Kalo da beranak pinak nanti, aku gilir-gilir buat entry. Hari Isnin anak No.1, Selasa No.2, Rabu No.3... Hehe, da melalut pulak aku nih... Berangan nak tambah lagi satu...
Ye laa, it's one of my resolution for this year.
Kali ini entry banyak gambar sikit berbanding semalam. Just nak share gambar2 Syahmi terpaksa breakfast dalam kereta gara-gara aku tak sempat nak breakfast kat umah.
Sebab ape tak sempat?
1. Aku selalu bangun lambat; bukan sampai tak solat subuh yer.
2. Perut aku pulak tak bole nak breakfast pagi2 dalam pukul 6.45 to 7.00am. Dah la bangun lambat, pastu terus2 nak sumbat makanan dalam perut. Silap2 perut pon terkejut & bole membuatkan aku memerut kat opis nanti.
3. Kalo breakfast kat umah, kene masak. So, better beli jer. Jimat tenanga aku sikit.
4. Pagi-pagi memang aku tak masuk dapur. Lauk Syahmi pagi2 nak bawak kerumah pengasuh pon en. combat yang sediakan. Kang kalo aku order sarapan ngn en. combat, melenting pulak dia. Hihi..
Lagipon tempat nak beli breakfast tu dekat dengan pengasuh Syahmi. Aku drop by kejap, belikan laa ape2. Selalunya aku bekalkan 2 jenis makanan untuk sarapan Syahmi (kuih muih & nasi lemak/ bihun). In case kalo dia tanak makan mee, dia bole makan kuih muih tu. Syahmi pulak memang tak sabar2. Time aku masuk jer dalam kereta, dia terus da cakap "Mumum... Mumum... Mumum..." Tanda nak minta makan. Pernah sekali aku tak bagi (sebab aku beli donut, takut bersemut dalam kereta), aku cakap tunggu samapi umah ibu dia baru bagi... Selama itu jugaklah dia merengek sambil membongkokkan badan nak amik plastik makanan yang aku letakkan kt dashboard kereta. Syahmi... Syahmi...
Semalam, pengasuh Syahmi report kat aku yg bihun kt situ kadang-kadang keras sikit. Mungkin kurang rendaman. Aku pon pernah terkena jugak. Tapi lepas 2-3 hari, bihun dia lembut blk. Nasib baik Syahmi punyai gigi yang penuh, so dia pon kunyah & kunyah.
Tapi sekarang, aku decide belikan Syahmi nasi lemak jer. Pengasuh dia bgtau Syahmi suka nasi lemak makcik tu. Sampai habis dia makan sebungkus. Memang sedap pon nasi lemak dia... So, this week aku bekalkan nasi lemak jerr.. Sampai lah dia jemu...
Makan ape tu? Oh, popia..
Makan nugget ker? Saya lapar di pagi hari
Makan lagi. Sampai tak heran sape2 pon.
Gambar pagi tadi. Makan karipap pulak.
You all macam mana pulak? Sarapan apa di pagi hari?