Anda semua perasan tak kalo time azan berkumandang samada di surau, masjid ataupon di tv, budak2 kecik selalunya akan terpegun n bole dok diam depan tv utk dengar laungan azan tu. Mereka seakan terpegun dengan suara yang mengalunkan azan. Bukan azan sahaja, nasyid2 kat astro oasis waktu maghrib pon bole intrique diaorang.
Syahmi salah seorang bakal imam muda, insya allah.. Cewahh.. Dari berumur 2 bulan time aku hantar dia ke umah pengasuh, aku bukak cd lagu Yusuf Islam. Da dekat setahun dengar cd yang sama, aku tukar pulak. Kali ni aku pasang cd Maher Zain. Hari2 tau.. Kalo dia da pandai cakap nanti, mesti dia komen asyik pasang cd yang sama jekk. Aku pon tengah survey2 cari lagu nasyeed yang best. Nak layan pagi2 dalam kete. Ye laa, at least bila dengar nasyid ni sejuk sikit hati aku time drive. Sebab kat highway pasir gudang ni traffic dia are so bad...
So, better pasang lagu nasyid laa.. Semoga halwa telinga yang aku dengarkan pada dia memberi manfaat pada akhlak nya bila besar nanti.
You'll enjoy the video... Syahmi tengah melaungkan azan. Thumbs up to Syahmi. Really proud of you my dear!
Masya Allah..mmg nampak dia tgh beria nak azan dgn tgn kat telinga lagik..clear je bunyi Allah tu..dh byk perkataan Syahmi leh sebut ye fain?
ReplyDelete@UmmiUmmar - syahmi mmg pantang dengar azan. Dia akan buat gaya gitu lah.. Cakap pulak dia baru nk mula.. Bnyk mumbling.. Dengar yg ujung2 jer. Tp perkataan Allah memang jelas dia sebut. Kuasa Tuhan.. Anak sekecil 1tahun da pndai menyebut nama Penciptanya
ReplyDelete