Ads

Saturday, July 23, 2011

Happy Birthday Syahmi!

Happy Birthday Syahmi. 2 tahun lepas genap aku melahirkan seorang anak yang di beri nama Muhammad Syahmi Iman yang bermaksud Muhammad = Yang Terpuji, Syahmi = Mulia, Berani, Bijak, Iman = Yang beriman. Semoga nama yang di berikan seindah akhlak, budi & bahasanya bila besar nanti.

Alhamdulillah, 2 tahun membesarkan Syahmi tak lah sesusah mana. Mungkin tanggungjawap menjaga, mendidik di kongsi bersama en. combat. Manakala Syahmi pula tak de lah banyak sangat ragamnya. Kalo Tuhan memberi kepadaku lagi bahagian untuk mendapat anak yang secomel & seelok Syahmi, 10 anak pon aku sanggup jaga & lahirkan. Ataukah mungkin lagi baik? Wallahualam. Ape yang di kurniakan aku terima dengan hati terbuka. Anak itu adalah amanah.

Tahun ini, Syahmi membesar & begitu baik sekali. Demam pon mild sahaja. 1 hari sudah sembuh. Mungkin antibodi sudah yang terbina sudah semakin kuat untuk melawan penyakit. Syukur sangat-sangat atas rezeki kesihatan itu. Tidak ternilai harganya. Perkembangan Syahmi pula banyak bezanya dari setahun lepas. Dari mula bertatih, berjalan slow-slow & sekarang dah ligat berlari. Dari mula sedikit-sedikit bercakap, sekarang dah petah bertutur & bernyanyi. Siap dah pandai hafal lagu lagi. Terutama lagu kegemarannya 'Buih Sabun'.

Bangga & bersyukur dengan perkembangan Syahmi setakat ini. Aku tidak compare dia dengan kanak-kanak lain sebayanya kerana setiap perkembangan kanak-kanak itu adalah unik. Tidak sama satu dengan yang lain. Kalo compare jugak, mungkin bole buat aku rasa stress!!!

Syahmi, 
Kite akan sambut harijadi Syahmi pada esok hari yer. Tak dapat buat pada tepat harinya macam tahun lepas. Sebab arini Ummi kerja. Syahmi jadilah anak yang soleh. Rajin-rajin solat & mengaji bila dah pandai nanti. Hormatkan orang yang lebih tua & sayangilah keluarga.

Okeylah, malas nak tulis panjang-panjang. Nanti emo pulak. Makin lama menjadi seorang ibu ni, makin sensitif lah pulak.
 Gambar 22/7/2011 - Menjemput Syahmi dari rumah pengasuh

Juga gambar 22/7/2011 - Supper di McD

2 comments:

  1. besar dah syahmi!!! happy bday dear!

    ReplyDelete
  2. syahmi!! happy birthday cik uda ucapkan... nape tak mention lagu buih sabun diajar oleh cik ude sehingga hafal..hehe.. 3 tahun cik ude ajar lagu lain pulak..

    ReplyDelete

Ads