Hari ini kite memasak bersama Puan Nur Fain ok?
Puan-puan semua, resepi yang saya nak share dengan anda semua ialah Spaghetti Bolognese Sauce.
Asyik orang tanya jer mcmana nak buat sauce ni. Sonang jerr...
Tak sampai 1 jam da bole siap...
Sebelum tu nak cerita sikit pasal spaghetti ni. Aku dari kecik tak pernah makan Italian food nih. Yela.. anak orang jawa. Mana lah mak aku reti masak lauk2 cmni. Then, after SPM aku kerja kat Pizza Hut. Salah satu tugas aku ialah menyediakan order untuk speghetti ni lah. Dari situ lah baru ku kenal cik speghetti.
Resepi yang aku nak share bukan cilok dari Pizza Hut. Sebab masa kat Pizza, sauce tu da siap. Tinggal panaskan jer. Ni recipe aku da modify sikit2 mengikut tekak aku. Since then, aku tak pernah order any speghetti menu dari mana-mana restaurant. Da pandai buat sendiri kan. Buat ape beli lagi?
Aku ajar buat sauce jer tau. Cara-cara nak rebus spaghetti tu, sila refer pada paket yang anda beli tu yer?
Yang penting, boil water. Masukkan minyak sikit supaya tak lekat & garam bagi rasa2 masin sikit.
Ingredients:-
3 biji bawang putih - di cincang
10 biji lada hitam - di tumbuk
2 biji besar bawang merah - di dadu
2 sudu cili boh
500gm ayam cincang
1 tin sliced mushroom (Cap REX)
5 biji tomato - blend until puree (Nak pakai 1 can tomato puree pon bole)
2 biji tomato - di dadu
2 kiub ayam
2 sudu besar Oyster sauce
2 sudu besar minyak
Garam
Gula
5 batang Daun ketumbar - di cincang
Italian Herbs (I use macormick/ cap singlong pon ok)
Methods:-
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & black paper sampai kekuningan
3. Tumis bawang besar & oyster sauce & Italian Herbs.
4. Masukkan cili boh & kacau. Kalo da bersin2 tu tandanya cili tu da masak.
5. Masukkan ayam kisar tadi.
6. Masuk ayam kisar pulak. Then, tomato puree. Masukkan pula kiub ayam.
7. Then, masukkan cendawan & tomato yang di dadu tu.
8. Letak garam gula secukup rasa.
9. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
10. Kalo nak modify, letak sos cili or sos tomato or combine both. Rasa dia akan blend. But not too much.
Santapan malam semalam. Makan Spaghetti jer.
Selalu orang pakai daun parsley kan. But i prefer daun ketumbar.
Selamat Mencuba! Pasti terangkat.
- Posted using BlogPress from my iPhone
nampak menarik..mau try jugakla utk dadif..=)
ReplyDelete