Ads

Tuesday, April 17, 2012

Ke Johor Premium Outlet

Orang lain dah berpusu-pusu ke JPO ni. Aku & family baru nak datang ke sini. Ntah macam mana hati tergerak nak datang. Mebbe sebab most of my friend dah sampai kot. Macam best je citer diaorang. Tak jauh pon daru rumah my mom. Lalu highway, bayar lebih kurang RM3 sekali perjalanan dah boleh sampai. Duration travel lebih kurang 15-20 minit. Bayar parking kat sini flat rate RM3 sekali masuk. Not bad jugak lah parking kat sini. Luas & banyak parking space. Tak payah rebut2....

Last 2 weeks gitu, kiteorang ke JPO. Actually en combat yang poyo sangat nak pg sini. Mesti dia teruja nak tengok design building & ID tempat ni. Tempat ni kira besar jugak lah. Orang ramai pon tak terasa. Kiteorang tak masuk sumer boutique. Ntah macam-macam jenama kat sini. Tak pernah dengar pon ada. So, tengok poket & tengok dari luar jer barang-barang tu, k?



En combat, Syahmi, Cik Anis & Safiyyah duduk santai-santai kat bench JPO. Menikmati coklat hersyes yang di beli di Fidani.


Syahmi memang suka coklat...


Pastu kiteorang makan kat Heritage Thai.
Sebab baru lepas tengok Fara Fauzana makan Red Rubbies kat sini.
Not bad jugak lah. Time tu tekak aku tak beberapa sihat, so makan pon tak feel sangat..


Adik dengan topi baru yang di beli di GAP. Nasib baik murah. Terpaksa beli sebab time tu renyai-renyai sikit. Tak bawak topi untuk cover kepala dia...
Nyenyak dia tidur..


Me & my other half...


Bergambar sambil berlatar belakangkan building JPO.
Selain restoran, ada juga food court. Surau juga di sediakan. Sangat besar & selesa..



My teddy bear...



Syahmi yang terlebih makan manis. Tak reti duduk diammm...



Barang yang sempat di rembat oleh en. combat...
Niat asal aku ialah untuk membeli handbang baru bagi menggantikan handbag aku yang telah usang iteww...
tapi orang lain yang beria bershopping... Untuk aku, satu pon xde...
Not bad harga sepasang Timberland less than RM200...

Thursday, April 12, 2012

Artmate Kids : Footprint Kit

"Make your own cherished keepsake with baby's fingerprint and footprint impression! It is an unique, personalized gift for your family. As time passing by and children growing up, this kit, at any time you glace it, will bring you sweet smiles about those precious memories......"

Hmm... betul lah tu ape yang di perkatakan...
Actually aku dah lama beli kit nih. Dari tahun lepas lagi... Tapi tak jugak memulakannya. Bukannya susah. Ala-ala main tanah liat. Canai2 sikit n suh si kenit pijakkan atas white clay yang di sediakan tu. Baru tadi aku buat... Tak sampai setengah jam pon membuatnya....

So, sape2 yang ada baby tu boleh dapatkan nya dengan segera yer.
Aku tengok kit ni macam laku jer... Agak murah lah jugak. Price RM34.95. Aku beli kat toysrus Jusco Terbau City.



Ini rupa box dia.. Ada 2 colour frame.
Black & White. Tapi aku pilih kaler White lerr...



Cik Safiyyah Imani right side foot print.
Nasib baik muat tadi... Ngam-mgam jer...
Patut buat time newborn aritu.
Nak buat cmno, makcik lupo...



Particulars. 
Nanti Safiyyah dah besar kompius pulak. Padahal buat time umo almost 6 month.
Kenapa besar sangat saiz tapak kaki dia..
So, bila dah tulis ni, dah terang lagi nyata lah....



My little one chubby feet.
Aiyoyo... Susah mau cari kasut cmni...



Ini lah gerangan empunya kaki tadi...
Proportion lah kan? Kaki chubby, pipi pon sama...

Wednesday, April 11, 2012

Won Conso Dew More Win More Contest

Sejak akhir-akhir ni, aku rajin sangat masuk contest yang di anjurkan oleh pelbagai company. Tak kira lah contest kat magazine ker, facebook ker, kena antar resit dsb. Tapi kadang-kadang aku selective jugak lah. Kalo contest tu lucky draw based, aku suka jer. Laju jer tangan nak isi contest form. Tapi kalo slogan based, liat sikit lah. Aku kena perah otak sikit nak tulis-tulis slogan ni. Ala-ala tak beberapa pandai gitu...

Semalam pagi, aku gatal-gatal tangan bukak website contest mountain dew ni. Sampai sekarang dah week 5 dah dia announce winner. Nama yang aku submit tak ada lagi pon sebagai winner. Agak frust jugak lah sikit. Sebab aku da start antar form dari week 1 lagi. 1 nama pon tak sangkut. Then, slowly aku scroll & perhatikan satu per satu nama winners yang bertuah tu. Alangkah terkezutnya aku bila nama pakcik aku naik as 1 of conso winners untuk week 3.



See.. Nama Rosli Bin Abdullah
Syukur alhamdulillah...

Tak kisah pon even memang conso jer sebab dia bagi cash. Instead of menang skateboard. I dont need that ok. Aku terus bgtau pakcik aku pagi tu  jugak. Remind dia kalo ada orang call. Nanti dia blurr pulak. Anyway, thanks to pakcik rosli. Nanti angah agih-agih wang tu yer.

Then, smlm petang jem time nak balik. Aku scroll lagi tengok winner week 4 pulak.
Lagi sekali aku terkejut berok bila nampak nama en. combat pulak as a conso winner jugak. 
Hooray.. So, total winning is RM600. Ngeh ngeh ngeh... Selamat duit poket ummi.. Aku plan nak belikan bracelet untul Safiyyah. Tapi cash ni belum dapat lagi pon. Nampak nya kene pakai duit aku dulu jugak tu...



See... Nama en. combat Muhammad Yuzir Kamiron
Tak sangak betul! Syukur alhamdulillah...
Pada sesiapa yang nak join, masih ada masa lagi. Contest ni sampai 15 April 2012.

Won La Gourmet worth RM500 from Jacobs Malaysia

Lagi sekali, kemenangan yang tak di sangka-sangka. Menang betul-betul tak menduga aku akan jadi pemenang, even conso winner. Contest yang di anjurkan oleh Jacobs Malaysia. Kena beli biskut Jacobs dan dapatkan mata 10. Pastu pergi ke facebook & antar entry samada video, photo or story. Aku just antar satu story jer. Aku karang-karang pon dalam masa yang pendek. Terkejar-kejar menghadap laptop ni dengan Safiyyah & Syahmi yang macam-macam ragam tu. Cerita aku simple jer tentang bagaimana ibu ku yang menjadi inspirasiku & aku kait kan dengan cerita biskut jacobs tu.

Hadiah pon belum collect lagi. Takkan nak pg Kelana Jaya tu kot. Jauhnyer.. Sms kemenangan pon baru aku dapat isnin aritu. Nanti aku nak contact organizer mintak dia arrange kan untuk pos hadiah kat aku yang berada di Johor nih.


Could you see my name?
No.30 Nur Fain

Aku memang suka kalo dapat kitchen appliances ni. La Gourmet aku selalu tengok kt Jusco. Barang mahal & berkualiti. Tak sangka pulak boleh dapat free. Modal constest tak sampai RM20. Syukur pada Allah atas rezeki yang diberikan ini.

Ads