Ads

Wednesday, March 16, 2011

A Diaper Cake; I made It!

Selepas terfikir-fikir ape nak di beli untuk member opis aku, Puan Erin. So, aku decide untuk beli barang2 & then decor. Browse punya browse, surf punya surf, finally aku terjatuh chenta dengan Diaper Cake ni.

Actually, diaper cake ni mmg meluas di beri pada during baby shower event and kt UK or US memang ni style diaorang bg pada baby baru lahir. Cuma kat Malaysia agak jarang jumpe. Mebbe xde jual kat pasaraya kot. So, ramai orang tak tahu. Yang paling banyak kt JUSCO or any pasaraya ialah baby stuff yang berbalut plastik macam hamper tu.

So, diaper cake is one of the alternatif.
Mari menjamu mata melihat hasil kerja tangan ku... Ambil masa seminggu jugak nak siapkan. Asyik terbantut sebab en Syahmi suka baling2 diaper yang aku dah gulung2 tu.
























A  diaper cake ingredients:-

1 pc Bright Starts License to Drool Rattle
1 pc Bath Towel
1pc Johnson Baby Colonge
1pc Johnson Baby Lotion
1pc Johnson Baby Shampoo
1pc Johnson Baby Powder
1pc K's Kids Wayne Funky Stroller Pal
1 pc Fleece Blanket
1 pc Fleece Blanket
2 pcs Pettanko Chan (Hypo & Monkey)
1pc Romper George Baby Organic
1pc Romper Old Navy
1pc Romper Baby Gap
3pcs Socks
61 pcs Diaper
1 pc GUESS Shoes

Anyone interested? Hehe...
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 15, 2011

Fish

Antara word yg paling awal Syahmi pandai sebut ialah 'Fish'.
So, dia memang penggemar ikan selain daripada kucing.
Hari2 bila balik dari rumah pengasuh, dia akan pg ke menjenguk ikan2 puyunya...
Then, dia tunjuk ke arah makanan ikan. Konon2 nak bagi ikan makan lahh...



Syahmi n ikan puyu nya...
Syahmi: Sabar ye fish, nanti saya bagi awak makan. Sian awak lapar



Aku memang tak kuasa nak melayan dia time dia nak feed fish.
So, tunggu en combat balik laa... Baru dia ada chance nak bagi ikan makan...
Ikan makan sikit jer... Tapi kalo syahmi yg bagi...
Paham2 jelaa banyaknyer...



So, di sebabkan aquarium ikan puyu tu ala2 jerr.. So, kiteorang decide beli aquarium yang lagi santekk..
Malam2 jugak pg beli. Syahmi punya pasal.
Sebab malam2 dia mengigau asyik sebut fish jerr...



Pilih2 dulu ikan mana yang nak dibela...
Beli ikan murah2 jer untuk beginner...
Kalo mati pon tak ralat sangat..




So, inilah hasilnyer... Beli ikan 1 RM 1 jerr..
Beli 10 free 2 ekor...
Sampai tertido kiteorang tunggu en. combat siapkan aquarium tu...



 Aquarium kiteorang letak kat bedroom.
Sebelum tido, memang Syahmi akan menjengah fish2 dia...

Pesanan untuk Syahmi:
Jaga ikan bebaik tauu...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 11, 2011

Megamac

Aku kuat makan betul lately... Balik kerja mesti cari2 nak makan ape. Padahal pg da amik breakfast, lunch pon da pekena nasi ayam penyat laa, nasi campur laa, nasi ayam. Tapi balik pukul 5 gitu mesti ingat nak makan. Hehe... Makan lah selagi terdaya kan?

So, aku decide nak mcd jer.. Sebab ada drive thru. Tak payah nak turun kereta, matikan enjin n bla, bla, bla.. Lagi2 ada si kecik tu... Takkan nak tinggalkan dia sorang2 dalam kereta pulak. Thanks to McD drive thru. Sonang bagi ibu2 mcm aku.

Menu pilihan ialah....

MEGA MAC!

