Tak banyak aku buat post pasal condition kandungan aku ni. Nak cerita ape. Baby dalam perut so far ok jer. Alhamdulillah. Itu yang penting kan? So far aku dah lepas 1st & 2nd trimester. Dah masuk 3rd trimester pon. Maknanya tak lama lagi nak due.
Before this, aku just check up kat KK Tampoi jer. Cepat & murah. Hehe, lagipon member2 mak aku ada kat situ. Bole mintak tolong. But last week aku da start check up kt Perdana Specialist Maternity Centre under supervision O&G Dr. Mohd Isa. Haiya, janggal jugak kalo selalu nurse jer yang check perut. Tapi kali ni Dr. lelaki pulak. Nak buat cmno?
Sebab utama aku pg ke Perdana Specialist ni sebab aku nak bersalin dengan bantuan epidural. Mostly kat Private Hospital kt JB ni kosnya mahal2 belaka. Tapi kt sini paling murah so far. About RM2k jer. Okey lah tu ekk? In case aku kene bersalin c-sect pon kos less that RM4k. Still reasonable & within budget as compared to Kempas Medical Centre, Puteri Specialist, Regency Hospital or even Hospital Penawar.
En. combat pon agree jer & tak bnyak cekadak bila aku ckp nak bersalin kt situ. Masa deliver Syahmi dulu kt HSA. Kos memang lah murah. Tak sampai RM50 pon. Pulak time tu dapat epidural. So, kali ni aku pon memang tak bersedia nak bersalin secara normal tanpa apa-apa bantuan. Aku tahu sakit teramat sangat... Tu yang tak rela tu... Hihihi... Mak aku sebagai misi pencen pon agree jer dengan keputusan aku. Asal bahagia dia cakap.
Eh, eh. Panjangnya intro.
Actually, ape yang aku risaukan ialah berat badan aku yang naik mendadak sekarang nih. Puas kene bebel dengan Dr. Isa. Before posa pada 26 July 2011 berat aku 80kg. Sebulan kemudian, turun ke 78.5kg. Mungkin sebab posa kot. Then after raya, berat naik mendadak ke 84kg. Whoaa.... Banyak betol makan kt open house. At last doc aku kene buat MGTT sebab Dr. suspect aku ada kencing manis. Wait n see je lah result nya minggu depan.
Baby.
Baby dalam kandungan tiada masalah. Sebulan lepas 14 August berat sekitar 1082g (2lb 6oz). Then pada 18 September dah naik sebanyak 1 kilo. Syabas... Anda membesar dengan jayanya... 2053g (4lb 8oz). Jantina pon telah diketahui. Dr. Isa yang sibuk bagitau padahal aku tak tanya pon. Cuma aku akan announce bila dah selamat deliver nanti.
Baby position for the last check up, kepala berada di atas. Dia main pusing2... Kejap kat atas, kejap kat bawah. Hopefully bila nak due dia berada pada kedudukan yang betul. Insya-allah.
Sharing is caring. Doa semasa hamil.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
No comments:
Post a Comment