Ads

Friday, February 18, 2011

Kami sudah besar!

Masa cleanup desktop, terbukak laa folder gambar lama. Tak lah lama sangat. Folder gambar masa Syahmi masih baby-baby lagi kira-kira setahun lepas.

Then, terjumpa jugak gambar-gambar kawan Syahmi yang lebih kurang sebaya dengan dia. Alahai... memang sudah besar diaorang nih berbanding dulu. Baby development memang cepat kan? Pejam celik, pejam celik dah pandai meniarap, pastu merangkak, pastu tumbuh gigi, pastu, bertatih, berjalan & berlari. Pastu bercakap pula. Bila dah pandai bercakap, mesti diaorang berborak sesama dia jer. Haha...

Kawan Syahmi yang dimaksudkan ialah Muhammad Atif Iskandar. Mak Atif ialah my officemate. Beza lahir diaorang lebih kurang 2 minggu jer..

 Ini dia gambar masa diaorang +-3 month. Semasa majlis akikah Syahmi.
From left: Kak Mai & Atif, Aku & Fayyadh, Cik Uda & Syahmi
So, jangan silap ye. Syahmi masih botak lagi time ni

 Ha, ni time diaorang umur 6 bulan

Opps, Syahmi tengah kusyuk pulak main oven aku.
Atif pulak memang suka bergambar.
Atif, pinjam jaket. Lawo laa..
 Ha, dia gambar mereka berdua...
Hidung Syahmi meleleh hingus. Haha...
Da besar kan mereka?


Yang kedua pula ialah Nuris Aleesya. Dia ni sepupu Syahmi. Lahir bulan 2. So beza umur dalam 5 bulan.

 Ni gambar diaorang masa raya 2 tahun lepas.
Syahmi & Aleesya bergambar bersama Tok Mak. Kira Tok Mak dapat 2 cucu sepasang pada 2009
Cilik lagi masing2...

Ni gambar paling latest. 2-2 dah pandai jalan pon.
Tapi Cik Aleesya ni garang lah. Syahmi pulak suka jer main mainan Aleesya.




Footnote:
Ada lagi anak-anak aku yang lahir pada tahun 2009. Cuma xde gambar nak tepek kat sini.
Semoga anak-anak semua sihat, membesar dengan ceria. Bila dah besar nanti, jangan lupakan orang tua mu. Balas lah jasa mereka semampu mungkin. Kerana pengorbanan ibu bapa tidak ternilai.

Bila aku dah jadi seorang ibu ni, baru tahu perit jerih membesarkan seorang insan yang bergelar anak.
* Tears *




- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

Ads