Ads

Monday, February 28, 2011

MHB Town Hall

Pada 26 February 2011 berlangsungnya MHB Town Hall; Salam Perkenalan dari our new MD/ CEO Mr. Dominique De Soras. Bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang.
Sebelum ni our CEO ialah En. Wan Yusoff, then beliau telah berpindah ke tempat lain & di gantikan dengan Mr. D. Hope Mr.D menerajui MHB dengan membawa keuntungan yang banyak. Lepas tu kiteorang boleh dapat bonus 4-5 months every year. Yeay!






This is Mr. D
Pagi2 lagi da sampai



Staff MHB mengambil tempat duduk



During his speech



 Dapat ole2 from MHB.
Keychain & KFC voucher

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 24, 2011

Mari Membaca Buku

Kali ini Syahmi mengajak anda semua membaca buku...
Syahmi memang minat membaca kalo di bandingkan dari tengok tv.
Tapi kalo bab sepahkan umah, itu yang nombor satu lah.

Gambar berikut gelagat Syahmi ketika di kedai buku @ Badan Bookstore Plaza Angsana.

Tengah pilih-pilih buku...
Semuanya colourful, mesti laa menarik perhatiannya.

Okeh, da jumpa pon buku. Ohw, nak buku mewarna rupanya...

Siap terduduk lagi.

Tiru macam Ayah...
 
Tapi Syahmi tak beli pon buku tu... Eksyen jer lebih. Nasib baik dia belum pandai meminta-minta lagi.
Dia pon tak mengaruk bila bawak keluar dari kedai tu.
Tunggu gaji yer, baru bole belikan!

Tuesday, February 22, 2011

Spaghetti Bolognese Sauce

Helloo.....
Hari ini kite memasak bersama Puan Nur Fain ok?
Puan-puan semua, resepi yang saya nak share dengan anda semua ialah Spaghetti Bolognese Sauce.
Asyik orang tanya jer mcmana nak buat sauce ni. Sonang jerr...
Tak sampai 1 jam da bole siap...

Sebelum tu nak cerita sikit pasal spaghetti ni. Aku dari kecik tak pernah makan Italian food nih. Yela.. anak orang jawa. Mana lah mak aku reti masak lauk2 cmni. Then, after SPM aku kerja kat Pizza Hut. Salah satu tugas aku ialah menyediakan order untuk speghetti ni lah. Dari situ lah baru ku kenal cik speghetti.

Resepi yang aku nak share bukan cilok dari Pizza Hut. Sebab masa kat Pizza, sauce tu da siap. Tinggal panaskan jer. Ni recipe aku da modify sikit2 mengikut tekak aku. Since then, aku tak pernah order any speghetti menu dari mana-mana restaurant. Da pandai buat sendiri kan. Buat ape beli lagi?

Aku ajar buat sauce jer tau. Cara-cara nak rebus spaghetti tu, sila refer pada paket yang anda beli tu yer?
Yang penting, boil water. Masukkan minyak sikit supaya tak lekat & garam bagi rasa2 masin sikit.

Ingredients:-
3 biji bawang putih - di cincang
10 biji lada hitam - di tumbuk
2 biji besar bawang merah - di dadu
2 sudu cili boh
500gm ayam cincang
1 tin sliced mushroom (Cap REX)
5 biji tomato - blend until puree (Nak pakai 1 can tomato puree pon bole)
2 biji tomato - di dadu
2 kiub ayam
2 sudu besar Oyster sauce
2 sudu besar minyak
Garam
Gula
5 batang Daun ketumbar - di cincang
Italian Herbs (I use macormick/ cap singlong pon ok)

Methods:-
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & black paper sampai kekuningan
3. Tumis bawang besar & oyster sauce & Italian Herbs.
4. Masukkan cili boh & kacau. Kalo da bersin2 tu tandanya cili tu da masak.
5. Masukkan ayam kisar tadi.
6. Masuk ayam kisar pulak. Then, tomato puree. Masukkan pula kiub ayam.
7. Then, masukkan cendawan & tomato yang di dadu tu.
8. Letak garam gula secukup rasa.
9. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
10. Kalo nak modify, letak sos cili or sos tomato or combine both. Rasa dia akan blend. But not too much.




 Santapan malam semalam. Makan Spaghetti jer.
Selalu orang pakai daun parsley kan. But i prefer daun ketumbar.
Selamat Mencuba! Pasti terangkat.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 21, 2011

Pasir Gudang World Kite Festival - 16th

This is the quality of Pasir Gudang. Pasir Gudang is a dead town on night which makes most of graduates think twice to work and settle down. But having this kind of event, i'm a bit proud. Tempat lain xde okeh? Anyway, this is an International Event. About 16 countries participate in this activity e.g. from Japan, German, Austria, Thailand, USA and many more.

