Ads

Monday, July 25, 2011

Sneak Peek Syahmi's Birthday Party

Alhamdulillah, semua selesai... Syahmi telah pon memasuki fasa umur 2 tahun. Dia bersuka-ria & hooray2 semalam. Suka sangat tengok dia ceria. Thanks to my family yang menjayakan majlis kecil-kecilan ini...
Thanks to en. combat. Nasi Ayam yang baru first time buat, menjadi!

 Birthday boy main belon 5 biji jer..
 2 = 2 years!
 SR Strawberry Chocolate.
This year xde novelty cakes. Tapi Syahmi still like it!
Ptg ni kite makan lagi yer!
 My Birthday Boy. Very behave dia smlm.
Best Buddy. Syahmi & Cik Biha.

Saturday, July 23, 2011

Happy Birthday Syahmi!

Happy Birthday Syahmi. 2 tahun lepas genap aku melahirkan seorang anak yang di beri nama Muhammad Syahmi Iman yang bermaksud Muhammad = Yang Terpuji, Syahmi = Mulia, Berani, Bijak, Iman = Yang beriman. Semoga nama yang di berikan seindah akhlak, budi & bahasanya bila besar nanti.

Alhamdulillah, 2 tahun membesarkan Syahmi tak lah sesusah mana. Mungkin tanggungjawap menjaga, mendidik di kongsi bersama en. combat. Manakala Syahmi pula tak de lah banyak sangat ragamnya. Kalo Tuhan memberi kepadaku lagi bahagian untuk mendapat anak yang secomel & seelok Syahmi, 10 anak pon aku sanggup jaga & lahirkan. Ataukah mungkin lagi baik? Wallahualam. Ape yang di kurniakan aku terima dengan hati terbuka. Anak itu adalah amanah.

Tahun ini, Syahmi membesar & begitu baik sekali. Demam pon mild sahaja. 1 hari sudah sembuh. Mungkin antibodi sudah yang terbina sudah semakin kuat untuk melawan penyakit. Syukur sangat-sangat atas rezeki kesihatan itu. Tidak ternilai harganya. Perkembangan Syahmi pula banyak bezanya dari setahun lepas. Dari mula bertatih, berjalan slow-slow & sekarang dah ligat berlari. Dari mula sedikit-sedikit bercakap, sekarang dah petah bertutur & bernyanyi. Siap dah pandai hafal lagu lagi. Terutama lagu kegemarannya 'Buih Sabun'.

Bangga & bersyukur dengan perkembangan Syahmi setakat ini. Aku tidak compare dia dengan kanak-kanak lain sebayanya kerana setiap perkembangan kanak-kanak itu adalah unik. Tidak sama satu dengan yang lain. Kalo compare jugak, mungkin bole buat aku rasa stress!!!

Syahmi, 
Kite akan sambut harijadi Syahmi pada esok hari yer. Tak dapat buat pada tepat harinya macam tahun lepas. Sebab arini Ummi kerja. Syahmi jadilah anak yang soleh. Rajin-rajin solat & mengaji bila dah pandai nanti. Hormatkan orang yang lebih tua & sayangilah keluarga.

Okeylah, malas nak tulis panjang-panjang. Nanti emo pulak. Makin lama menjadi seorang ibu ni, makin sensitif lah pulak.
 Gambar 22/7/2011 - Menjemput Syahmi dari rumah pengasuh

Juga gambar 22/7/2011 - Supper di McD

Friday, July 22, 2011

Preparation of Birthday Bash; Syahmi is turning 2!

Minggu ni sangat busy... Busy memikirkan birthday party Syahmi. Tahun ni xde buat besar-besaran yer Syahmi... Buat makan kecik-kecik bersama keluarga tersayang jer. Nak buat party besar-besaran macam tahun lepas tak di-approve oleh En. Combat. Lagipun aku yang tengah jadi mak buyung nih tak larat nak entertain tetamu yang ramai-ramai tu kang. Nak kemas lagi satu hal...

Buat kecil-kecilan pon still kene prepare ape yang patut... Especially nak siapkan goodies bag. Nak kene bagi pada kawan-kawan Syahmi. Walaupon umur dia 2 tahun, dia dah kenal kawan-kawan dia. Dia bole sebut satu-satu nama kawan dia. Anak jiran kat rumah pengasuh tu sangat lah ramai. Dekat 10 orang (Hehe, ramai ker?) Time birthday diaorang aritu, masing-masing bagi Syahmi goodies bag. So, skg turn Syahmi lah pulak nak balas balik.

