Ads

Thursday, April 4, 2013

My Home Renovation

Insya Allah tahun ni aku akan buat lagi sekali renovation. 2 tahun lepas dah buat minor renovation sikit kat bahagian porch depan rumah tu. Tahun ni ada rezeki lebih Allah bagi, so aku nak reno sikit bahagian kitchen/  area belakang rumah yang sekangkang kera tu.

Sebab nak renovate sekarang kerana rumah aku dah macam studio concept. Open area jer dari living, dining hingga ke kitchen. Bertahun-tahun en combat memberi komen negatif yang berbakul-bakul kat arkitek umah kiteorang ni. Alahai.. ini bukannye umah kat  . Ni umah kat bandar. Nama pon Bandar Seri Alam. Walaupon 30km away dari pusat bandar JB.

So, bila alihkan kitchen ke belakang, ada privacy sikit lah aku... Tak ler kalo tetamu datang nampak aku tengah goreng kopok lekorr (mebbe tetamu expect aku hidangkan pasta!) hihi.. lawak jer...
Kitchen cabinet yang sedia ada ni yang mana bole letgo, aku akan letgo. Kitchen hood aku dah ada org booking nak beli. Lagipon ada letgo murah-murah jer...

Sempena nak merenovate nih, ada bongkar balik majalah-majalah lama pasal home ID ni. Memang dari dulu lagi nak buat cuma tengah kumpul budget. So, jumpalah majalah dapur tahum 2008. Memang tengah time aku beli umah 3 bulan lepas kawin. Aku ingat lagi aku booking umah ni on 8-11-2008. Sehari sebelum besday aku.. Time tu memang berangan habis lah nak buat itu ini. Tapi bila dapat quotation, mak aii memang kene pendam lah hasrat hati....
Belek-belek majalah untuk dapatkan ilmu, tips & cari contact potential contractor untuk buat kitchen cabinet.

Ini pulak pelan renovation yang di sediakan oleh Ar. Yuss. Tuan umah pilih Option no.1. Berterigh-terigh en combat siapkan pelan umah. Sampai tengah malam dia perah otak. Ini pon dah berbuih mulut aku mintak dia sediakan pelan. Sampai aku membebel sensorang dalam whatsapp dia. Pastu, aku set kan daily reminder dalam iphone dia untuk prepare drawing untuk umah. Hahaha.. dah tak koserr nak cakap lagi. Main tekologi je baru jalan. Mentang-mentang lerr project aku ni puluh ribu jer. Dia buat tak layan jer.. Sibuk dengan project opis 1Medini lah, SmartSchool lah yang berjuta-juta tu. Kalo project aku ni tak on, aku suh dia dok opis jer sbb dia lagi suka kan ngn opis dia tu. Hahaha...

Okay lah. esok Homefair 2013 dah start kat Persada Johor ni. Aku nak pg hari sabtu untuk dapatkan quotation n survey-survey. Orang kata selalunya mahal. Aku pon tak bole nak bagi komes sebab lom abis survey. Hope dapat quotation yang ok n meet my budget.

Won Itsy Doodles Giveaway

Hohoho... ni kira first time aku menang contest through facebook. Join tu bnyak kali jugak. Tapi tak sangkut pulak. Rezeki belum ada kan.... Tapi time Itsy Doodles buat giveaway sempena anak  bongsu dia Sofya yang ke 1 tahun, aku pon join. Tak susah pon... Tak sangka sangkut. Syukur....

Dia announce through Facebook. Time tu aku check fb kat opis. Melompat aiii!
Hadiah yang ciput jer. Tapi sebab free, mekk tokk suker laa...

Ini hadiahnya... Mini mama tote. Owner Itsy Doodles (Nazaha Idris) pos kat i.
Selamat dah di gunakan untuk bawak balik baju kotor Safiyyah dari rumah pengasuh dia.. Kalo tak dia pakai recycle beg mcm beg Tesco tu jer. Hahaha...

Aku kenal Itsy Doodles ni time cari sunhat untuk Syahmi & Safiyyah. Yang aku suka dengan sunhat by Itsy Doodles ni, dia kind of reversible. So, bole pakai both sides. Fabric pulak dari designer fabric. Memang lawa2. Check it out www.itsydoodles.com

Wednesday, April 3, 2013

Won L'Occitane worth RM300

Won Product L'Occitane dari Magazine Female tak silap aku. Nama emak aku naik lagi. Mmg banyak ongg lah mak aku nih. Tapi sorry lah ye mak. Angah rembat sumer hadiah ni. Bukan mak aku pakai pon mask n scrub nih. Lagi pon certain hadiah safi rania aku dah bagi lagi kat mak...

Huhuhuhuhu....
Nak marah pon ada. Penat aku menunggu untuk dapat hadiah ni. Contest promo dari tahun lepas lagi. Tapi tahun ni baru sampai. Sebabnya surat notification tak sampai pada aku. Aku pulak terhegeh2 shoot email. Tapi masuk junk email dia pulak. Then aku send lagi laa... Baru lah dia terhegeh2 reply. Nasib baik suara dia lembut jer... Btw thank to Elensha Foong, PIC yang courierkan prize ni. Nasib baik jugak hadiah ni ada lagi. Kalo tak melepas aku nak pakai produk L'Occitane ni.

Bau wangi produk nih. Memang aku tak beli laa... kecuali bagi free baru aku pakai. Dah lama tak pakai produk mahal-mahal. Since dah kahwin ni, muka ok jer. Jarang naik jerawat batu. Hormon dah stabil lah katakan...

Disclaimer: Hehe gedik nak buat disclaimer pulak. Hadiah-hadiah yang aku terima dan aku nukilkan dalam belog ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali nak bermegah2. Ini untuk rekod peribadi jer... Ramai orang lain yang menang hadiah lagi besar dan besh2... Bila lah turn aku. Insya Allah... Ada rezeki, ada lettew....

Cerita abang...

abang syahmi semakin rajin untuk belajar. walaupon tak dapat pendidikan formal ie. tak pergi skool macam budak umur 4 tahun yang lain. dia belajar bersama teacher faizin n tokmak dia jer.. tapi dia bagus. while waiting ummi punya turn nak makan, dia bukak stationery set transformers dia nak akan tulis n buat sesuatu.. bagus2.. keep it up. semoga syahmi semakan rajin sebelum umur 5 tahun dah bole membaca. amin. ummi dan ayah selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya...

tapi mesti nak lukis transformers jer...
hi ni penangan si bapak time tengah ngandungkan syahmi, dia pi ajak temankan dia tengok wayang cerita transformers. hehe.. sebab ummi dah buat syarat lepas kawin baru leh tengok wayang sesama. sebelum kawin tak bole hokeyyy...

ayah lukis, syahmi kaler. peace yawww!

sabo yer ayah... nasi belum abis lagi.. kena kunyah 40 kali... sunnah tu...

Ads