So, kiteorang pon tidak melepaskan peluang yg ada. Setahun sekali jer. Pagi2 lagi kiteorang da check in kat Restoran Osman utk breakfast. Then, to Bukit Layang-Layang. Pagi2 lagi, senang nak parking. What a quality saturday morning.

 Pagi-pagi posing dulu sbb still fresh

 See! Syahmi favourite cartoon up to the sky

 Pizza Hut & KFC ngelat. Diaorang naikkan pakai crane

 Another view

 Panas woo.. Terpaksa beli hat. Nasib baik RM5 jerr..

 Gerai yang menjual pelbagai warna & jenis layang-layang
Most cheapest RM5 with tali/ benang

 See.. Banyak kan kite?

 What a colourful day...

Oppss.. Dah tertidur rupanya... 
Siap tukar baju lagi akibat kepanasan...

Ni kira dah dua tahun berturut-turut en. combat & Syahmi datang ke event ini. Yelaa.. diaorang kan 'orang baru' dia area ini. Aku da 3-4 kali jugak la. Memang happening. Siap malam2 kalo angin kuat, sure family datang bawak anak-anak kat bukit layang-layang ni & main layang-layang. Seronok woo...

Hehe, ni pic last year when Syhami was 11 months

He likes Upin Ipin!

Yeay! It's cartoon time!
Magic. Syahmi memang tak pernah lekat kalo tengok cartoon. Seem dia tak berapa minat tengok cerita kartun. Dia lebih prefer tengok National Geographic Wild, Animal Planet or something yang ada unsur2 animals. But with Upin & Ipin, he can tolerate & he'll be like these...




Khusyuknyer.... Tak sakit mata ker tengok cmtu skali?




Melekat & tak bergerak langsung...
Abaikan rumah yang mcm tongkang pecah tu yer..



Ok, play lagi cd Upin Ipin ni.
Satu hari, 3x play movie... 
Sampai takde can aku nak tengok movie Hantu Kak Limah



 Siap pegang lagi cover cd tu.
Sayang benorr kat abg Upin Ipin dia...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, February 18, 2011

Kami sudah besar!

Masa cleanup desktop, terbukak laa folder gambar lama. Tak lah lama sangat. Folder gambar masa Syahmi masih baby-baby lagi kira-kira setahun lepas.

Then, terjumpa jugak gambar-gambar kawan Syahmi yang lebih kurang sebaya dengan dia. Alahai... memang sudah besar diaorang nih berbanding dulu. Baby development memang cepat kan? Pejam celik, pejam celik dah pandai meniarap, pastu merangkak, pastu tumbuh gigi, pastu, bertatih, berjalan & berlari. Pastu bercakap pula. Bila dah pandai bercakap, mesti diaorang berborak sesama dia jer. Haha...

Kawan Syahmi yang dimaksudkan ialah Muhammad Atif Iskandar. Mak Atif ialah my officemate. Beza lahir diaorang lebih kurang 2 minggu jer..

 Ini dia gambar masa diaorang +-3 month. Semasa majlis akikah Syahmi.
From left: Kak Mai & Atif, Aku & Fayyadh, Cik Uda & Syahmi
So, jangan silap ye. Syahmi masih botak lagi time ni

 Ha, ni time diaorang umur 6 bulan

Opps, Syahmi tengah kusyuk pulak main oven aku.
Atif pulak memang suka bergambar.
Atif, pinjam jaket. Lawo laa..
 Ha, dia gambar mereka berdua...
Hidung Syahmi meleleh hingus. Haha...
Da besar kan mereka?


Yang kedua pula ialah Nuris Aleesya. Dia ni sepupu Syahmi. Lahir bulan 2. So beza umur dalam 5 bulan.

 Ni gambar diaorang masa raya 2 tahun lepas.
Syahmi & Aleesya bergambar bersama Tok Mak. Kira Tok Mak dapat 2 cucu sepasang pada 2009
Cilik lagi masing2...

Ni gambar paling latest. 2-2 dah pandai jalan pon.
Tapi Cik Aleesya ni garang lah. Syahmi pulak suka jer main mainan Aleesya.