 Syahmi menolong isi goodies bag. So rajin anak bujang aku ni.
 Aku siapkan beberapa bungkus jer. Limited edition yer...
 Sumernya jajan-jajan yang 'berkhasiat'

Malam semalam ada J-Card di Jusco Tebrau. Beli-beli barang sampai pukul 10.45 malam. Bila turun escalator, kedai kegemaran anak-anak rakyat Malaysia a.k.a Toys r Us still bukak lagi. Ape lagi, aku terus grab barang utk di jadikan hadiah Syahmi. En. combat sign up jadi member, bila birthday anak dapat RM30 voucher with purchase RM150 above. Aku beli lah 2 item. Dia tahu tu ape yang aku beli... Bila nak balik, dia asyik tanya jer mana mainan dia... Ciss...

Birthday boy & posing bersama present dia.







Thursday, July 21, 2011

Non Bake Peach Cheese Cake

Harini cerita pasal makan lagi.
Actually aku try buat cheese cake ni minggu lepas lagi. Tapi peram jer dalam fridge. Takut kalo potong kang xde sape yang "doyan" - jawa languange (read as ingin).

Finally after a week dalam fridge, aku pon take out & snap pic. Hasil tangan aku. Tengah2 malam mixing the batter sorang2. En. combat xde mood. Dia tak tolong pon. Sampai hati.

Sonang jer buat cake ni. Aku cilok dari MamaFaMi's recipe. Aku pernah jugak beberapa kali mencuba resepi dari blog MamaFaMi tu & menjadi. Tu yang syok tuh... Best kan kalo kite buat sesuatu & berhasil?


My Non Bake Peach Cheese Cake


My Syahmi yang suke cocok2 cheese cake tu.


En. combat kata cheese cake nih sedap. Tak terlalu manis sangat. Al-maklumlah pakai whipping cream Emborg. Agak mahal sikit berbanding cream brand Sunglo. Tapi cake ni macam lembut sikit. Mungkin aku terlebih letak peach puree... Kalo ikut sukatan betul2, Insya-Allah menjadi...

Wednesday, July 20, 2011

Strawberry cicah Chocolate

Makanan seumpama ini tak silap aku glamour kat Malaysia since Dato' CT bgtau kt TV tak lama dulu semasa cerita tengah hot tentang majlis perkahwinan dia. Antara makanan kegemaran CT Nurhaliza yang Dato' K bg kat dia ialah Strawberry cicah Chocolate. Sejak dari tu, aku tak pernah try makan pon. Tapi aku perasan banyak hantaran perkahwinan yang memberi Strawberry cicah Chocolate.

Tapi hari isnin aritu, kakak aku baru balik dari Cameron Highlands, dia pon bagi lah strawberry & chocolate tu. Aku pon try. Hurmm.. Hurmmm... Not bad jugak. Strawberry tu biasalah agak masam2 sikit. Tapi bila dipped in the chocolate tu, sedap jugak. Mebbe pakai chocolate Hershey's. Tu yang jadi terangakat tuh.

For those yang belum pernah try, ape salahnya beli n makan. Tapi jangan beli banyak. Benda2 macam ni tak sesuai makan banyak. Kalo kat KL, bnyk jer kiosk yang jual. Tapi kt JB ni agak limited sikitlah.








 

Anak aku Syahmi ialah penggemar tegar Chocolate. Tapi dia sebut 'Chokuwat'. Tapi bila aku dipped dlm Choc dia tanak pulak. Dia lagi rela makan strawberry yang masam tu sahaja... Yeww..

Tuesday, July 12, 2011

Photo Magnet

Last 2 weeks. Aku gatal-gatal tangan beli lagi satu kupon dari groupon. Kali ni aku beli Photo Magnet pulak. Aku beli kt photodelivery. Tak lah mahal sangat time aku beli tu. 6 keping photo magnet size 2 x 3 RM 28 instead of RM72. Dapat 61% off lagi. I like benda yang diskaun2 nih. Siap free delivery.

So, last week aku dengan gigihnya pg lah submit photo yang telah di pilih untuk menjadi penghias fridge aku. Mostly gambar-gambar Syahmi time baby dulu. Then, semalam pon sampai lah fridge magnet yang aku order tu. Aku sampai rumah, terus tepek kt fridge door. Syahmi pulak bole tanya.. "Sapa ni?" Gambar dia yang aku dokong time raya tahun 2009. Dia tak kenal yang itu ialah dirinya...

Tapi bila gambar-gambar dia dah besar sikit. Dia bole cam pulak. Bila aku tanya sapa ni? Dia jawab "Syahmi Iman!". Mungkin kat gambar tu dia pakai baju yang sampai sekarang dia masih muat lagi. So, dia tahu lah yang kat gambar tu diri dia... Kelakar lah...

