Rata-rata ibu mahukan anak-anak mereka pakej yang lengkap i.e. comel, sihat, gebu, bijak & cerdik.
Betul tak?
Tapi macamana pulak kalo anak kecik kita yang dikandung selama 9 bulan & di tatang penuh itu tidak full package? Pada aku tidak menjadi masalah asalkan kita tahu tentang perkembangan anak kita.
Alkisah terjadi pada aku & en. combat.
Kisah aku...
"Fain, aku tengok anak ko mcm tak aktif. Diam jer. Tak macam anak aku, ligat lari kesana kemari".
Alahai... kecik hati aku bila dia kata begitu. Aku tak terus melenting, seminggu kemudian aku email kawan aku tu kenapa dia cakap anak aku begitu. Dia pon balas yang dia maksudkan anak dia tu terlalu aktif tak seperti Syahmi. Ye laa kak oii... Time tu Syahmi baru bangun tido, lagi satu dia baru nak bertatih berjalan pada umur 1 tahun sedangkan anak dia da 1 tahun 4 bulan. Of course lah lagi ligat!
But finally, dia minta maaf pada aku & aku pon minta maaf pada dia. Habis cerita.
Memang aku over-sensitif kalo ada orang yang cuba mengata-ngata hero kecik aku tu.
Kisah en. combat.
Masih ingat lagi tak pasal 1st time Syahmi di KMC?
Berat badannya susut time tu. Then, en combat pon menyuarakan lah kerisauannya pada seorang kawan perempuannya di opis.
Ayatnya berbunyi begini. "Aku risau dengan anak aku, berat badan dia dalam 8kg je sekarang".
Yang kawan perempuan dia tu pulak jawab "8kg jer? Anak aku yang 8 bulan tu pon da 7kg..."
Hisy.. memang tak patut cakap macam tu. Bukannya makin nak comfort kan member. Pulak bagi ayat sakit hati... En combat just bagi reminder jer pada dia agar jaga anak dia baik2..
Cerita ni en combat baru bgtau aku last weekend time tunggu last drip antibiotik Syahmi.
Haiya.. Aku lagi sekali sakit hati.. Kalo aku jumpa member dia tu, memang aku sepak2 mulut dia.
Ibu-ibu, bapa-bapa, kawa-kawan sekalian,
Bila nak bercakap tu biarlah beralas sikit yer... Kita semua punyai anak. Adakah anda rela anak anda di beri komen sebegitu rupa?
Syahmi anak berumur 1 tahun setengah tidak mengerti apa2... Bukan kemahuannya dapat badan yang 'slim' itu sedangkan dia masih menyusu badan sepenuhnya dirumah sehingga kini.
Atau adakah ini dugaan untuk aku & en. combat?
Pada aku, hanya aku & en. combat mengenali siapa Syahmi sebenarnya.
Dia comel di mata aku & en. combat (walaupon tak pernah menang contest).
Dia bijak. Semenangnya bijak! (Dia sebut perkataan "Allah" bila en combat tunjuk tulisan jawi) Padahal kiteorang tak pernah ajar pon! I'm impressed Syahmi!
Dia sihat berkat susu badan yang ku berikan padanya & mengalir dalam badannya.
Dialah jantung hati makcik2 nya yang saban minggu nak jumpa! Tengok keletah dia yang bisa menghilangkan penat & lelah kami sekeluarga.
Satu pesanan dari en. combat pada aku. Kalo ape2 yang Syahmi buat sehingga mencabar kesabaran ku, jangan cakap dia 'nakal'. Tapi cakap lah yang anak kita tu 'creative'. Dia sedang explore & mengembangkan bakatnya.
Ingat, cakap adalah suatu doa. Jadi cakap lah yang baik2 sahaja pada anak kita.
Okey lah, dah macam kaunselor pulak aku nih.
Gggrrr.. Syahmi nak gigit orang itu!
