Ads

Monday, August 22, 2011

Jalan-jalan Shopping Sakan

Musim raya kebanyakkan orang akan soping gila sakan ekk? Kesian pada mereka yang tak diberi bonus or duit raya oleh boss. Nak raya mcmne lah...? Raya dengan ala kadar jer. Kasihan bukan pada mereka yang banyak duit tu. Kalo banyak duit, tak dapat bonus pon takpe... Ni pada mereka yang berpendapatan rendah & mempunyai tangunggan yang ramai. Aku selalu di ingatkan oleh en. combat kena banyak2 bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Syukur alhamdulillah, tiap-tiap tahun company aku ada bagi bonus sebelum raya. So, duit tu lah yang aku spent untuk belanja raya & lain-lain hal.

Eh, berceramah pulak aku nih. Actually semalam pg ke Jusco Tebrau City. Punye lah ramai umat manusia bersoping sakan. Aku tak soping pon sebab da beli barang sikit2 aritu. Kiteorang just jalan2 & masuk ke outlet Ogawa di Jusco Tebrau.

En. combat lah yang paling syokk sekali bila dia diurut oleh kerusi-kerusi tuh. Macam tanak turun. Sedap sangat agaknye. Aku...? Cume melihat jelah. Orang pregnant mana boleh guna kerusi tu. Di larang keras! Last-last lepas berbincang dengan en. combat, dia pon agree untuk beli satu! Yeay! Tapi aku start guna kerusi tu after delivery lah. Hurmm... lambatnyer...


 


En. Combat yang excited beli kerusi urut time raya!


Syahmi yang keletihan bila dia puas pusing-pusing outlet tu







Aku yang keletihan menunggu...

1 comment:

  1. letih pn xpe, janji ade kerusi urut tu...ehehe

    ReplyDelete

Ads