Ini lah rupa Photo Magnet tu

 More close-up gambar2 yang aku pilih...
Saje jer pilih gambar-gambar dia... Rindu pulak dia time kecik-kecik dulu...
 Syahmi @ 2 weeks

 Syahmi @ 2 months
 Syahmi @ 3 months
 Syahmi @ 7 months
 
Syahmi @ 8 months
 
 Syahmi @ 1 y.o

Monday, July 11, 2011

Makan lagi di MFM

Update aktiviti weekend yang lepas. Takde ape yang special. Kiteorang just pg tengok wayang citer Transformer & pastuh lunch kat MFM. Ini 2nd attempt bawak Syahmi pg tgk movie. Dia da kenal dah dengan transformer tuh. Dia sibuk sebut 'robot' or 'fomer'. Sekali dengar macam Keretapi Thomas. Tapi dia ulang lagi. Rupanya yang dia maksudkan ialah Transformer.

Nasib baik aku buat booking online kt TGV Tebrau City coz tiket pada haritu dah sold out even yg 3D sekalipon. Syahmi pulak duduk elok2 jer dalam panggung tu. Tapi dia sibuk tanya mana pintu, mana pintu? Mungkin da gelap dia tak perasan dari manalah orang-orang nih masuk. 1st 1 hour, dia tengok. Pastu dia tidur. Nasib baik dia tak merengek dalam wayang tuh.

Citer Transformer nih lama jugak. Dalam 2jam 30 minit. Start pukul 12, pukul 2.30 baru keluar wayang. Solat-solat then baru pg makan. Memang aku sengaja pilih MFM. Teringin pulak kali ni. En. combat dia muncung sikit. Mungkin sebab kiteorang pernah ada experience yang MFM ni serve lambat. Aiyooo... Tapi kali ni good service. Thumbs up!


Syahmi yang keringan....



Starter - Garlic Herb Mussel dapat 50% off



Main course - Grill Gala Platter



En. combat yang terpaksa mengalah dengan seleraku...
Tapi dia yang makan banyak sebab aku sibuk suap Syahmi....


Aku & Syahmi...
See Syahmi, Garlic Herb Mussel tu dia conquer sorang jer... Tak padan kecik!

For those yang belum pernah makan MFM tu, pergi lah try makan sebab sekarang dia ada promo set. That means main course mcm Manhattan Flamming Seafood Platter (RM54.90) or Grilled Gala Platter (RM54.90) or Grilled Flamming Lobster Platter (RM110) & other 3 main course tu pon ada free 2 drinks e.g. Seasons Iced Lemon Tea & 2 Mushroom. Kalo dulu xde jual set dengan air. So, kene order asing2. Bila dia dah buat mcmni kira bestlah!

Then side dish e.g. Tuscan Tiramisu, Sizzling Louisiana Prawn, Caesar Salad & banyak lagi, pulak dapat 50% off with every purchase of main course. Memang berbaloi2... More info here.

Tuesday, July 5, 2011

Umur nak masuk 2 tahun, baru tidor kat cot

Aritu kan aku cerita pergi IKEA. Kalo ke sana mesti aku beli barang. That time barang yang aku sempat rembat kat IKEA ialah baby cot.
Kenapa aku beli baby cot? Bukannya takde baby cot kat rumah untuk Syahmi. Memang ada. Tapi tersadai jadi tukun jer. Cot yang di beli oleh bapak aku. Aku & en. combat tak minat design dia. Nak buang takut orang tua tu kecik hati. So, aku simpan je lah.
Kali ni, aku & en. combat gamble jer belikan Syahmi cot yang budget agar dia boleh tidor sendirian. Share satu katil tido 3 orang memang sangat2 tak selesa. Lagi-lagi Syahmi tidur lasak. Berputar 360 degree! Kalo dia tertendang perut aku, perghh... tuhan jer yang tahu sakitnya...
Berikut ialah mix & match barang-barang cot Syahmi.
1. Singlar Cot - RM 165
2. Vyssa Slummer - RM 59
3. Len N Quilt Cot - RM 49
4. Vitaminer Rand - RM 45
Total - RM 318. Hope Syahmi suke lah dengan cot yang budget2 nih ehh...



Syahmi tolong open packaging


Dia juga tolong pasang


Tolong lagi! So rajin
 

 See.. Dah siap..
Cot dia ala2 koboi jer. No theeting rails segala. Cot bumper pon xde.
Then aku decide tambah accessories lagi.. Belikan dia Cot Bumper cap Bumble BeeDesign Jungle Bear.



Cot bumper beli kt mybbstore.
Baru sampai semalam. RM 89.90. Dapat 30% less.
Sebelum ada cot bumper nih, dia asyik tersepit jer... Hope after this no more...



Empunya cot yang hanya berCD



Dia marah time ni sebab aku masukkan dia dalam cot



Malam tadi, dia tidur nyenyak jer dalam cot dia...

Ini cot time dia baby dulu. Tinggal kenangan. Ekekeke...

Ads