Ads

Wednesday, November 23, 2011

Botak!


My little princess, Nur Safiyyah Imani dah selamat di botakkan oleh ayahnya sendiri, en. combat dengan kerjasama ummi dia (aku lah tu).

Pada mulanya nak cukurkan rambut dia pada hari ke-7 selepas kelahiran dia, tapi dia telah dimasukkan ke KMC untuk menjalani fototerapi. Maka tertangguh-tangguh lah hajat aku. Then, pada 22 November 2011 bersempena public holiday di JB ni, aku mengambil kesempatan untuk cukur rambut dia yang lebat tuh.

Fuhh, lama juga proses mencukur ni. Di mulai dengan menipiskan rambut dia menggunakan gunting, then baru cukur pakai pisau cukur cap gillete. Dekat 2 jam baru habis.

First time cukur rambut anak sendiri. Time Syahmi dulu kiteorang mintak tolong orang cukurkan guna mesin jerr. Tak sampai 5 minit dah setel.

Pada mulanya memang aku agak keberatan nak mencukur rambut safiyyah nih. Bukan ape, dia ni girl. Kalo boy aku tak kisah. Macam Syahmi dulu dekat 5-6 kali aku cukur rambut dia. Tapi rambut safiyyah ni sangatlah halus. Mcm sayang jer nak cukur & botakkan. Tapi aku pujukkan jua hati demi kebaikan safiyyah sendiri setelah aku membaca semula hikmah-hikmah bercukur bagi bayi  baru lahir. Sila baca disini.

Cuma ada satu perkara lagi yang agak penting apabila melahirkan bayi perempuan ini iaitu mengkhatankan. Mungkin aku akan buat bulan depan bila balik kampung en. combat nanti.



Rindu jerr time dia ada rambut ni... So syomell..


Makin bam-bam bila da botak!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 20, 2011

My EBM Stock so far...

Sempena cuti maternity leave 2 bulan ni. Kerja aku memang memerah jerr..
Lagipon semasa mengandungkan Safiyyah aku dah pasang hajat nak exclusive bfeed dia. Sebab time Syahmi dulu aku tak dapat exclusive bfeed Syahmi.
So, aku dengan gigihnya mengumpul stok ebm untuk Safiyyah. Persediaan bila naik kerja nanti.
Lagipon aku dah pernah rasa mcmana penatnya bila stok susu kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang (i mean ngam2 jer stok ebm tu).
Akhirnya tertewas apabila suppy tak berkadar terus dengan demand. Maka susu formula lah menjadi pilihan.

Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan aku kali & memberi banyak rezeki susu kepada Safiyyah.
Aku pon mengepam dengan dengan syoknya. Memang seronok sangat bila susu yang kita pam tu bole penuh satu botoln 5oz dalam masa 10 minit kan?

Petua orang-orang pengepam tegar cakap, kalo nak mengepam tu hati kene tenang. Barulah susu mengalir dengan deras... Itulah yang aku cuba pratikkan semasa sesi mengepam.

Jom lihat stok susu setakat ini...









Aku menggunakan botol Bumble Bee. Kebanyakkan susu aku isi min 4oz & max 5 oz.
Should i consider buying a brand new deep freezer?? Hurmm....

Monday, November 14, 2011

My Little Artist

Asyik cerita pasal Safiyyah jer lately.
Arini cite pasal abg safiyyah plk iaitu en. Syahmi Iman.
Pada umur dia setahun setengah tak silap aku dia dah menunjukkan minat melukis. Kalo dulu just conteng-conteng kat buku jer. Tapi pada umur 2 tahun aku dah nmpak bentuk apa yang dia lukis. Maknanya dia dah boleh control tangan dia dengan baik. Cuma cara dia pegang pensil or pen masih salah. Bila cara pegang pen betul, dia pulak tak dapat buat bentuk dengan cantik. Lantak ko lah anak...

Dekat sepuluh buah buku kat rumah penuh dengan karya dia. Bila dia penat melukis, dia suruh en. combat or aku pulak yang lukis. Tangan aku memang keras sikit. Tapi nasib baik en. combat pandai sikit dalam bab lukisan. So, dialah yang selalu melayan karenah Syahmi. Mostly Syahmi suruh lukis benda-benda di sekeliling dia. Yang paling favourite ialah lukis lori (lori sampah, tractor, cement mixer, lori gas, oil tanker).
Asyik lorry jerrrr..... Memang boring kalo kene lukis benda yang sama kannn? Tapi dia tetap tak boringg!!!

Since dah ada Galaxy tab ni, dia pon lagi lah laju melukis... Tengok lah tu, khusyuk jer sambil duduk terkangkang (tak pandai bersila lagi). Lagipon, jimat sikit pen & kertas bila pakai tab. Cuma kena pesan banyak kali kat dia supaya cermat sikit guna tab tu. Kalo benda tu pecah, potong elaun SSPN dia! Hahaha...


Anak bujang aku yang khusyuk. Mau amik course Architecture kah mcm bapak dia??
Oh no!

