Ads

Monday, August 22, 2011

Jalan-jalan Shopping Sakan

Musim raya kebanyakkan orang akan soping gila sakan ekk? Kesian pada mereka yang tak diberi bonus or duit raya oleh boss. Nak raya mcmne lah...? Raya dengan ala kadar jer. Kasihan bukan pada mereka yang banyak duit tu. Kalo banyak duit, tak dapat bonus pon takpe... Ni pada mereka yang berpendapatan rendah & mempunyai tangunggan yang ramai. Aku selalu di ingatkan oleh en. combat kena banyak2 bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Syukur alhamdulillah, tiap-tiap tahun company aku ada bagi bonus sebelum raya. So, duit tu lah yang aku spent untuk belanja raya & lain-lain hal.

Eh, berceramah pulak aku nih. Actually semalam pg ke Jusco Tebrau City. Punye lah ramai umat manusia bersoping sakan. Aku tak soping pon sebab da beli barang sikit2 aritu. Kiteorang just jalan2 & masuk ke outlet Ogawa di Jusco Tebrau.

En. combat lah yang paling syokk sekali bila dia diurut oleh kerusi-kerusi tuh. Macam tanak turun. Sedap sangat agaknye. Aku...? Cume melihat jelah. Orang pregnant mana boleh guna kerusi tu. Di larang keras! Last-last lepas berbincang dengan en. combat, dia pon agree untuk beli satu! Yeay! Tapi aku start guna kerusi tu after delivery lah. Hurmm... lambatnyer...


 


En. Combat yang excited beli kerusi urut time raya!


Syahmi yang keletihan bila dia puas pusing-pusing outlet tu







Aku yang keletihan menunggu...

Wednesday, August 10, 2011

Shaklee Omega Guard

Dah masuk 2nd trimester ni, aku dah mula makan makanan untuk tumbesaran otak baby. So, aku memilih Shaklee Omega Guard dari Shaklee. Thanks to fiza dengan service begitu pantas sekali. Order hari isnin, hari selasa courier dah antar.

Masa 1st baby dulu aku makan PB neurogain. Itu pon sebab kakak ipar aku buat checkup kt private hospital & doctor dia bagi neurogain tu. Dia pulak tak makan. Aku lah yang tukang abiskan.
Aku as usual lah. Checkup kt klinik kesihatan jer. Manalah dia bagi fish oil ni.A bit pricey supplement ni. So, kalo nak kene beli sendirilah. But since dah makan supplement dari Shaklee n berkesan dengan tubuh badan aku, aku continue jer amik fish oil cap Shaklee jugak.


 Ape kebaikan Fish oil capsule ni untuk wanita mengandung?
Ni aku copy paste dari sini.
"Eating oily fish and seeds in pregnancy can boost children’s future brain power and social skills, research suggests...A study of 9,000 mothers and children in Avon, England suggested those who consumed less of the essential fatty acid Omega-3 had children with lower IQs. These children also had poorer motor skills and hand-to-eye co-ordination, research in the Economist said".

Apepon, aku hanya berusaha & cuba beri yang terbaik. Sape yang tak mahu anak kita cergas & cerdas kan? Zaman sekarang anak-anak makin cerdik & bijak.
Tapi semuanya di tangan Tuhan. Kite sebagai hambanya perlu redha dengan segala pemberiannya...

Tuesday, August 9, 2011

Terlupa our 3rd Anniversary


Semalam bila aku blogwalking kat ili's blog, baru aku terperasan yang aku terlupa untuk wish or even celebrate our 3rd anniversary pada 3 August 2011 aritu. Bole ker terpula anniversary sendiri? Yer, memang boleh! Sebab aku tak mark kat kalander, kat organizer or kt iphone pon. Lagipon time tu aku tengah sengketa dengan en. combat sebab dia tak pasal2 marah aku. Geram gue! Memang beberapa hari aku tak bercakap dengan dia laa...

En. combat cmne pulak? Hurm... Biasa lah lelaki... Dia mana hengat anniversary cmni. Dia sibuk ingat roadtax dia mati bila... Driving license mati bila... Dateline kerja... Itu je lah yang dia amik pott.. Tapi ada jer sesetengah lelaki yang ambil berat pasal anniversary ni kan? Nak jaga hati isteri katakan. Ohw, so sweet...

Apepon, aku nak mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-3 kepada diri sendiri & sang suami. Semoga tabah dalam melayari hidup berumahtangga... Semoga sabar melayang karenah aku & en. Syahmi & baby yang akan lahir pada bulan 11 nanti. Sian en. combat. Masak lah dia nak layan kiteorang sumer. Nasib badan...

Kay you all... Tetap nak tepek gambar2 time kahwin dulu. Ni time 03.08.08. Yang belah suami 09.08.08 xde lah pulak. Puas aku korek. Enjoice!!

 Lepas nikah

First time bermake-up tebal & ber-contact lens bagai...

 Macam kat pasar malam. Ada 10 jenis air tak silap aku. Sume free.. Tuan rumah bayar.

 Kek! Hurm, aku makan sikit jerr

Thursday, August 4, 2011

Conquer sorang-sorang!

Lihatlah gelagat en. Syahmi yang syok sangat makan aiskrim B&R. Finally aku dapat pon beli masa 31st July aritu. Kali ini aku tak teragak-agak. Terus beli size half-gallon. Nasib baik queue tak panjang. Tapi choice of ice-cream tak banyak sangat. I mean, kebanyakkan ice-cream yang aku suke xde lah pulak. Ngelat betol B&R nih!

1hb August tu pulak dah start puasa. Aku pon kene lah tahan nafsu nak makan. Dapat rasa time berbuka jer. Tapi Syahmi yang makan lebih. Padahal sebelum tu aku da suap dah kat dia. Pastu dia merengek lagi mintak ice-cream.


Bukan main lagi!


Ngapp!


Tak toleh kiri kanan dahh!


Yummy!

Ads