Ads

Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Resepi Macaroni & Cheese versi Puan Fain

Sekarang tengah mood nak makan western jer. Lebih-lebih lagi makan macaroni & cheese kat kenny rogers. Memang sedap. Rasa nak request lelebih jer cheese oren dia tu. Sebab da bnyak kali try buat tapi tak menjadi. Beli yang instant pon tak sesedap macam kat kenny rogers.

But last week. Member kat opis ni jual cheese powder. Ala-ala cheese yang di tuang pd KFC punye cheezy wedges. So, aku grab 1. Ingat nak makan dengan wedges tp tgk fridge, xde wedges pulak dalam stock. So, lahirlah resepi macaroni yang aku dah manipulate ikut tekak & selera sendiri. Ingat tak sedap... Rupanya sebaliknya.. En. combat siap bertambah2 lagi. Sampai 1 minggu ulang menu yang sama dia tak bising pon.

So, aku share resepi Baked Macaroni & Cheese aku yang marvellous ni...



1 paket macaroni yang sudah di rebus




3 tablespoon cheese powder yang telah di bancuh dengan air suam.
Kalo korang nak beli online, bole beli di sini...




Yang ni pulak campuran ayam, kentang & chicken soup campbell (1 tin)
Ayam di potong kiub & tumis dengan bwg putih, bawang besar.
Masukkan seasoning sauce, oyster sauce, Italian herbs, white & black paper.
Then masukkan air & kentang. 
Bila kentang dah empuk, masukkan campbell 1 tin.
Masak sampai mendidih




Layerkan macaroni, cheese powder & campbell tadi.
Aku buat 2 layer jer.
On the top, put dried parsley. (Xde pon xpe)




Last topping with mozarella. Sedia untuk di bakar.
Suhu 170 darjah for 10 min.




Silalah jamu selera yer...

Thursday, July 21, 2011

Non Bake Peach Cheese Cake

Harini cerita pasal makan lagi.
Actually aku try buat cheese cake ni minggu lepas lagi. Tapi peram jer dalam fridge. Takut kalo potong kang xde sape yang "doyan" - jawa languange (read as ingin).

Finally after a week dalam fridge, aku pon take out & snap pic. Hasil tangan aku. Tengah2 malam mixing the batter sorang2. En. combat xde mood. Dia tak tolong pon. Sampai hati.

Sonang jer buat cake ni. Aku cilok dari MamaFaMi's recipe. Aku pernah jugak beberapa kali mencuba resepi dari blog MamaFaMi tu & menjadi. Tu yang syok tuh... Best kan kalo kite buat sesuatu & berhasil?


My Non Bake Peach Cheese Cake


My Syahmi yang suke cocok2 cheese cake tu.


En. combat kata cheese cake nih sedap. Tak terlalu manis sangat. Al-maklumlah pakai whipping cream Emborg. Agak mahal sikit berbanding cream brand Sunglo. Tapi cake ni macam lembut sikit. Mungkin aku terlebih letak peach puree... Kalo ikut sukatan betul2, Insya-Allah menjadi...

Tuesday, February 22, 2011

Spaghetti Bolognese Sauce

Helloo.....
Hari ini kite memasak bersama Puan Nur Fain ok?
Puan-puan semua, resepi yang saya nak share dengan anda semua ialah Spaghetti Bolognese Sauce.
Asyik orang tanya jer mcmana nak buat sauce ni. Sonang jerr...
Tak sampai 1 jam da bole siap...

Sebelum tu nak cerita sikit pasal spaghetti ni. Aku dari kecik tak pernah makan Italian food nih. Yela.. anak orang jawa. Mana lah mak aku reti masak lauk2 cmni. Then, after SPM aku kerja kat Pizza Hut. Salah satu tugas aku ialah menyediakan order untuk speghetti ni lah. Dari situ lah baru ku kenal cik speghetti.

Resepi yang aku nak share bukan cilok dari Pizza Hut. Sebab masa kat Pizza, sauce tu da siap. Tinggal panaskan jer. Ni recipe aku da modify sikit2 mengikut tekak aku. Since then, aku tak pernah order any speghetti menu dari mana-mana restaurant. Da pandai buat sendiri kan. Buat ape beli lagi?

Aku ajar buat sauce jer tau. Cara-cara nak rebus spaghetti tu, sila refer pada paket yang anda beli tu yer?
Yang penting, boil water. Masukkan minyak sikit supaya tak lekat & garam bagi rasa2 masin sikit.

