Ads

Friday, July 22, 2011

Preparation of Birthday Bash; Syahmi is turning 2!

Minggu ni sangat busy... Busy memikirkan birthday party Syahmi. Tahun ni xde buat besar-besaran yer Syahmi... Buat makan kecik-kecik bersama keluarga tersayang jer. Nak buat party besar-besaran macam tahun lepas tak di-approve oleh En. Combat. Lagipun aku yang tengah jadi mak buyung nih tak larat nak entertain tetamu yang ramai-ramai tu kang. Nak kemas lagi satu hal...

Buat kecil-kecilan pon still kene prepare ape yang patut... Especially nak siapkan goodies bag. Nak kene bagi pada kawan-kawan Syahmi. Walaupon umur dia 2 tahun, dia dah kenal kawan-kawan dia. Dia bole sebut satu-satu nama kawan dia. Anak jiran kat rumah pengasuh tu sangat lah ramai. Dekat 10 orang (Hehe, ramai ker?) Time birthday diaorang aritu, masing-masing bagi Syahmi goodies bag. So, skg turn Syahmi lah pulak nak balas balik.

 Syahmi menolong isi goodies bag. So rajin anak bujang aku ni.
 Aku siapkan beberapa bungkus jer. Limited edition yer...
 Sumernya jajan-jajan yang 'berkhasiat'

Malam semalam ada J-Card di Jusco Tebrau. Beli-beli barang sampai pukul 10.45 malam. Bila turun escalator, kedai kegemaran anak-anak rakyat Malaysia a.k.a Toys r Us still bukak lagi. Ape lagi, aku terus grab barang utk di jadikan hadiah Syahmi. En. combat sign up jadi member, bila birthday anak dapat RM30 voucher with purchase RM150 above. Aku beli lah 2 item. Dia tahu tu ape yang aku beli... Bila nak balik, dia asyik tanya jer mana mainan dia... Ciss...

Birthday boy & posing bersama present dia.







1 comment:

  1. bestnye..syahmi da nk 2 tahun yer....besar dah....

    ReplyDelete

Ads