Ads

Friday, June 17, 2011

Kemaruk beli kupon!

Perempuan, mana yang tak suke shopping kan? Tak dapat shopping barang-barang mahal, beli yang murah-murah pon jadilah... Tak dapat beli walk in, beli online pon bole jugak! Hehehe, sememangnya tabiat yang satu ini tidak boleh dipisahkan.

Lately, aku suke sangat bukak website mydeal.com, groupon, milkadeal & everyday.com.my. Rupa-rupanya kat sana banyak sangat penjualan kupon-kupon pada harga yang murah. Ini salah satu teknik marketing yang bagus & terkini! Tapi sebelum korang proceed untuk beli ape-ape, kene baca dulu T&C sesuatu deal tuh. Jangan main bantai beli jer bila dah nampak murah.

Last 2 weeks, kat mydeal ada jual tiket movie TGV berharga RM15 untuk 2 tiket. Maknanya RM7.50 seorang. Aku & en.combat memang jarang pergi tengok wayang... Tapi, bila dah nampak murah mcmtu, aku terus beli 4 kupon sekaligus. Sebab adik beradik aku tu pon sibuk taknak melepaskan peluang. Tapi sampai sekarang aku belum guna lagi tiket wayang tu. Mostly kt wayang sekarang sumer PG13 jer, nak tengok citer Super 8 pon PG13 jugak. Cmne nak bawak Syahmi?

Ni ha kupon aku yang terbengkalai...

Tak guna lagi kupon TGV tu, aku beli pulak kupon Steamboat Buffet Dinner kat New York Hotel. Murah jer RM11.60 per person. Beli 2 kupon tak sampai RM25 pon.

Hurm, kalo kt KL lagi banyak kot kupon-kupon yang murah nih. Aku menggila lah aku nak membelinya..

Thursday, June 16, 2011

Syahmi minat memasak ker?

Bak kata pepatah "mana tumpahnya kuah kalo tidak ke nasi"...
Pergi IKEA lagi last week. Kebetulan memenuhi jemputan bapak saudaraku yang menerima menantu di Bangi. Lepas tu, kiteorang terus shoot ke IKEA. Nak ke mana lagi. En. combat pulak memang malas nak ke shopping complex e.g. Midvalley or KLCC. Dia lagi prefer IKEA.

Last minute plan. Aku adik beradik terus ke sana. Adik aku a.k.a Cik Ude memang tersangat lah suke. Sebab dia sorang jer belum pernah jejak kaki ke IKEA. Lagipon dia nak borong item untuk rumah barunya itu. Dengan duit berkepuk-kepuk dalam dompet tuh. Ntah ape dia beli. Aku pon tak tahu...


Balik ke cerita asal...
Masa jalan-jalan ke showroom tingkat atas IKEA tuh. Sampai ke section kitchen, Syahmi dah bising2. Suh en. combat turunkan dia dari dokongan. Dia cakap "Ayah, Syahmi nak masak!!! Syahmi nak masak!!!". Banyak kali dia cakap mcm tuh. Kuat pulak suara... En. combat layan kan jugak lah. Kasi dia pegang periuk2 kat situ sekejap. Then kiteorang move ke section lain. Tapi dia macam tak puas main jer. Cian Syahmi...

Then, bila sampai ke section Children's IKEA, kiteorang terus lepaskan dia untuk main. Ada display set ala-ala kitchen cabinet complete dgn sink & periuk segala.. Dia kusyuk sangat main kat situ. Masak ape ntah. Yang aku nampak dia letak softtoy tikus, timun dalam periuk tuh. Pastu dia basuh, then dia masuk balik dalam periuk. Kelakar pon ada...

Yang aku perasan, kat situ semuanya girl jer yang main. Syahmi sorang jer boy & dia yang paling muda... Haha.. Minat dengan masak-masak ker? Mungkin ikut perangai en. combat yang suke masak. Aku bukan tak suke masak. Tapi aku masak untuk breakfast & resepi yang aku pandai jer.. Nak masak Nasi Beriyani ker, Nasi Ayam ker, belum terror lagi. Kalo tak menjadi kang, sebakul komen aku dapat dari en. combat. So, better dia jer yang masak. Sebab bila dia masak, aku tak bnyk komen. Ala-ala appreciate ape yang dia buat. Baik tak aku? Haha...