Ini adalah beberapa hasil karya Syahmi Iman. Satu hari lebih 10 buah lori dia lukis.
Pada sesiapa yang ada Samsung Galaxy Tab, boleh lah menggunakan aplikasi Paint Joy download from Android Market. Free jerr..


 Ni dia kata dia lukis tractor

 Yang ini pulak lorry container

 Yang ini lori sampah. Tengok tu penuh dengan sampah sarap.

 Yang ini ialah Airplane

Mungkin faktor lokasi di mana dia selalu melalui highway pasir gudang. Memang banyak sangat lori yang menggunakan jalan itu & bermacam-macam jenis lorry. Aku agak, minat dia datang dari situ...

I'm now a Tupperware Member

Gara-gara en. combat nak membeli Eco Bottle cap Tupperware, maka aku telah meng'signup'kan diri untuk menjadi ahli Tupperware. Bayaran untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM60 & akan dapat kit. Content dalam kit bag  itu ialah booklet, cds, order form, tupperware paper bag, 3 units of tupperware product & etc.

Sesaja jer join Tupperware nih. Macam lawa-lawa jer product dalam catalogue dia. Hopefully lepas menjadi ahli tupperware, bole beli product dia banyak-banyak & rumah especially fridge pon lebih organised.
Aku join ni pon bukan untuk buat bisnes sangat pon. Tapi aku still amik tempahan pada sape-sape yang nak order product ngn aku. Then aku akan bagi 10% diskaun from the retail price as shown in the catalogue.

Pada member-member yang ingin join untuk jadi ahli pon, aku bole tolong untuk daftarkan. Cuma bayar RM50 je kalo korang daftar ngn aku nih... Untung tak? Aku jadi ahli pon bayar RM60 tau. Tolong kawan punya pasal... No problem!



Ni kit for new member! Ada banyak lagi isi kat dalam. Ini cuma sebahagian sahaja...



2 Eco bottle aku grab semalam + strap.



Catalogue aku dapat free semalam. 1 keping RM0.50. Tapi amoi tu bagi free 5 keping kat aku...

Lepas ni nak jadi ahli ape pulak ekk? 
Kemungkinan aku nak daftar jadi ahli Shaklee sebab product tu serasi dengan aku...

Thursday, November 10, 2011

Early days of Safiyyah Imani

Gambar-gambar yang belum sempat di publish lagi.

Gambar-gambar ini di ambil pada usia Safiyyah 3 hari. Just try manfaatkan DLSR yang ada. Nak buat newborn photography memang lah tak sempat. Kalo dok KL mmg banyak newborn photographer eg. Azmirkhalid or Zubye.

Namun apa daya tinggal di jb ni tak banyak choice mcm kat KL tu. Newborn photography ni elok buat sebelum baby berusia 14 hari. So, just snap ikut tangan sendiri tanpa pertolongan pro-photographer.. Jadilah...

 Fingers...

 Toe...

Face...


Amacam, okay tak? 
Kalo di edit lagi nmpak lawa kan..? Buat effect Black & White sikit..
Tapi aku ni buta tak lah terror sangat nak mengedit gambar-gambar ni...
Mintak tolong en. combat lah nampaknya...

Gambar Syahmi yang syokk tido... Penat kene jaga adiknya.. Hmmm konon..

Wednesday, November 9, 2011

Happy Birthday Ummi Nur Fain

Siapa ummi Nur Fain? Aku lah tu.. Sapa lagi.
Hari ini 9 November 2011 merupakan harijadi ku yang ke-28. Dah beranak 2 pon...
Pepagi lagi aku dah dapat sms dari en. combat wish besday kat aku. Ingatkan dia dah lupe... Patutlah pg keje menonong jer td (lagipon dah lambat).
Thanks also pada kawan2 yang wish besday kat wall fb. Semoga dengan pertambahan umur ni aku di murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, di beri kesihatan yang baik...

Kek besday yang yang di sponsor oleh en. combat dah abis dah di makan time raya haji aritu. Kalo potong arini, confirm tak abis sebab kat umah tak ramai orang. So, decide potong pada 6 haribulan 11. Jadilah.. Buat suka-suka. Thanks again pada en. combat.. Terima kasih daun keladi yer..

Can't read? Happy 28th Bitrthday Ummi Nur Fain

Golden Nugget from SR. Pilihan aku untuk besday ke-28 ni.

 Dengan anak bujangku. Syahmi Iman

Model Kek. Sibuk jer...

 Kami ber-3. Syahmi of course lah berkepit ngn Cik Biha jerr

 Syahmi: Sayangg Ummi...

Cik Ude yg pakai tshirt biru tu nak pg jogging tp melantak kek dulu...

Lagi satu lupe nak ucap terima kasih sekali lagi pada en. combat sebab belikan aku hadiah mug Jco Donut. Masa besday dia last year aku belikan mug starbucks. Ni kira dia balas balik nak bg mug jugak lah tu. Kalo ikutkan hati nak je aku mintak Passbook Gold Account 10gm. Hahaha... Lagi 10 tahun baru dapat agaknya...

Ads