Rata-rata ibu mahukan anak-anak mereka pakej yang lengkap i.e. comel, sihat, gebu, bijak & cerdik.
Betul tak?
Tapi macamana pulak kalo anak kecik kita yang dikandung selama 9 bulan & di tatang penuh itu tidak full package? Pada aku tidak menjadi masalah asalkan kita tahu tentang perkembangan anak kita.
Alkisah terjadi pada aku & en. combat.
Kisah aku...
"Fain, aku tengok anak ko mcm tak aktif. Diam jer. Tak macam anak aku, ligat lari kesana kemari".
Alahai... kecik hati aku bila dia kata begitu. Aku tak terus melenting, seminggu kemudian aku email kawan aku tu kenapa dia cakap anak aku begitu. Dia pon balas yang dia maksudkan anak dia tu terlalu aktif tak seperti Syahmi. Ye laa kak oii... Time tu Syahmi baru bangun tido, lagi satu dia baru nak bertatih berjalan pada umur 1 tahun sedangkan anak dia da 1 tahun 4 bulan. Of course lah lagi ligat!
But finally, dia minta maaf pada aku & aku pon minta maaf pada dia. Habis cerita.
Memang aku over-sensitif kalo ada orang yang cuba mengata-ngata hero kecik aku tu.
Kisah en. combat.
Masih ingat lagi tak pasal 1st time Syahmi di KMC?
Berat badannya susut time tu. Then, en combat pon menyuarakan lah kerisauannya pada seorang kawan perempuannya di opis.
Ayatnya berbunyi begini. "Aku risau dengan anak aku, berat badan dia dalam 8kg je sekarang".
Yang kawan perempuan dia tu pulak jawab "8kg jer? Anak aku yang 8 bulan tu pon da 7kg..."
Hisy.. memang tak patut cakap macam tu. Bukannya makin nak comfort kan member. Pulak bagi ayat sakit hati... En combat just bagi reminder jer pada dia agar jaga anak dia baik2..
Cerita ni en combat baru bgtau aku last weekend time tunggu last drip antibiotik Syahmi.
Haiya.. Aku lagi sekali sakit hati.. Kalo aku jumpa member dia tu, memang aku sepak2 mulut dia.
Ibu-ibu, bapa-bapa, kawa-kawan sekalian,
Bila nak bercakap tu biarlah beralas sikit yer... Kita semua punyai anak. Adakah anda rela anak anda di beri komen sebegitu rupa?
Syahmi anak berumur 1 tahun setengah tidak mengerti apa2... Bukan kemahuannya dapat badan yang 'slim' itu sedangkan dia masih menyusu badan sepenuhnya dirumah sehingga kini.
Atau adakah ini dugaan untuk aku & en. combat?
Pada aku, hanya aku & en. combat mengenali siapa Syahmi sebenarnya.
Dia comel di mata aku & en. combat (walaupon tak pernah menang contest).
Dia bijak. Semenangnya bijak! (Dia sebut perkataan "Allah" bila en combat tunjuk tulisan jawi) Padahal kiteorang tak pernah ajar pon! I'm impressed Syahmi!
Dia sihat berkat susu badan yang ku berikan padanya & mengalir dalam badannya.
Dialah jantung hati makcik2 nya yang saban minggu nak jumpa! Tengok keletah dia yang bisa menghilangkan penat & lelah kami sekeluarga.
Satu pesanan dari en. combat pada aku. Kalo ape2 yang Syahmi buat sehingga mencabar kesabaran ku, jangan cakap dia 'nakal'. Tapi cakap lah yang anak kita tu 'creative'. Dia sedang explore & mengembangkan bakatnya.
Ingat, cakap adalah suatu doa. Jadi cakap lah yang baik2 sahaja pada anak kita.
Okey lah, dah macam kaunselor pulak aku nih.
Gggrrr.. Syahmi nak gigit orang itu!
abaikan la apa yang org nak cakap...yg penting korang suami isteri mengenali syahmi lebih daripada org lain...tabahkan hati yer...
ReplyDelete@LyNn HaMzAh - thanks, mungkin ini dugaan yang perlu ditempuhi. akan ku berjuang habis-habisan untuk anak ku.
ReplyDeletesalam dear
ReplyDeletenaluri seorang ibu kan dear....
kita nak yang terbaik buat anak2 kita...dan jadi yang terbaik....so, when ada yg tegur mcm tu kadang2 naluri keibubapaan kita nie cepat tersentuh.....takpelah..anggap itu sebagai cabaran...
yang penting anak2 kita sihat
that all...itu yg penting...
kalau comel mcm mana sekali pun tapi asyik sakit jer pun kita susah hati kan...
syahmi comel apa....takde ler nampak dia slim...nampak bulat gark kalau tengok gambar dia..
kadang2 kg anak tu tak menentukan fizikal dia..maybe dia jenis yang rangka kecik ker kan...so, when dia rangka kecik..even berat dia cuma 8kg jer pun..still bulat gark tu...
mcm batrice....dia pun ringan jer....dah 4 tahun tapi berat baru 14kg...tp dia tinggi...so, nampak ler dia tu slim and lampai....kalau kena budak yg rendah....nampak bulat....tu beza nya dear..
btw..thank k singgah blog zana..
akak pun pnh jg mngalami situasi cenggitu...orang tu asyik duk puji mlangit anak cucu dia jer...anak kita serbaserbi kurang. huh ujub sungguh. sabar je la
ReplyDeletetp akak diam je t. perlulah nk mlenting kan...lama2 tuhan tunjuk....
skrg tuhan dh tunjuk mcm2, baru la dorang diam...rasanye dah insaf kot
@zAnNa - thanks so much dear. sejuk sikit hati i bila baca...
ReplyDeleteYup, syahmi i rasa dia dlm golongan kanak2 yang tinggi. tu yang nampak slim sikit. i & my hubby pon dlm prosess nak naikkan blk berat badan dia bg ideal.
actually, pics yg i tepek kt bawah tu time umur dia 7-8month. tu yg nmpak chubby sikit. hehe
@SoShyLady - Akak pon pernah terkena ke? Mebbe it's normal kan? Saya kalo nak laser balik pada orang tu pon mcm tak sampai hati sebab nanti akan bersangkut paut pada anak dia. padahal anak dia tak bersalah, cuma parents dia yang terlalu lancang memberikan komen.
ReplyDeleteTapi Allah tu Maha Mengetahui...
Sape2 Kak Nam2 tu, cepat lah bertaubat yer..
biasalah mulut org susah nak tutup,mulut tempayan tutup je gan pape..tak terbuka lah dengan sendirinya klau takde org yg ubahkan..betul tak?
ReplyDeletebiasalah naluri seorg ibu,yana pon rasa macam tu gak kalau org mgata anak kita...sukati kitalah..anak kita..dorg susah apakan....yang penting anak kita tau kita,kita tau anak kita..betul tak..?
jadi ibu ni kena byk bersabar dan berdoa...lagi2 macam yana nie jaga sendiri 24 jam guna tulang 4 kerat nie...Allah je yg tau mcmn rasanya...tempat mengadu Allah dan husband...kalau kita mengadu kat org,tak guna..t kita yg kena balikkan...
@liyanadiabu - thanks yana. Fain sekarang memang dah tak amik pusing ape orang nak kata. Silap2 mood tak baik, laser balik orang tu. Haha..
ReplyDeleteHope yana juga bersabar yer menjaga si kecik Thaqif..