Footnote:
Ada lagi anak-anak aku yang lahir pada tahun 2009. Cuma xde gambar nak tepek kat sini.
Semoga anak-anak semua sihat, membesar dengan ceria. Bila dah besar nanti, jangan lupakan orang tua mu. Balas lah jasa mereka semampu mungkin. Kerana pengorbanan ibu bapa tidak ternilai.

Bila aku dah jadi seorang ibu ni, baru tahu perit jerih membesarkan seorang insan yang bergelar anak.
* Tears *




- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 17, 2011

Susahnya nak cari puting Tommee Tippee

Haiya...

Sebab puting pon nak masuk blog ka? Ye la... Mana tahu member2 blog bole tolong ker?
Saje jer nak mengadu pasal masalah aku ni... Aku tengah mencari teats Tommee Tippee untuk En. Syahmi laa sape lagi... For hygiene purpose, aku kene tukar teats tu every 3 months. Betol tak? Botol & puting pulak kene selalu sterilize selalu. Memang leceh kalo anak pakai minum pakai botol ni. Direct breastfeed lagi senang, kan?

Aku da pergi merata-rata dah kat area JB ni nak cari teats tu. Selalunya ada jual kat TESCO, berlambak2.. Aku cari kat Tesco yang dekat ngn umah aku jerr.. Kat Tesco pon xde. Then, pergi lagi ke Toys r Us kat Tebrau City, yang ada cuma medium flow & slow flow jer. Syahmi da setahun setengah. Mana sesuai pakai medium flow. Kang dia tak nak menyusu pulak.

Syahmi da start pakai botol jenis ini dari dalam hari lagi... Ye laa, aku kene la train dia pakai botol. Asyik direct feed jer, kang susah pulak aku nak berkerja semula lepas 60 kalo dia tak biasa. Bukan aku tak pernah cuba tukar pakai botol jenis lain. Tapi dia refuse. Haiyaa... So, kene laa setia pada en. Tommee tu jerr...

Last choice kalo aku still tak ketemu jugak, beli lah online kat my fav online shop. Nak buat mcm mana? Kalo kat rumah dia direct feed jer ngn aku. Tak pon aku buatkan dia susu dalam cawan or botol yang ada straw. Tak mo botol-botol dah. Sebab syahmi da besar tau! (Hehe, bukan sebab aku malas ke nak sterilize?) Bukan botol jer aku sterilize, cawan-cawan, sudu, mangkuk dia pon aku sterilize jugak. Tapi kat umah pengasuh dia, Syahmi masih berbotol. Ntah sampai umur brape dia akan berbotol. Tak kisah lah, asalkan dia nak minum susu.

 Pic Syahmi masa baby lagi.

 Memang susah nak dapat gambar dia minum pakai botol kat umah.
Time kecik bila berbotol, dia tak pandai pegang lagi.

Botol yang dia refuse. Nape ntah.
Tak biasa kot.

Sunday, February 13, 2011

My iphone is dead!

Panik! Panik!
Iphone kesayanganku yg umurnya tak sampai setahun jagung tak hidup a.k.a mati. Alahai.. Kenapa diberi dugaan begini. Aku bukannya anak orang kaya. Petik jari jer dapat. Aku bukan bergaji besar pon sampai bole beli 2 3 biji lagi. Aku sayang sangat pada iphone tu.

Tentu korang gelak2 golek2 suka bila dapat tahu iphone aku mati eh? Nak kata padan muka lah tuh! Especially cik faizin. Haha.

Lately, do you noticed that i blog via my iphone. I try to maximise the usage of my iphone. But suddenly, something wrong happen. Memang la bole claim, dapat replacement baru lg sbb iphone ni aku belum jail break. Tapi lama woo nak tunggu. Mebbe 4 to 6 weeks. Leceh laa.. Nak pergi service centre lagi, nak tunggu lagi. Rugi bill 1 bulan.

Kejadiannya mcmni.
Pagi jumaat, aku pergi ke melaka atas urusan mmhe treasure hunt. Before that, aku charge iphone about 1 hour. Battery from 25% increase to 85%. Aku rasa cukup lah. Pegi pon tak lama. Balik melaka nanti aku full charge.

Dalam perjalanan, aku pon layan iphone jelah especially foursquare sebab kemaruk nak dapat badge. Aku dapatlaa sms ngn en combat dalam 2-3 kali. Then, tiba-tiba semua padam. Aku try on kan tapi nothing happen. Alahai susahnya idop bila enpon tak berfungsi.