Ingredients:-
3 biji bawang putih - di cincang
10 biji lada hitam - di tumbuk
2 biji besar bawang merah - di dadu
2 sudu cili boh
500gm ayam cincang
1 tin sliced mushroom (Cap REX)
5 biji tomato - blend until puree (Nak pakai 1 can tomato puree pon bole)
2 biji tomato - di dadu
2 kiub ayam
2 sudu besar Oyster sauce
2 sudu besar minyak
Garam
Gula
5 batang Daun ketumbar - di cincang
Italian Herbs (I use macormick/ cap singlong pon ok)

Methods:-
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & black paper sampai kekuningan
3. Tumis bawang besar & oyster sauce & Italian Herbs.
4. Masukkan cili boh & kacau. Kalo da bersin2 tu tandanya cili tu da masak.
5. Masukkan ayam kisar tadi.
6. Masuk ayam kisar pulak. Then, tomato puree. Masukkan pula kiub ayam.
7. Then, masukkan cendawan & tomato yang di dadu tu.
8. Letak garam gula secukup rasa.
9. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
10. Kalo nak modify, letak sos cili or sos tomato or combine both. Rasa dia akan blend. But not too much.




 Santapan malam semalam. Makan Spaghetti jer.
Selalu orang pakai daun parsley kan. But i prefer daun ketumbar.
Selamat Mencuba! Pasti terangkat.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, December 30, 2010

Grilled Chicken with Blackpaper & Mushroom Gravy

Yeay! Arini kite belajar masak pulak yer kawan-kawan.
Resepi yang sangat mudah. Bole memikat perut cik abang kite yang berselera ala-ala western...
Yelaa, en combat walaupon orang jawa tapi tekak dia bole bertukar nak makan western. Aku pulak memang suka makanan western nih... Kebetulan pengasuh Syahmi antar dia lambat, so aku pon masak lah makanan untuk kiteorang berdua...

Grilled Chicken.
Aku tak sempat marinate ayam sendiri. Nasib baik aku ada beli ayam yang dah marinate kat tesco arini. So, tak payah susah2 nak marinate lagi... Pada sesiapa yang tak suka ayam, bole tukar kepada lamb yek! Ayam ni aku Grilled jer dalam oven. Suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

 
Fries.
Simplot memang favorite aku and Syahmi. Walaupon harganya mahal sikit, tapi berbaloi. Aku memang recommend pakai kentang cap Simplot nih. Sedap. Macam makan meatball & fries kat IKEA tuh..


Blackpaper & Mushroom Sauce

Bahan2 nya...
2 cup chicken or beef stock (aku guna cube stock jer)
1/2 cup low fat milk
Blackpaper yang ditumbuk halus
1 biji bawang besar (di hiris kasar)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar butter
1 tin button mushroom (di hiris halus)
2 sudu besar tepung (untuk memekatkan kuah)
Garam dan Gula

Cara-cara:-
1. Masukkan stok ayam/ lembu dalam periuk. Campur susu & bawang besar. Biarkan sampai mendidih.
2. Masukkan pulak kicap soya, sos tiram, butter, button mushroom, garam & gula. Kacau. Tutup api.
3. Untuk memekatkan kuah, campurkan air masak & tepung dalam mangkuk lain. Jangan guna air panas, Nanti berketul. Kacau sampai tepung tadi tidak berketul. Then, masukkan bancuhan tepung dalam periuk.
4. Kemudian, panaskan semula gravy atas api.
5. Setelah selesai, tuangkan gravy atas ayam tadi.
 
 Ini lah dia...

 Yang besar & ada keropok tu en combat punye. Tekak Jawa lah katakan...

Selamat Mencuba!

Wednesday, November 24, 2010

Aym Panggang Sri Menanti

Okeh, arini kite belajar memasak pulak. Aku nak share satu recipe yang aku dapat dari menonton rancangan Best+Wan! So, of course laa recipe from Chef Wan... Lauk ini juga yang aku masak buat hidangan di pagi hari raya aidiladha tempoh hari... You alls try laa....

Bahan A:-
4 Tbsp minyak
1.5 kg ayam
2 litres Santan Pekat
3 helai daun pandan
2 batang serai di ketuk
2 Tbsp madu
500 g nenas di parut
6 Tbsp kerisik
1 biji jus limau kasturi
Garam
Gula

Bahan B (di blender):-

8 biji cili merah
6 biji cili padi
6 biji buah keras
10 biji bawang merah
7 helai daun limau kasturi
1 cm lengkuas
1 batang serai
3 biji bawang putih
1 cm kunyit
Air


Cara-cara:-
1. Panaskan minyak, masuk serai yang di ketuk & daun pandan sampai wangi.
2. Masukkan Bahan B, masak 10-15 min
3. Masukkan ayam, kacau sesekali, masak dalam 10 min
4. Masukkan nenas, santan & garam. Perlahan kan api sampai kuah jadi pekat.
5. Masukkan jus limau, madu & kerisik. Kacau dalam 10 min. Tambah garam & gula secukup rasa. Tutup api.
6.Bakar ayam kedalam oven selama 20 min, suhu 200 darjah.
7. Setelah siap bakar, hidang dengan gravvy tadi.

Banyak lagi recipe kt AFC... Try lah!

Ads