Ads

Saturday, July 31, 2010

Flashback kelahiran Syahmi

Arini, aku ingin bercerita tentang my 1st little hero yang bernama Muhammad Syahmi Iman. Lately suke sgt cerita tentang dia sbb dia baru sahaja menjangkau umur 1 tahun. Menyorot kembali kisah-kisah lama, aku teringat saat-saat mengandungkan dia... Sangat indah! Aku tiada morning sickness yang teruk sangat. Muntah-muntah tu ada lah. Tapi sikit-sikit je. Itu pun pada first trimester jer.

Masuk 2nd trimester, pada bula brape ntah, atok aku meninggal... So, aku sempat la jumpe sedara mara jauh. Diaorg mcm tak percaya bila aku kata aku mengandung 6 bulan. Mungkin sbb aku ni agak tinggi orangnya, jadi perut aku nmpak kecik.

Then bila 3rd trimester, aku da sibuk cari barang-barang baby n cari nama anak. Memang time tu kuat sangat berjalan. Larat lagi pg satu kedai ke satu kedai untuk window2 shopping. Lagipon, takkan nak bermalas-malasan kan? Tentang nama anak pulak, en combat nak bagi nama yang ada kena mengena dengan maksud berani sbb anak sulung. Aku pon belek-belek laa nama yang aku da download dari internet. Yang jumpa cuma nama Syahmi yang bermaksud mulia, berani & bijak. Masa dia dlm kandungan, aku selalu panggil nama tu pd dia. Dia pulak selalu respond! Itu yang lekat nama Syahmi sampai dia lahir. 'Iman' pulak memang aku suka sangat nama tu. Aku plan nak jadikan sebagai nama keluarga. So, setiap adik beradik Syahmi, akanku maintain nama Iman dia penghujungnya baik lelaki atau perempuan. Insya allah.

Tanggal 23 July pada jam 5.25 pm, lahir lah Syahmi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Aku melahirkan Syahmi dengan bantuan epidural. 3 kali teran, alhamdulillah dia pon keluar...
Macamana aku bole dapat epidural di hospital kerajaan dengan caj tak sampai RM 50? Itu aku kira rezeki. Aku pon tak tahu. Bila doktor suggest aku nak amik epidural tak? Aku pon angguk jer.

Tapi untuk 2nd baby nanti, aku masih belum bersedia untuk bersalin secara normal tanpa bantuan epidural. Sanggupkan aku mengeluarkan belanja yang banyak untuk bersalin di hospital swasta? Tunggu je masanya nanti. Apepon, saat kelahiran adalah saat yang terindah walaubagaimana cara sekalipun.

Syahmi Iman: Newborn up to 11 month

Wednesday, July 28, 2010

I Smell Food Giveaway by Ibu Emir


Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, Ibu Emir telah bermurah hati untuk memberi giveaway pada mommy2. Giveaway tersebut ialah FOOD!
Jadi, aku yang mmg suke makan ni pon, tak bole tolak untuk join! Mesti mau join punya!

Cutiest Stripes n Line Contest



Ni kira 1st attempt aku masuk contest thru blog...
Aku mmg suke hantar contest2 ni. Tapi kene isi borang.
Kalo thru blog, lain pulak caranya yek. Ape-ape pon, syaratnye tak lah susah pon. Senang je untuk di fahami & di ikuti. Tader masalah...

Contest yang di maksudkan ialah Cuties Stripes n Line Contest.
Anjuran Mama Rifqy.

Syahmi mmg banyak baju belang-belang. Aku pon tak sure nape banyak sangat. Setiap kali beli, mesti terambil yang belang2. So, baju yang di pertaruhkan untuk contest ini ialah baju belang merah!


Nama:- Muhammad Syahmi Iman Bin Muhamad Yuzir
Umur:- 1 tahun
Syarat-syarat:-
1. Buat 1 entry pasai contest ni - Done!
2. Letak Banner ini pada entry n side bar Blog memasing! (Linkkan ke Entry ini) - Done!
3. Pilih 1 gambo anak anda @ sape2 je..asalkan bb !
~ pakai baju/seluar belang2~ asalkan nampak belang!!
(1 bulan - 4tahun) -
Done!
4. Nyatakan Nama & Umur anak anda! - Done!
5. Last, Jd Follower Myblog n masukkan myblog in ur bloglist! -
Done!


Tuesday, July 27, 2010

Alhamdulillah, semuanya selesai...

