Ads

Thursday, December 30, 2010

Grilled Chicken with Blackpaper & Mushroom Gravy

Yeay! Arini kite belajar masak pulak yer kawan-kawan.
Resepi yang sangat mudah. Bole memikat perut cik abang kite yang berselera ala-ala western...
Yelaa, en combat walaupon orang jawa tapi tekak dia bole bertukar nak makan western. Aku pulak memang suka makanan western nih... Kebetulan pengasuh Syahmi antar dia lambat, so aku pon masak lah makanan untuk kiteorang berdua...

Grilled Chicken.
Aku tak sempat marinate ayam sendiri. Nasib baik aku ada beli ayam yang dah marinate kat tesco arini. So, tak payah susah2 nak marinate lagi... Pada sesiapa yang tak suka ayam, bole tukar kepada lamb yek! Ayam ni aku Grilled jer dalam oven. Suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

 
Fries.
Simplot memang favorite aku and Syahmi. Walaupon harganya mahal sikit, tapi berbaloi. Aku memang recommend pakai kentang cap Simplot nih. Sedap. Macam makan meatball & fries kat IKEA tuh..


Blackpaper & Mushroom Sauce

Bahan2 nya...
2 cup chicken or beef stock (aku guna cube stock jer)
1/2 cup low fat milk
Blackpaper yang ditumbuk halus
1 biji bawang besar (di hiris kasar)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar butter
1 tin button mushroom (di hiris halus)
2 sudu besar tepung (untuk memekatkan kuah)
Garam dan Gula

Cara-cara:-
1. Masukkan stok ayam/ lembu dalam periuk. Campur susu & bawang besar. Biarkan sampai mendidih.
2. Masukkan pulak kicap soya, sos tiram, butter, button mushroom, garam & gula. Kacau. Tutup api.
3. Untuk memekatkan kuah, campurkan air masak & tepung dalam mangkuk lain. Jangan guna air panas, Nanti berketul. Kacau sampai tepung tadi tidak berketul. Then, masukkan bancuhan tepung dalam periuk.
4. Kemudian, panaskan semula gravy atas api.
5. Setelah selesai, tuangkan gravy atas ayam tadi.
 
 Ini lah dia...

 Yang besar & ada keropok tu en combat punye. Tekak Jawa lah katakan...

Selamat Mencuba!

Monday, December 27, 2010

Gathering SK Tanjung Puteri

Ni cerita da basi.. Tapi aku post jugak sebagai ingatan...
Aku berjumpa semula dengan geng-geng sekolah aku dulu.. Bukan geng-geng sekolah menengah tau. Tapi sekolah kebangsaan yerr.. Bayangkan da berapa lama aku tak jumpa diaorang. Dekat 15 tahun! Ape tak nyer, lepas je abis darjah 6, aku sekola SDARY manakala diaorang kebanyakkannya sekola SETA. Kira mcm aku la yang tercampak jauh... Huhu...

Aku jumpa diaorang ni pon sejak aku aktif ber facebook. Memang aku ada account facebook, tapi tak aktif. Dalam tahun ni jer aku mula aktif. So, jumpe lah sorang demi sorang. Then, sampai lah dalam bulan lepas member aku ajak gathering. Aku pulak bagi keputusan last minute. Ye la, aku duduk kt Masai, tapi diaorang nak jumpe kt Singgah Selalu... Ape tak jauh tu aku nk kene drive... Husband tak bole ikot, tapi wajib bawak anak. Amboi... bukan main lagi syarat2 nak jumpa, kawan2 aku tu... Lastly, aku tumpang kawan aku yang kebetulan duduk area Masai & masih single mingle lagi tu...

Seronok jugak jumpa member2 dengan xbwk husband ni. Macam2 cerita yang keluar.. Lost contact lah katakan. Masing2 update diri masing2.. Harap je duduk JB, tapi nak jumpe sesekali pon susah...
Apepon, memang best malam tu.. Rindu pada kawan2 lama terubat jugak sbb aku sememangnya teringin nak jumpa dengan diaorang... Thank to zura, fauziah & qin yang belanja! Next gathering kata nak buat potluck kat umah zura, ntah bila lah tu...