Paling kuat aku makan big mac. Tapi tu lah, as told earlier, aku terkuat makan sikit lately, aku terus choose mega mac. Takde ape beza ngn Bigmac, just ada double beef at every layer. So, aku makan 4 pcs beef lah...Berapa banyak kalori laah tu... Untuk Syahmi, aku belikan dia Happy Meal Chicken Burger set jer... Tapi dia lagi prefer makan fries tuh...



Santapan petang...



Makan sambil tengok tv



Haiiippp....



Syahmi tengah usha Megamac



Tapi Syahmi punya Chicken burger jerr..



 Yummy...
- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 9, 2011

Penyakit kanak-kanak dan vaksin

Hai mommy out there....
You all dah dapatkan vaksin untuk your little one? It is important, ok!
Syahmi punye turn dalam sebulan lepas when he reaches 18 months. Aku amik kt Klinik Kerajaan jer coz my mom one of ex-nurse kt Klinik Kesihatan Tampoi. So, just mintak tolong colleagues dia untuk potong queue coz i'm in hurry.
Malas nak amik cuti (kedekut cuti). Hahaha...

Ini copy paste info untuk semua. Dari baby centre.
Kementerian Kesihatan mengesyorkan vaksin kanak-kanak untuk 11 penyakit berjangkit.

Semua bayi yang dilahirkan di Malaysia ditawarkan BCG (yang melindungi daripada tuberkulosis) semasa lahir dan juga vaksin hepatitis B. Yang lain ditawarkan secara rutin kepada setiap orang bayi sebagai sebahagian daripada program vaksin prasekolah. Bacalah dengan lebih lanjut tentang vaksin-vaksin ini dan penyakit-penyakit yang dilindungi.


Difteria

Difteria lebih mengakibatkan kerongkong. Ianya disebarkan melalui titik-titik dari hidung atau mulut dan, jika komplikasi berlaku, boleh menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan kepada jantung dan sistem saraf, dan kemungkinan maut. Tempoh inkubasi ialah antara dua hingga enam hari.

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia :Ia diberi melalui suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin tetanus, batuk kokol, polio dan Hib.

Ianya diberikan semula:

Influenza haemophilus jenis b (Hib)

Organisma Hib menyebabkan simptom-simptom yang menyerupai influenza seperti sakit tekak, infeksi dada dan infeksi telinga. Tetapi komplikasi-komplikasi, seperti meningitis atau tekak tersumbat (epiglotitis) boleh diperolehi, dan vaksin tersebut diperkenalkan atas sebab ini.

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia:Ianya diberikan melalui suntikan. Suntikan-suntikan ini juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, polio dan batuk kokol. Ianya diberikan semula pada usia 18 bulan.

Campak

Campak dahulunya adalah penyakit kanak-kanak yang paling meluas. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari dan infeksi berlaku melalui titik-titik dari mulut atau hidung. Ia mungkin bermula sebagai selesema yang teruk dengan katar yang banyak dan demam. Ruam akan timbul selepas dua hari. Komplikasi adalah perkara biasa dan melibatkan bronkitis, bronkiolitis, infeksi telinga dan krup. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, komplikasi serius mengakibatkan sistem saraf, seperti ensefalitis.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin campak di sekitar usia 12 bulan. Ia diberi melalui suntikan dikenali sebagai MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin beguk dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan antara usia enam dan tujuh tahun.

Beguk

Beguk ialah satu penyakit virus, yang boleh menyebabkan bengkak besar di sekitar pipi dan leher. Tempoh inkubasi ialah antara 14 hingga 21 hari. Komplikasi termasuk meningitis, pekak, ensefalitis dan radang testes (buah pelir) bagi kanak-kanak lelaki, yang boleh menjejaskan kesuburan secara kekal.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin beguk sekitar 12 bulan. Ianya diberikan melalui suntikan yang bergelar MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin campak dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.

Polio

Virus polio menyerang tisu saraf dalam otak dan spina korda, dan kadangkala menyebabkan lumpuh. Ianya sering ditemui di negara-negara membangun, tetapi jarang sekali di Malaysia. Ianya dipindahkan melalui sentuhan dengan najis, mukus atau air liur orang yang menghidapnya. Tempoh inkubasi berbeza iaitu antara tiga hingga 21 hari.