Bila balik, aku bgtau en combat pasal masalah enpon aku. Dia pulak bukannya nak calm down kan aku. Makin menyakitkan hati ada lah.. Ada ker dia cakap enpon aku ni mati sebab daulat aku pernah kutuk2 dia pakai enpon murah jer. Ish, menyampah. Manada aku cakap mcmtu. Kalo ada pon, aku dah tak ingat dah. Dah lah, tak nak tolong sudah! Padahal, dia n syahmi adalah pengguna tegar iphone aku ni. Kalo kat umah, iphone tu memang kat tangan diaorang jelah. Malas nak cakap banyak, ini buktinya...

 Syahmi & ayah suka godek2 enpon aku.
En Combat tu check msg aku kerr..??

Syahmi even can operate the iphone by himself

Finally, aku bgtau prob aku pada officemate aku cik jerry n pasangannya imran. Diaorang ni ala2 duta Apple. Imran suh aku tekan button atas n bawah serentak.
Then, bila aku blk dari kerja aku terus buat seperti yang di arahkan. Alhamdulillah, iphone aku bernyawa sekejap. Rupanya battery exhausted sangat. Aku fully charge n its function as usual.

Yeay!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, February 12, 2011

I'm a 18 months toddler

Dah lama x update tentang syahmi's development. What actually 18 months toddler can do? It's a vast growth as compared 6 months ago when he was at 1 years old.

At this age, no more baby smell on him. I really miss that smell. Da sapu minyak yuyee pon cepat jer hilang. Huhu.. Tapi dia tak masam.. Cium banyak kali pon xper.

As usual, list down ape yang syahmi da achieve at this moment.
1. He can call me Ummi. Memang da lama tunggu saat ini. Even sometime he call me ibu (pengasuh dia). Tersasul kot.
2. He can understand simple instruction e.g. "wash your hand " or "take your diaper"
3. He warn me when the poo-poo or pee time by putting his hand at his 'bird'.
4. He learns many vocabs. Even he can distinguish cat, bird, dog, elephant and his favourite fish!
5. He shows sense of appreciation. When i kiss him, he'll kiss me back. He knows that i love him & i know that he love me too.
6. He can eat himself. Tp berterabur lah sana sini. Semua benda nk belajar buat sendiri.
7. He can walk fast and almost run.
8. He recognise people surround him. Ayah, ibu, atok, cik anis (he says clearly) abang, ummi, cik long & cik uda.
9. He can speaks javanese. When somebody ask "Syahmi kabare? He answered "Waras..."
10. He instantly absorb what come out from our mouth. So jangan cakap sembarangan. Dia bole tiru..

Haha.. What a clever little boy. Ummi doakan syahmi senantisa sihat dan di lindungi Allah ye anak..





Like father like son. Ye tak en combat?



Makan sendiri


Little photographer


His best buddies. Ikan puyu 5 ekor


Comot momot


Reading book. Cup & socks


I eat slowly but surely

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 10, 2011

Art class

Syahmi attend art class ker? Aah.. 6 bulan lepas aku pernah suarakan angan2 nak registerkan syahmi kt GlobalArt class kt seri alam ni bila dia dah besar. Saje jer bg mengasah skill yang dia ada. Kanak2 kan umpama kain putih. Parents dia lah yang akan mencorakkannya.. Iye tak? So, klo aku registerkan dia kt GlobatArt, maknanya aku nak dia jd orang yg berseni ker? Haha, taklah. Final decision still terletak pada Syahmi bila dia dah besar nanti. Aku n en combat just bg guide jer...

Tapi bagus jugak kalo anak kita multiskill ekk? Pandai art, pandai jugak maths. Maknanya dia balance dalam menggunakan kedua2 otaknyer.

Ok, berbalik pada cerita art class td, en combat membangkang idea aku. (Psstt.. Dia mmg slalu bangkang jerr). Dia cakap dia pon bole ajar Syahmi art. Hurm.. Yeker? Mmg laa dia lebih pandai sketch dari aku n ada design skill tp, pandai ke dia melayan Syahmi?

Hehe, ini hasilnya..





Art session dengan ayah





Layan jgn tak layan





Ayah tunjuk skill





Alahai.. Si kecil yg sedang memerhati





Syahmi plk tunjuk skill





3 sekawan, elephant, cat & fish



Mama n baby elephant - bnyk sgt tgk Nat Geo Wild



Cat - ala2 cat kt kampung



Fish! Syahmi's fav (kemaruk gi aquaria ada lg)




Ait? Class dismiss? Syahmi poo-poo da..

Note: all the animals coloured by puan fain ok! Aku pernah menang pertandingan mewarna masa kecik2 dulu tau. 1st prize lg.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ads