Ads

Saturday, September 18, 2010

Handphone Raya!

Lama rasanya tak update blog. Bukan xde cerita, cerita mmg banyak, cuma tak berkesempatan. Arini aku nak cerita pasal handphone baru yang aku borong sakan beberapa hari sebelum raya iaitu pada 4 Sept 2010. Tatkala orang lain sibuk cari tudung, sampin, baju raya, aku & en combat sibuk survey handphone. Almaklum lah, handphone kami sangatlah uzur... Sbb selalu di baling Syahmi. Dia memang sangat minat pada gadget lately...

Kebetulan, bakal adik ipar aku pon sibuk mencari handphone jugak, so dia yang dah biasa beli handphone ni bawak laa kiteorg gi kedai yang dia biasa pg tu. Kedai tu kt Holiday Plaza Johor Bahru. Orang JB just panggil HP je. Memang banyak kedai handphone kt HP ni. Ala2 Sg. Wang kt KL tu.

Di sebabkan bakal adik ipar aku ni da pernah survey satu HP untuk cari handphone yang murah, so kami terus shoot pg ke kedai PT Telecommunication. Mmg harga yang di tawarkan agak murah dari kedai yang lain.

Si bakal adik ipar aku berkenankan E52, tapi xde stok pulak. So, dia pon amik E72. Pergghh... Ori pulak tu... Aku beli enpon ape? Hurm... berkira2 jugak kt kedai PT tu. Siap pinjam calculator tokey tu lagi... Dengan menahan nafsu aku ni, aku pon beli E71... Outdated sikit compared to E72. En. combat pulak grab sebijik enpon nokia C5. Model ni agak baru... Lastly aku belikan sekali enpon untuk emak aku... Sebab enpon mak aku tu pon ala2 hidup segan, mati tak mahu. Siap mak aku cucuk2 ngn pen lagi bila nak tekan. Tak sampai hati aku tengok.... So, aku decide grab nokia 2690. Asalkan bole msg & make calls. Jadi lah...

Haaa... satu malam siap aku grab 3 bijik enpon terus... Total perbelanjaan pada malam itu ialah RM 770 + RM 520 + RM 250 = RM 1,540.00 tunai... Aku belikan mereka seikhlas hati atas rezeki bonus pada tahun ini... Semoga menggunakan pemberian aku ini dengan cermat....


Handphone kami!

Ini aku punya...

Ini en combat punya...

Ini emak punya... Tinggal kotak jer...

2 comments:

Ads