Ads

Wednesday, September 1, 2010

Alahai Syahmi, ape anakanda telah buat?

Alkisah...
Semalam aku & en. combat cuti 1 hari sebab public holiday (Independent Day). Sumer orang tahu laa kan... 31 Ogos... Aku & en. combat pon bertukus-lumus mengemas umah. Memang kiteorg sempat kemas umah time weekend or time cuti jer... Time keje tak larat weii... Bengkok tulang kang... Hehehe... Pulun punya kemas, sampai laa kepenatan... En. combat siap cuci kete ijau yang kene blasting sikit punye tebal... Siap vacuum lagi... Nak anto kedai, en. combat mcm tak sure jer...
Lepas cuci kereta bagai, dia siap bagi ayat yang berbunyi begini "Cuci kereta awak bagai nak rak, last2 motor saya yg mcm org kerja kebun..." Haha... Whatever...

Mmg kiteorg kepenatan smlm... Dahla tak sahur pon... Cuaca pulak bole tahan panasnye.... Dah petang2 tu, syahmi pulak nak makan. Time sibuk panaskan lauk dia tu, aku tgk dia tengah korek2 kek coklat dlm peti ais tu. So, aku keluarkan & bagi pada dia... Sekilas pandang kemudian.... Ini lah yang terjadi.... TIDAAKKK!!


Makan kek choc moist yang aku buat sendiri...

Tangannye yang kotor tu pegang peti aisku... Grrrr...

Ajak orang makan pulak tu.... Puasa lah!

Apekah perasaan dia ketika ini?



Lastly, setelah di tanggalkan bajunya yang comot-momot tu..

Monday, August 16, 2010

Sudahkah anda membayar Zakat?

Zakat merupakan salah satu Rukun Islam di tunaikan oleh semua muslim. Pengertian Zakat itu sendiri bererti "Bersih, Suci, Subur & Berkat". Dengan berzakat, kita dapat membersihkan diri,membersih & menyuburkan harta-harta kita.

Zakat terbahagi kepada 2:-
(1) Zakat Fitrah
(2) Zakat Harta e.g. Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Ternakan, Zakat Wang Simpanan & etc.

Fuhh... masih aku ingat lagi pelajaran sekolah agama... Tak sia-sia aku belajar sampai darjah Khas. Hehe, untuk lebih lanjut, aku kene bukak balik kitab..

Zakat yang aku nak cerita kali ini ialah Zakat Fitrah. Zakat Fitrah bagi seluruh Negeri Johor pada tahun ini ialah RM 7.50 seorang. Alhamdulillah, en combat da membayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan tangunggannya weekend aritu. Adalah lebih baik jika kita membayar zakat kepada Amil pada awal bulan Ramadhan, jadi duit kutipan zakat boleh di agih-agihkan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan cepat...

Zakat bagi kami bertiga Total RM 22.50 tunai...

Ramadhan Pertama Kami!

Ini kira da lambat nak update gambar & cerita. Al-maklum laa, lately busy sket. Kali ni nak cerita pasal sambutan Ramadhan bagi kami bertiga. Tahun lepas, aku tak menyambut puasa sebab dalam pantang. Jenuh woo mengganti puasa 40 hari. Siap kena fidiyah lagi!. Tapi sumer aku kasi settle awal2... Nama pon berhutang, mesti la ganti... Ye tak?

Pada 1 Ramadhan haritu, aku sempat berbuka puasa di rumah keluargaku; kt kempas. Hari ke-2 berpuasa, aku berbuka anak beranak jela. 3 orang 1 rumah. Masak pon ala kadar je. Maklum laa masak express balik keje. Lauk kari ayam & sayur bayam. Jadi la... Buat pe nak membazir sangat masak banyak2 lauk. Bukan ramai orang pon nak menghabiskan. Paling banyak makan ialah en. combat. Aku makan sekadar alas perut, si kenit syahmi tu ngecek2 jer.

Layan pulak lah gambar... Buat kenangan...




Friday, August 13, 2010

Amazing Paintings of the Iranian Artist - Iman Maleki

Arini tak bnyk nak cerita. Kita layan gambar jer... Aci tak...?


Actually gambar-gambar yang aku tepek kat bawah ni ialah hasil daripada pelukis Iran yang bernama Iman Maleki. Beliau mula aktif melukis pada umur 15 tahun & graduated in Graphic Design from the Art University of Tehran.


Gambar-gambar ni dah lama berda dlm inbox email aku. Sejak aku mula2 keje dulu. Sayang nak padam sebab terpesona dengan ketelitiannya... Aku memang tabik springg pada orang yang pandai melukis ni. Lebih-lebih lagi Fine Art. Beruntung pada mereka yang telah di anugerahkan bakat sebegitu. Mungkin, bahagian aku pada perkara-perkara yang lain..

En, Combat pon bole jugak la melukis. Tapi semuanya jadi kartun. Kalo Syahmi da besar suruh aku lukis kucing ke, ayam ke, burung ke, memang aku tunjuk kt bapak dia je laa... Tak pon aku tolong tekap kan je... Hahaha...

Okey lah, balik pada cerita Iman Maleki ni. Kalo korang tak percaya, banyak lagi gambar bole tengok. His official site is here.






Ads