Setelah 3 bulan demam nya asyik on & off jer... Aku pon da naik risau. Tiap2 bulan kitaorang ambil cuti sebab nak menjaga Syahmi yang demam. Aku prefer jaga sendiri Syahmi time dia demam. Malas nak menyusahkan pengasuh dia tu. Agak2 demamnya da surut sikit, baru aku kerja.
Then, setelah hari Ahad pg klinik, hari isnin pon pg klinik, so hari selasa aku pon anto lah Syahmi ke umah pengasuh dia macam biasa. Time dia demam kali ni aku tak cuti pon sebab aritu baru je gilir2 ngn en.combat untuk jaga Syahmi. Tapi bukan Syahmi yang demam, pengasuh dia & anak2 dia yang demam. Tu yang aku tak dapat nak ambil cuti untuk jaga Syahmi. Lagipon hari isnin & selasa tu aku punya dateline kerja. Mana bole cuti2 sangat.
Tapi lepas je aku siapkan kerja aku tu, baru aku perasan sms yang masuk. Pengasuh Syahmi bgtau yang Syahmi muntah2 & poo-poo. Aku terus telefon en. combat. Aku decide nak anto Syahmi ke Regency Hospital. Bila sampai sana, Pediatrician takde kat hospital tu. Mungkin sebab hospital tu baru di bina. So, bnyk lg kekurangan.
Source: Google Image
Syahmi warded at 305D
So, duduk laa aku selama 3 hari di hospital. Tapi hari ke-2, aku da mintak AOR (At own risk) maksudnya keluar dari hospital dengan risiko tanggung sendiri. Aku tengok Syahmi da pulih & aku pon da tak larat nak dok & tido hospital lagi. Sakit badan woo... Aku tido kt umah mak aku jer, kat Taman Kempas. Dalam 5km dari hospital. The next day, aku datang lagi hospital untuk bagi Syahmi last drip antibiotik. Petang Khamis baru officially discharged.
So far, alhamdulillah. Syahmi dah sihat. Walaupon berat badannya susut, tapi sekarang aku tengok selera makannya bertambah. Mungkin nak bina daging lagi kot. Anyway, thanks to all yang datang melawat Syahmi. Dari hari 1st dia di hospital, tak henti2 orang datang tengok dia.. Thanks to Pediatrician Dr. Khu Yi Soon and nurse2 kat KMC yang bagi service baik.
Ni gambar2 yang sempat aku capture.
1st Day. Time ni demam dia Off. Sebab baru masuk ubat bontot!
Main2 kat play area. Sementara tunggu Paed datang.
Pakai topeng oksigen + ubat.
2nd day. Da boring & penat dok spital
3rd day. Datang for last drip.
Mata kuyu jerr sebab ubat da masuk badan.
Lastly, Syahmi's bill at KMC for 3 days is about RM2.7k. Fuhh, nasib baik company yang bayar. Kalo tak, kopak jugak. So, parents out there yang mana company you all takde offer untuk medical benefit. Aku suggest korang insurance kan anak2. Insurans penting time2 mcmni lah... Renung2kan & fikir2...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete