Ads

Sunday, November 11, 2012

JB - KK Day 2 (3/11/12)

Bersambung dari cerita semalam....
Day 2 at KK, kiteorang mcm terkejut beruk sikit laa sebab waktu kat sini awal 1 jam dari semenanjung... so secara automatically, waktu solat pon awal lah.. especially subuh.. dah lah last nite kiteorang tido lewat, pastu nk kene bangun awal pulak... tp alhamdulillah, masih dapat mengerjakan solat pada dalam waktu nya... bukan subuh gajah kayy.... itu cik uda ngn cik nuar kot... hahahaha... jgn marah yer korang...
ini gambar dari bilik kiteorang waktu pagi... dalam pukul 6.30am gitu... nampak dah cerak kan...?

then after breakfast, kiteorang gerak ke kundasang bagi melihat permandangan indah... gerak dalam pukul 8. tp dh cuaca cm dh panas sikit mcm dh pukul 9. KK ke Kundasang makan masa dalam 2 jam melalui jalan biasa yer... bukan highway. sebab aku dah terbiasa balik kampung ke muar makan masa  2 jam jugak. tp highway laa....
jalan bengkang-bengkok nk ke kundasang... mcm kt cameron tu. lebih kurang laa... bnyk main gear.
lori-lori, bas, kereta, suv sumer lalu jalan sini... nasib baik ada tourist guide (kawan aku ni) yang cekap bawak kiteorang ke sana... mengharapkan en combat, aku sure dia tak study lagi pasal KK ni.. dia cakap pg KK ni ketua rombongan is me! so, aku lah yang kene study segala benda... banyak chanteekkk!

yang kat belakang di ekori oleh sebuah saga FLX yang di pandu oleh jurutera TNB bersama isteri seorang teacher. jurutera tu claimed that yang kawan aku ni bawak laju sangat sampai dia tak terkejar. tapi pada aku dua kali lima jer...
 ini antara permandangan indah semasa dalam perjalanan ke sana. dapat tengok bukit bukau & gunung ganang. masya allah cantik sangat. susah nak dapat permandangan ini di johor sebab muka bumi johor dan sabah tak sama...
then, after a few hours in a car.. sampai lah kiteorang ke Kinabalu Park. Bayaran masuk RM5 sahaja per person. Anak-anak aku free. Thanks cik anas belanja kiteorang masuk ke sini... gambar di atas ialah main entrance nak ke kinabalu park. bumbung ala-ala minangkabau.... orang minang ngn orang sabah ada baur-baur ker? cmne design bumbung lebih kurang sama... ntah lah, aku tak belajar architecture story... en combat, sila explain detail...

 once dah sampai kt entrance tu, kene sambung lain bawak kereta ke atas sikit yer... kite akan ke pondok timpohon bagi melihat permandangan indah iteww dengan lebih jelas lagi... kat pondok timpohon ni juga adalah tempat pendaki memulakan pendakian.... 
tengok gambar tu, ada mamat spain naik turun kinabalu dalam masa 2 jam, 37minit 64 saat jer... terror kan?

 haa... ini lah dia tadi pondok timpohon yang di katakan... air di sini sangat lah sejuk kerana menggunakan sumber dari gunung... terbantut nak buang hajat kat sini bila rasa air sejuk giler... aku dah berapa tahun tak mandi air sejuk sejak dah ada water heater ni.. ngeh ngeh ngeh....

 nak nampak lebih jelas lagi permandangan indah itu? kene naik lagi 10 anak tangga... 
tapi seribu kali sayang pabila kiteorang sampai, puncak gunung kinabalu telah  dilitupi oleh kabus dan awan yang tebal... sangat jual mahal, skit pon tidak menunjukkan 'tanduk'nya... walaucmne pon, cik nua & cik uda tetap bergambar sakan dibantu oleh jurukamera yang berterigh2 walaupon guna ipon saja....

 walaupon keciwa tak dapat lihat permandangan indah, kiteorang tidak melepaskan peluang bergambar di sini. ia merupakan design sijil yang digunakan untuk pendaki yang berjaya menawan puncak kinabalu...

 then, kiteorang meneruskan perjalanan ke Ranau pulak... ada lagi permandangan indah di sini... jugak bukit bukau dan gunug ganang... kalo you all nak tahu, sepanjang perjalanan ke sini, kiterorang akan terjumpa church at every 10 to 15 minutes... memang banyak sangat. mungkin kebanyakkan penduduk disini beragama kristian. ada jugak gerai-gerai yang menjual 'sinalau bakas'. ape bondo nya tu...? haha, kalo nak tahu, korang google sendiri yer...

 hokay, gambar cik uda yang buat 'peace' gitu adalah di ranau. bermaksud dah sampai ke poring. 2nd destination on 2nd day. tapi sebelum tu kiteorang dah alas perut dah. gambar makan2 takde sumer tengah lapar dah tak hengat nak snap gambar.

poring ini adalah tempat riadah/ rekreasi di kawasan ranau. di sini juga ada banyak tempat menarik seperti butterfly farm, canopy walk, tropical garden and the most famous is the natural hot spring.
 rock pool ni one of the pool available kt sini... tapi kiteorang tak mandi di sini..

 ini pon tempat public jugak. i mean open area... ramai orang di sini...
mandi di sini free jer...

 gambar diaorang ni... ntah tgh ckap ape ntah tu...

 ok, kt poring ni jugak menyediakan satu bilik khas di mana anda boleh menyewa bilik tu yang mempunyai sebuah bath tub yang besar dengan bayaran rm15 sejam. sesuai untuk wanita muslimah dan kaum keluarga..
syahmi dan safiyyah tidak melepaskan peluang mandi di sini... aku hanya rendam kaki saja...

kat belakang tu ialah kawasan mata air panas. memang betol betol panas... bole nampak asap-asap lagi. tapi  dilarang merebus telur or mandi di situ.. mebbe sebab terlalu panas. membahayakan pengunjung...

oh ya, terlupa pulak nak cerita yang aku n en combat tak sempat nak bercanopy walk. tp cik uda n cik nuar pergi bercanopy walk sementara kiteorang jalan budak2 tu mandi. tinggi diaorang kata.... dalam 800m. laluan yang sempit. takde pulak gambar canopy walk aku nak tepek. nanti aku cari kt enpon diaorang....

 lap mulut syahmi yang comot tu sebab makan aiskrim. thanks cik anas blanje eskrim.
rumah belakang tu ialah ala-ala bilik yg provide private tub tu.

 kami lagi...

 cik anas dokong safiyyah sampai tertido minah tu. bagus pergi ramai-ramai ni. bole take turn dukung adik. aku memang dah lenguh tangan dah.... 

 antara permandangan di poring..
run, syahmi run..

dalam pukul 4 gitu kiteorang pon meninggalkan poring... balik ke KK mengambil masa lagi 2 jam...
fuhhh, penat tak terkira... perut pon lapar...
after mandi sume ingatkan nak makan kt restoren yang ada dalam hotel tu. tapi rasa macam tak berbaloi pulak. then kiteorang pg makan kt restoren daily. walking distance jer dari hotel horizom. nasib baik makanan sini sedap...
sotong sambal adalah menu malam tu... ada menu yang lain jugak. tapi dah kelaparan, terus ngappp. tak sempat nak snap2 dah....

ok, ini pulak gambar hotel horizon dari luar..

kiteorang pejam mata lebih kurang pukul 11.30 malam... dah ngantuk sangat.... ZZZzzzzz

End of day 2

No comments:

Post a Comment

Ads