Vaksin polio dimasukkan juga dalam suntikan DTaP/IPV/Hib, yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, Hib dan batuk kokol. Ianya diberi kepada bayi pada usia:. Ianya diberikan sekali lagi:
  • pada 18 bulan
  • dalam suntikan penggalak prasekolah
  • 12 tahun

Rubela

Rubela adalah pada umumnya penyakit yang ringan dalam kanak-kanak menyebabkan demam, ruam dan bengkak kelenjar. Ia mempunyai tempoh inkubasi antara 14 hingga 21 hari dan komplikasi bagi kanak-kanak itu jarang berlaku. Walau bagaimanapun, jika seorang wanita dijangkiti rubela semasa hamil antara lapan hingga 10 minggu, kesan ke atas bayinya yang belum lahir itu boleh menjadi betul-betul serius: bayi boleh dilahirkan cacat pendengaran, cacat penglihatan, masalah jantung dan/atau kerosakan otak.

Kanak-kanak ditawarkan vaksin rubela di usia 12 bulan. Ia diberi sebagai sebahagian vaksin MMR, yang juga mengandungi vaksin beguk dan campak. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.

Tetanus

Simptom-simptom tetanus (kadangkala dikenali sebagai kancing dagu) adalah spasma- spasma kontraksi otot yang sangat sakit. Penyakit ini boleh membawa maut.
Ianya mempunyai tempoh inkubasi antara empat hingga 21 hari. Organisma yang menyebabkannya boleh didapati dalam tanah dari mana luka-luka yang kotor boleh mendapat infeksi. Ia juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan. Pekerja ladang dan tukang kebun mudah dijangkiti.

Anak anda akan ditawarkan imunisasi ini sebanyak enam kali. Ianya diberikan pada usia:Ia juga diberikan dalam suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, batuk kokol, polio dan Hib. Ia kemudian diberikan sekali lagi:
  • pada usia 18 bulan
  • antara empat dan enam tahun
  • semasa usia 12 tahun

Batuk kokol (pertusis)

Penyakit yang senang menjangkit ini dipindahkan melalui titik-titik air dari hidung atau mulut. Tempoh inkubasi ialah antara tujuh hingga 10 hari. Ianya bermula dengan cara yang sama seperti selesema, tetapi apabila ianya maju, spasma batuk menjadi semakin teruk. Bunyi "mencungap-cungap" batuk itu berlaku apabila pesakit menarik nafas antara episod batuk. Simptom-simptom yang tidak menyenangkan ini boleh berlanjutan untuk beberapa minggu. Kes-kes yang teruk boleh menjadi lebih rumit dengan adanya pneumonia, muntah-muntah dan turun berat badan, dan, lebih jarang lagi, cedera otak dan kematian. Bayi muda paling berisiko.

Bayi ditawarkan vaksin pada usia:Ia diberi dengan suntikan, yang juga mengandungi imunisasi bagi difteria, tetanus, polio dan imunisasi Hib. Ia juga diberi di usia:
  • at 18 bulan
  • dalam suntikan penggalak prasekolah
  • pada 12 tahun

Papilomavirus manusia (HPV)

Virus papilomavirus dikenali sebagai penyebab pertama kanser serviks. Vaksin baginya melindungi daripada dua jenis HPV, iaitu virus yang menyebabkan 70 peratus daripada semua kanser serviks.

Vaksin ini ditawarkan kepada semua pelajar perempuan di Tingkatan Satu dan hanya diberikan kepada pelajar jika ibu-bapanya memberi izin. Budak perempuan yang tidak di sekolah ditawarkan vaksin ini pada umur 13 tahun.

Hehe, ni pulak gambar kiteorang...


Me and Syahmi kt KK Tampoi.
Punya lah ramai orang




Tok mak and her friends. Thanks Mak Yam



Sabar menunggu..
Yang free mmg ramai jerr




Hehe, important!
2nd Ubat cacing untuk Syahmi


 Syahmi jumpe kawan.
He's so friendly..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ads