Setelah hampir sebulan aku bertukus lumus untuk membuat persiapan bagi meraikan majlis harijadi Syahmi, akhirnya semua telah selamat. Mana taknye, rumah aku masih belum complete dengan peralatan memasak yang besar2... periuk belanga sumernya comel lote. Cukup untuk masak 4-5 orang jer. Mengikut guest list, aku menjemput hampir 50-60 orang termasuk keluarga terdekat. Nasib baik, ada periuk kt rumah mak. So, aku angkut sikit2 periuk2 dia bawa ke rumah aku... Hehe, bijak... bijak...

Ini kira kali pertama aku mempunya bilangan tetamu yang ramai. Almaklum lah, baru setahun jagung pindah rumah. Tu yang sibuk ajak sedara mara n sahabat handai datang tu. Aku start pindah rumah ketika umur Syahmi 2 bulan. Time tu time raya & nak dekat abis pantang, so tak larat nak buat open house ke ape. Majlis akikah Syahmi pon bu
at kt umah mak jer. So, ni first time umah aku buat majlis yang agak besar bilangan tetamunya...

Ok, meh kite layan gambar pulak...

Ini kad jemputan Syahmi. Aku mintak tolong en combat, tp dia bz. So, ni je la yang mampu aku buat. Aku cedok-cedok idea dari sini.

Ini pulak kek besday Syahmi. Ala-ala Safari theme. Ada zebra, ada elephant & ada beruang sekor. Flavour Choc moist coating with Choc Ganache. Aku tempah dari Aunty Balqees. Anak Aunty Balqees (Yesmin) ni satu tempat kerja dengan aku. Ramai yang puji ngn kek ni, makcik2 aku sumer tnya dari mana aku tempah kek ni. Dia cakap, kek choc ni tak muak pon bila makan. Dia punya icing pon tak tebal. Yang kanak2 pulak suke ngn kek ni sbb full of character & colourful. TQ so much ngn Aunty Balqees & Yesmin sbb sudi layan aku yang agak cerewet ni....


Tengok tu, Besday boy Syahmi! Tangan dia mmg aim nak pegang kek jer. Time kiteorg tadah tangan & en combat baca doa, dia tangan pulak sibuk cuit2 m&m kt kek tu. Geram agaknya. Ok, layan lagi gambar...







Terima kasih banyak2 kepada semua ahli keluarga ku; Emak, Ayah, Along, Uda, Anis, Abah, Ucu Peah & Pakcik Rosli, Ucu Kecik & Pak Usu, Acik & Pakcik serta Nenek.
Kepada geng opis; Apis, Jariah, Fairus, Zaid, Mai, Man & Suhaimee.
Kepada geng QS; Rosni, Ezzy, Azman, Kin & tunang, Mirda & Kong.
Tak lupa kepada Kak Zuraini, Kak Ina, Kak Ani & Abg Ijam. Kerana anda sudi hadir memeriahkan majlis yang tak seberapa ini.

Doakan agar Muhammad Syahmi Iman menjadi anak yang soleh, cerdik akal fikiran, sihat tubuh badan.
Amin..

Friday, July 23, 2010

Happy Birthday Syahmi Iman. Today he is turning One!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Hari ini 23 July 2010 (Khamis), genaplah umur Syahmi 1 tahun.

Mulai minggu lepas, semalam & harini aku sibuk prepare untuk meraikan ulangtahunnya yang pertama! Balik lunch tadi pon, aku sempat lagi gantung banner & tiup belon utk party decoration esok. Nasib baik en. yus yang ku sayang tu amik leave arini. Dapatla tolong aku buat preparation dapur, kemas2 rumah & rebuskan daun cincau untuk aku buat ais jelly untuk hidangan jamuan esok.

Bilangan tetamu tak lah ramai sangat. Aku just ajak member2 opis, member2 mmhe, member2 QS jer. Tak lupa juga sedara-mara terdekat. Nak ajak rramai2, takut tak terlayan pulak. Lagipon, umah aku xde periuk besar untuk masak banyak2... Pada sesiapa yang aku tak jemput tu, mintak maaf banyak2 yer...

Hurm, nak tulis panjang-panjang, time is running out pulak. Al-maklumla, tgh excited sbb blog baru siap & hatiku skg tgh berbunga riang (sbb ape?) nanti aku bgtau keh?

Babai..

Ads