Fauziah tengah baca doa, tapi mata Mia & Syahmi da nmpak nak ngapp!

 5 orang kesemuanya...

 Aku & fauziah. Dari kelas darjah 1 Dahlia

 Bergambar sebelum balik

 Tertukar emak... Patut la 2-2 melalak...

Lastly, korang boleh detect ke mana satu aku?

We are the Winner! Yeay!

First of all, Alhamdulillah...
LPP telah memilih kami sebagai pemenang bagi contest yang dianjurkannya...
Memang tak di sangka sbb first time aku join contest untuk diri sendiri. Sebelum ni asyik join untuk Syahmi jer. Itupon tak pernah menang. Mungkin nasib belum lagi menyebelahi Syahmi agaknya... (Sabar ye Syahmi, ada rezeki tak ke mana..., lagipon diaa bukan kisah menang ke tak, aku je yang poyo2..) Hehe..

Hadiah yang ditawarkan ialah Pakej Manja iaitu 2 hours unlimited photoshoot, 20 pages mini sticky, 20 pcs photo edited & softcopy in dvd..

Photoshoot akan diadakan tahun depan. Bulan brapa tak sure lagi sebab belum bincang ngn en combat & pihak LPP. Maknanya ada chance laa aku pujuk en combat untuk ke KL, samada ke Putrajaya, KLCC or Damansara. Yeay! Sebab kalo ke KL, surely aku akan ke IKEA...

Friday, December 24, 2010

Little Touch Leappad for Little Syahmi

Psst... Hehe..
Since Syahmi suka baca buku, agak2 dekat 10 koleksi buku Syahmi yang ada kat rumah tu. Samada free beli susu ataupon beli sendiri kt HARRIS or Badan Bookstore. Tiap2 hari dia akan ambil buku dia & tunjuk kat aku. So, aku pon akan bacakan buku dia tu. Agak2 da layan dalam 2 kali katam, dia akan duduk sendiri sambil konon2 baca buku dalam 'bahasa' nya tersendiri. Ntah bunyi ape lah yang keluar..

So, aku decide belikan Syahmi Little Touch Leappad sempena genap umurnya 17 months. Salah satu learning system yang sangat interaktif. Yeay! Zaman moden lah katakan... Sesuai untuk anak berumur 6 bulan sampai 36 bulan.. Bila push jer kat gambar akan keluar bunyi2 yang menarik.

Aku beli leappad ni second hand online jer.. 1st time beli second hand online nih. Sebab kat JB ni memang lah susah nak dapat item ni. Even kat Toysrus pon tak pernah jumpa. Thanks to Nina yang sudi layan queries aku yang berjela2 tanya pasal condition leappad nih. Overall rating about 9.5/10. Not too bad... Harga RM120 including postage using Skynet. Petang Rabu bank in duit, pukul 11 pagi khamis dah dapat. Good service!

Yeay! Parcel da sampai...

 Pegi Tesco dulu beli battery..

Rajin nye dia...
 
Lama-lama, kelat jer muka...

Ini dia.. Leappad Console with 2 books + 2 catridge

Thursday, December 16, 2010

Rumah seorang Arkitek... Rumah aku..??

Alkisah semalam en combat pg menghadiri jemputan mini housewarming. Pemilik rumah tersebut merupakan opismate en combat & juga seorang arkitek. Yelaa.. en combat kan kerja di firm arkitek. Korang bole cuci mata tengok rumah tersebut. It just not an ordinary/ typical house design. Tara...

 Outside view

 Living with full height louvres..

 Double volume hall..

Dining table..

Lawa kan..? So idealistic & minimalist. I don't know how much they spent for these all major renovation works. But according to en combat, it's in a region of RM 100k.. Phew.. I don't have that much!