Mari kita tonton wajah-wajah ceria Syahmi Iman...
 Muka ceria Syahmi main masak-masak.
Susah betul nak snap gambar dia sebab tak reti duduk dia.
Terlalu excited kot dapat masak..

 Khusyuk... Masak sedap2 ehh...

 Kena wash dulu...
Ala, la, la... Pandainye dia...

 Kalo ada rancangan Junior Masterchef Malaysia,
Aku registerkan nama dia...

Finally, gambar bersama Ummi..

Wednesday, June 15, 2011

Ole-ole from MeadJohnson

Last week aku terkejar-kejar lagi pergi postlaju office sebab dapat chit dari postman kat post box umah aku. Ada parcel untuk di tuntut. Aku ingat benda penting sangatlah... Dari PTPTN ke sebab dulu aku sibuk buat agreement baru based on ujrah tuh. Rupa-rupa dari Meadjohnson. MJ ni memang selalu bagi aku surat lah, barang-barang mainan lah, kad raya, invite pg parenting forum lah... Memang best. Promo-promo terbaru pon dia inform. Time pg forum diaorang tuh, mmg tersangatlah best. Even diaorang distributor susu formula, tapi diaorang still promote untuk breastfeed kan baby. Itu dah memang policy kan? Kat tempat forum tu pon xde jual susu formula. Memang diaorang ajak makan & dengar forum jer. Best-best...

Lagi satu, aku da email dah kt admin MJ. Kalo nak kirim parcel, silalah antar ke address office. Kalo kirim surat ke ape, bolelah antar kt address umah. Kang satu kerja pulak aku nak kene pg PO kutip parcel. Bila dah mengandung ni, makin tak larat dahh.. MJ pon respond ok jer bila aku bg instruction macam tuh. Diaorang mmg pro.

See, bukan main besar lagi parcel dari MJ kali ini aku dapat. Aku ingat mainan untuk Syahmi...
Rupanya sekotak susu Enfagrow Langkah 3. Syahmi dah tak minum dah susu Enfa ni. Dia sekarang minum susu Pediasure. Tapi aku simpan jer susu ni. Mana tahu bila dia dah muak ngn Pediasure, aku bagi balik susu Enfa kat dia. Hehe...


Kotak besar dari MeadJohnson



Enfagrow A+ 650gm



Susu Enfamama pon dapat 4 sachet

Ohw, rupanya MJ baru launch susu Enfagrow with increased DHA Level...
Susu enfamama pulak ada packaging baru. Aku belum start minum lagi. Tapi for sure aku akan beli setin susu Enfamama nih...

Friday, June 10, 2011

Pembelian buku paling banyak!

Tahun ni ada rezeki lebih buat aku. Tapi seperti biasa aku akan share dengan suamiku & anak2.
Tapi Syahmi dapat dulu. Yeay! Eleh dia bukan reti mintak ape2 pon. So, aku belikan dia buku sbb aku dapat lihat yang dia sangat suka baca buku. Ape2 jenis buku bergambar dia akan belek. Biasalah budak2 kan..? Lagipon sumer buku yang aku belikan dia dah ingat & bole baca. So, bagi buku-buku bergambar yang lain untuk tambah vocab dia.

Bila beli buku banyak2 nih, bole jugak lah tolong tambah-tambah kan pengecualian dalam income-tax aku nanti. Sebab company tempat aku kerja nih GLC company. Bila bagi banyak. Potong untuk LHDN & income tax pon banyak lah jugak...

Time aku pg Harris untuk beli buku-buku nih. Syahmi xde sekali. Kakak aku bawak dia pg Bodyshop. Kalo dia ada, memang aku tak bole memilih. Dia akan amik buku-buku & buat sepah pon ye jugak... Lagipon sekarang dia sudah pandai memilih buku. Buku sayur-sayuran dia baca sikit2 jer. Tapi bila buku 'Vehicles', 'Things that Go' or 'Transportation', hari-hari bukak & baca buku tuh. Bila aku bawak keluar dari Harris sebeban buku2 dia nih. Dia suke sangat2... Kat Jusco tu jugak dia suh ajar dia baca. Aku, en. combat & kakak aku pon layan gilir2 time kiteorang gi solat kat surau.

Dalam 9 buah buku aku belikan untuk Syahmi. Total tak sampai pon RM100. Mostly buku2 dia nipis2 jer. Senang dia nak pegang & bawa ke hulu ke hilir. Kalo buku yang tebal tuh mahal sikit tapi sebab ada 25% diskaun, dapatlah murah dari harga asal.

