Ads

Saturday, July 31, 2010

Flashback kelahiran Syahmi

Arini, aku ingin bercerita tentang my 1st little hero yang bernama Muhammad Syahmi Iman. Lately suke sgt cerita tentang dia sbb dia baru sahaja menjangkau umur 1 tahun. Menyorot kembali kisah-kisah lama, aku teringat saat-saat mengandungkan dia... Sangat indah! Aku tiada morning sickness yang teruk sangat. Muntah-muntah tu ada lah. Tapi sikit-sikit je. Itu pun pada first trimester jer.

Masuk 2nd trimester, pada bula brape ntah, atok aku meninggal... So, aku sempat la jumpe sedara mara jauh. Diaorg mcm tak percaya bila aku kata aku mengandung 6 bulan. Mungkin sbb aku ni agak tinggi orangnya, jadi perut aku nmpak kecik.

Then bila 3rd trimester, aku da sibuk cari barang-barang baby n cari nama anak. Memang time tu kuat sangat berjalan. Larat lagi pg satu kedai ke satu kedai untuk window2 shopping. Lagipon, takkan nak bermalas-malasan kan? Tentang nama anak pulak, en combat nak bagi nama yang ada kena mengena dengan maksud berani sbb anak sulung. Aku pon belek-belek laa nama yang aku da download dari internet. Yang jumpa cuma nama Syahmi yang bermaksud mulia, berani & bijak. Masa dia dlm kandungan, aku selalu panggil nama tu pd dia. Dia pulak selalu respond! Itu yang lekat nama Syahmi sampai dia lahir. 'Iman' pulak memang aku suka sangat nama tu. Aku plan nak jadikan sebagai nama keluarga. So, setiap adik beradik Syahmi, akanku maintain nama Iman dia penghujungnya baik lelaki atau perempuan. Insya allah.

Tanggal 23 July pada jam 5.25 pm, lahir lah Syahmi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Aku melahirkan Syahmi dengan bantuan epidural. 3 kali teran, alhamdulillah dia pon keluar...
Macamana aku bole dapat epidural di hospital kerajaan dengan caj tak sampai RM 50? Itu aku kira rezeki. Aku pon tak tahu. Bila doktor suggest aku nak amik epidural tak? Aku pon angguk jer.

Tapi untuk 2nd baby nanti, aku masih belum bersedia untuk bersalin secara normal tanpa bantuan epidural. Sanggupkan aku mengeluarkan belanja yang banyak untuk bersalin di hospital swasta? Tunggu je masanya nanti. Apepon, saat kelahiran adalah saat yang terindah walaubagaimana cara sekalipun.

Syahmi Iman: Newborn up to 11 month

No comments:

Post a Comment

Ads