What about my home sweet home...? Haha, bagai langit dengan bumi... 
Eventhough en combat pon angan2 dia sendiri untuk design umah, tapi di sebabkan keterbatasan wang hengget, terpaksa lah di pendamkan. Yelaa, en combat amik course architecture kat itm dulu. Of course dia ada his own taste pasal umah ni... Nak buat cmne? Kena lah ukur baju di badan sendiri? Ye tak?

Pagi td aku just bagi dia ayat sikit... "Awak design lah sikit umah kita ni.." Jawapan dia melegakan hatiku. Dia kata cukup lah dengan apa yang ada. Cuma baik pulih mana yang perlu. Pheww! Saje nak provoke. Mana tahu bila tengok umah orang lain cantik, dia pon nak ikut. Tak bole laa macam tu. Kene check dulu tebal poket & buku bank sayang oii..

Aku punya prinsip pulak, beli umah supaya aku dapat membesarkan Syahmi dalam keadaan selesa. Memang umah aku sangatlaa minimalist. Sebabnya anak kecik lagi. Biarkan dia explore sesuka hati untuk tumbesaran dia yang nyata.

For the time being, aku da plan da ngn en combat untuk kumpul RM10k - RM12k untuk make good umah. Nak bikin sikit untuk outside area, pasang auto gate, full brickwall, mini garden & etc. So, hope by end of next year da bole cari contractor.

Cuma satu concern aku dari dulu lagi, umah aku dari pintu masuk da bole nampak kitchen. So segan bila orang datang. Dah mcmtu, kene pastikan dapur cantekks & bersih. Nak pecahkan area belakang mau kene buat kitchen kabinet lagi. Mau makan RM20k. Perghhh... Kene kumpul lagi lahh.. Insya allah boleh.. Itu hajat ku...

From entrance da bole nampak kitchen

 My kitchen.. Hurm...

 View from staircase..

 Outside...

Mini garden yang tak jadik lagi..

Wednesday, December 15, 2010

Ke Zoo Johor kita...

Since Syahmi da besar ni & dia asyik kaco iphone aku.. (Hehe, aku install apps animal & kasi tunjuk dia). Start dari tu dia asyik buat suara rimau jer... Ada jugak gambar haiwan lain, tapi dia tak tiru pulak.. Tak reti kot. Yang paling seronok bila dia nampak iphone aku, mesti dia buat suara rimau tuh.. Hehe...

So, aku pon bawak lah dia pg ke Zoo Johor. Setelah 20 tahun aku tak kesana. Lama sungguh.. Last pegi zaman tadika kot. Lama kan? Haiwan yang aku pg tengok dulu da mati kot. Ni jenguk haiwan2 yang baru. Zoo Johor ni tak lah sebest zoo Melaka or zoo Taiping or zoo Negara. Zoo Johor ni kecik sikit.. Haiwan pon tak banyak. Berpadanan laa dengan bayaran masuk cuma RM2.00 seorang. Aku pergi bertiga baru 6 hengget jer. Syahmi masuk free, yeay!

Aku pg time tengahari. Memang panas. Lepas setengah jam kat dalam zoo, cuaca da nmpak macam nak ujan. Tapi tak ujan pon.. Redup jer.. So seronok sikit lah. Syahmi pulak tanak jalan sendiri.. Adoiyaii, terpaksa lah aku kelek kesana kemari.. Nasib baik ada bibik tak rasmi aku, cik Anis. Gilir-gilir aku dokong dia...

Agaknya dia terkejut kot tengok haiwan2 tu... Yelaa, selalu tengok kat gambar jer.. Ni da depan mata, pulak haiwan tu terkinja2, terlompat2, mengaum, mau tak terkejot Syahmi. Hehe..
Hope Syahmi enjoy ngn haiwan di negeri nya sendiri. Nanti bila da  besar sikit, bole laa bawak jalan2 ke zoo negara ke, Singapore night safari ker..

As usual, layan gambar keh?

 Anak singa yang tak masuk kandang. Comell..

 Depan tasik ada flamingo..

 Syahmi khusyuk tengok ape ntah..