 Pembelian buku paling banyak setakat ini...
Semuanya untuk Syahmi... 
Guna cermat2 yer.. Nanti bole turun ke adik..

 Tak di lupa, mag Upin & Ipin. So far, baru ada 2...
Bulan depan beli lagi..
Sumer karakter dia dah kenal; Opah, Kak Ros, Jarjit, Meimei, Ehsan, Fizi & Mail.

 Koleksi buku-buku untuk si cilik ku...

Kite minum dulu...

Thursday, June 9, 2011

Makan-makan di D'Terrace

Cerita pasal makan lagi...
Jumaat lepas, aku, en. combat & Syahmi pi try makan BBQ & Steamboat buffet kt D'Terrace, Jalan Kolam Ayer. Ala, sebelah Mai Spa Beauty Centre. Kalo tak tahu jugak, sila lah mengoogle yer. Aku teringin sangat nak makan bbq & steamboat nih. Banyak jugaklah tempat aku survey nak pg makan. Mula-mula nak makan kt Restoran Rawa. Orang cakap kat situ sup & tomyam dia sedap. Steamboat dia pulak banyak pilihan. Tapi sijil kehalalan restoran itu di tarik balik oleh pihak JAKIM. Ishk, of course lah aku banned tempat tuh. Nak pergi makan mestilah tiada syak wasangka kan?

Then, plan nak makan steamboat kat Mount Austin pulak. Buffet style jugak. Harga dalam RM17.90 seorang. Tapi tak pergi2 pon. Kat situ pon not bad jugak kata kawan aku ni. Last-last dia suggest makan kat D'Terrace jer. Kiteorang siap telefon buat reservation lagi. Mana tahu kot-kot ramai pulak orang time tuh. Jenuh lah pulak nak menunggu. Tapi nasib baik pulak tak ramai. Tapi still panas wooo.... Kang bukak kipas kuat2 kang padam pulak api. Nak ber BBQ macamana?

Harga kat sini agak mahal sikit berbanding kat Mount Austin tuh. RM19.50 per person. Harga termasuk makan buffet, free flow drinks & dapat aiskrim. Not too bad lah jugak. Nanti try makan tempat lain lah pulak.

Seperti biasa mesti ada gambar model cilik nih.
Syahmi yang sedia menanti ayam, udang & daging yang tengah di bakar...

 Siap pakai bib lagi. Dia memang tahu kalo nak makan kene pakai bib!
Tak kuasa asyik nak bersihkan yg tumpah2 tu jer.
Last2, dia makan bubur.. Bubur pon ada... Sodap...

 Eh, lupa nak cerita. Aku pergi bersama dengan Si bujang Aizat & Fairus.
Opismate aku dua orang ni yang sangat rajin membakar.
Kalo dia takde, memang tak menang tangan lah en. combat...
Aku just duduk & layan Syahmi jer...

Ayam Blackpaper dia mmg mervellous...
Jenuh nak tunggu masak jelahh...

Wednesday, June 8, 2011

Makan Baskin Robin lagi!

Aritu dah cerita pergi makan aiskrim kan? Kali ni, pergi makan aiskrim lagi sbb aiskrim ialah kegemaran Syahmi sekarang nih. Lagipon last time masa mengandungkan Syahmi, aiskrim BR ialah favourite aku. Kali ni kali kedua mengandung pon sama. Actually bukan selalu pon makan aiskrim BR nih. Kadang-kadang jer. Paham2 jelah harga aiskrim tu kan. Harga double scoope dia dah bole dapat 1litre aiskrim Mat Kool or aiskrim Walls.

Kali ni pergi makan kat Tebrau City pulak last week. Sebernarnya aku nak beli handpack time 31 May aritu tapi en. combat pulak penat. Time tu kan hari bekerja. So, tak dapatlah aku pergi mana-mana outlet BR. Dalam hati dah plan nak beli handpack half gallon lagi. Tapi xde rezeki. Nak buat cmne.



Syahmi makan Double Junior Regular.
Flavour Black Forest



Makan pakai sudu



Yum-yum..



 Aku pon beli Double Junior Regular jugak.
Last time makan tak puas!

Last time beli Caramel Chocolate Waffle Sundae. Tak puas lah. Dapat 2 scoope jer. Harga RM20++. Kali ni bila amik Double Regular, bole try 4 ice-cream... Harga tak sampai pon RM20. Betul.. tak tipu.. Hehe.

Ads