jugaklah hantar keratan2 dia. mana tahu ada rezeki, mesti sangkut.

total 5 product safi rania yang selamat diterima. worth rm100+. aku cuma ada 3 produk jer. pencuci muka, serum dan krim siang. 5 produk yang dapat free ni kira melengkapkan lagi laa rangkaian produk safi rania aku... jimat belanja.. alhamdulillah...

promo page ni dari tahun lepas lagi. hadiah nya patut dah lama tak dapat. ntah macam mana tak sampai2 kat aku.. then aku email pada promo team blu inc. nasib baik hadiah still available. then diaorang terus pos kat aku. thanks blu inc team. really appreciate it.

Monday, January 28, 2013

Mari beriadah

Memang susah time skg dah beranak 2 ni nak beriadah. Usually kiteorang beriadah dalam shopping complex jer. Pg jusco tebrau lah, jusco bukit indah lah, jusco permas lah. At last duit lebur jer kuar masuk shopping complex bnyk kali.

So memandang kan tahun 2013 ni aku telah melancarkan project nk kurus, so aku knalah tukar sistem riadah. Yg lebih mengeluarkan peluh dari mengeluarkan duit poket.

Seawal pagi lepas solat subuh. Pukul 7, aku n en combat dah start engine kereta pergi ke setia tropika. Park kt situ best. Bersih n sejuk jer mata memandang. Aku siap beli kasut khas untuk running. Beli murah2 jer kat Bata, Angsana.

Kadang kadang bawak Syahmi, klo Safiyyah yang dah bngung dlu, terpaksa lah berjogging sama dia. Bukak stroller n kasi dia duduk dlm tu. haha. Anak2 kasi en combat utk settle. Aku lari sorang2 kt setia tropika tu pon takpe. At least kalori terbakar dari berkumpul jadi lemak dlm badan aku ni.








Tuesday, January 22, 2013

Ke Puteri Harbour

Last week, ari sabtu. Aku n en combat hilang punca. Tak tau nak jalan pg mana. Tak nak pg shopping complex, sebab time tu pon da pukul 8.30pm. Klo sampai pon mcm da lewat jer. So kiteorang decide nak jalan dalam kereta jer... Cmne tu jalan dlm kete? i.e kiteorang dari seri alam ni menuju ke bakar batu and naik ke highway EDL Eastern Dispersal Link menuju ke CIQ. Lalu depan JB Sentral yang kiteorang sendiri pon tak pernah pergi. Then terus ke Danga Bay naik ke another highway. Aku pon tak ingat ape nama highway tu. Dari situ bole terus ke Kota Iskandar. Fuhhh... Kira jauh tu perjalanan kami. Tapi tak lama pon sbb jalan pon clear jer. Sampai ke Kota Iskandar tu, try masuk ke area Puteri Harbour. Mmg dah mlm tak nampak ape laa.. Then patah balik ke seri alam semula. Total time: 2 hours. Mcm nk balik kg jarak perjalanan. Tgk my kids 2 org pon da lena tido...

Then the next day. After attend makan2 kt umah my bff cik ct rosni, kiteorang pon menuju semula ke Puteri Harbour. Ptg2 amik angin bwk anak2 jalan. Takde ape sangat pon kt situ. Ada kapal2 jer. Bkn kapal Aframax or VLCC kt MMHE tu. ni mcm bentuk yatch laa.. Sesuai utk kehidupan yg mewah gituuu...

Sampai situ kiteorang santai2 jerr.. Takde beli ape pon.. Dekat situ jgk ada Hello Kitty Town but hello, mau lebur lagi duit klo masuk situ coz the tickets a bit expensive. Ahkak plk tak minat hello kitty ni. So tak sanggup nk kuarkan duit tu...

So, bawah ni as usual gambar2 syahmi iman yang asyik berangan jadi boboiboy. Sume orang kt situ tgk dia sbb dia suke ckp kuat2 n jerit 'Boiboiboy kuasa 3!". Suke hati lah ko nak.. Mak dah tak koser...







Ads