 Orang Utan mintak makan..

 Tinggi betol kandang dia.. Takut rimau melopat keluar..

 Cik Anis dalam percubaan nak umpan rabbit..

 Rusa sekeluarga menjamu selera

 Singa betina ngorok di siang hari

 Pak belang mundar mandir
 Unta..

 Unta yang sangat jinakk..

Zoo Johor

Penat okayy...

Yang di nanti nantikan telah tiba...

Alhamdulillah... Syukur sangat2 ke hadrat Allah...
Tak terluah dengan kata... Akhirnya career aku berkembang jua... Mana taknya, dekat lima tahun aku keje kt sini.. Ni baru 1st time naik gred. Kalo naik gred, bermakna naik jugak lah gaji...
Syukur... Bukan bermaksud lima tahun keje gaji aku tak pernah naik, memang naik tiap2 tahun, tp ni naik banyak punya... (banyak lah jugak dari yang aku jangka kan..)

Aku pon tak sangka bole dapat upgrading. Sebab HR akan select based on performance. KPI every year xde lah mencanak2 sangat... Biasa2 jer... Lagipon dekat department aku ni mmg susah nak achieve KPI exceed expectation. Tapi aku tetap juga bekerja dengan tekun untuk membesarkan anak-anak aku. So, kene lah cari rezeki yang halal ye tak? Time kerja tak bole lah sambil lewa. Nak bagi anak2 makan. Tu yang encik combat selalu ingat kan aku... Sebab aku suka main game. Dia risau kalo aku main time office hour. Memang pon time office our, tp waktu rehat je aku on game...

Dalam suka2 pon, effective date bulan April tahun depan yerr... So,  for the time being ni aku kene lah berbelanja mcm biasa dulu... Da gaji up sikit, baru lah bole beli ape yang aku dah lama list kan dalam otak aku ini... For your info, barang2 yang aku ingin nak beli ni semua untuk Syahmi tau.. Itulah kasih sayang emak pada anak nya.. Ye tak??

Effective date on April daa...

Friday, December 3, 2010

Cupcake class

Hehe, dah lama tak update blog... As usual laa, alasan aku ialah sibuk... Tapi memang sibuk pon, di rumah or di opis.. Ni time rehat Jumaat baru bole tulis entry..

Kali ni nak share gambar aku pg kelas cupcake dengan Cik Siti. Kelas ni aku da pegi tahun lepas lagi.. Tengok gambar, muka aku muda setahun.. Hehe. Saje jer nak tepek sini gambar2 ni... Lagipon sebab utama aku amik kursus buat cupcake ni kononnya nak buat sendiri cupcake masa harijadi Syahmi yang ke-setahun. Tapi hampeh... Mana sempat nak buat... Nanti kang jadi ape jer... Orang pon tak hingin nak makan. Tapi time free2, pernah jugak laa aku aplikasikan ilmu yang aku belajar tu. Cuma aku tak buat deko jer.. Lagipon orang bukannya makan sangat cream & foundant tu...

Yuran kelas ni RM150 per person. Aku belajar ngn mamatiera. Korang bole check kt blog list aku... Kat area Pasir Gudang/ Masai ni ramai je yang offer untuk mengajar kelas cupcake & kelas lain2 lagi... Lepas ni plan nak belajar buat roti ngn Nina sweetlilykitchen pulak. Tapi kene kumpul fulus dulu laa... Saje jer memenuhkan ilmu di dada. Tambah skill untuk jadi Wanita! Wanita yang multiskill. Mana lah tahu silap hari bulan aku pulak yang amik tempahan buat kuih2.. Haha, berangan... Tapi siyess aku memang suka benda2 dekor & cantik2 nih...

Hokeylah as usual, layan gambar..

 Dekor Mummy Monster guna cream

 Cik Siti punya Monster da nak siap

 Ni pulak dekor padang bola


 Get ready dekor pakai foundant pulak

 Ni lah hasil kerja Cik Siti

Ni pulak aku punye. Buat rose biru tak jadik okey!

Ads