Ads

Wednesday, September 28, 2011

Tutti Frutti

Last week hari khamis aku terpaksa amik cuti sebab pengasuh syahmi mintak cuti utk menghantar emak dia pg checkup kt HSA. Aku pulak amik kesempatan utk buat MGTT kt Perdana Specialist. Pagi2 lagi aku dah bangun sebaeb amik darah start pukul 8. Then pukul 10 amik lagi darah lepas minum air gula perasa anggur. So yummy... Hahaha..

Selesai urusan, aku singgah ke Setia Tropika untuk makan aiskrim kt Tutti Frutti. Aiskrim kat sini lebih kurang mcm kt BR, cuma bnyk flavour buah-buahan. Self service yer. Topping pon mcm2 ada. Tinggal pilih jer nak yg mana. Harga pulak berdasarkan berat aiskrim & topping tuh. First time aku try aiskrim flavour red velvet. Sedap jugak.























- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 21, 2011

Beli Massage Chair Ogawa lagi!

Yeaayyy!
Kiteorang punye Smart Mate Ogawa yang order before raya aritu dah sampai...
Ari ahad place order, ari selasa lori tu hantar barang kat rumah dalam pukul 1. Sanggup en. combat balik umah kejap utk tengok staff ogawa tu pasang. Padahal opis aku lagi dekat dengan rumah. Kalo aku yang balik pon, ok je. Dah dia volunteer sangat nak balik, balik lah... Last2 basah kuyup sebab hujan di tengah jalan. Hahaha...

 Di rasmikan oleh Tuan Syahmi Iman
Tengok tv pon nak dok situ...

Then, aku tak cerita pon kat family aku yang aku beli massage chair ni (Opss, bukan aku beli tp en. combat yg beli) cuma pakai credit facility aku jer. Time raya aritu, diaorang excited nak duduk lah kt kerusi tu. Ikut giliran yer. Kalo 1 orang 15 minit, 4 orang dah 1 jam. Mau terbakar kerusi tu. Then, mak aku pon request lah nak jugak beli 1 biji kerusi tu untuk di tempatkan di rumah diaaa iaitu kt Kempas.

Untuk reward mak aku, aku pon pegi lagi order Smart Mate Massage Chair kat Tebrau City.
Hurm... boring jer aku... Kakak & adik aku yang ikut pg bole try duduk & massage2 kat kerusi tu. Siap duduk kt yang paling mahal lagi. Memang syokk, tp bukan within budget lah. Aku plak mana bole try kerusi tu. Orang pregnant tidak di galakkan, takut memudaratkan...


 
 Cik Anis

 Cik Along

 En. combat. Dia pon dok toraii foot massage...

 Dia pon sibukk...

Sian aku... Dok menunggu jerr

Tuesday, September 20, 2011

2nd Pregnancy Update - 33 weeks



Tak banyak aku buat post pasal condition kandungan aku ni. Nak cerita ape. Baby dalam perut so far ok jer. Alhamdulillah. Itu yang penting kan? So far aku dah lepas 1st & 2nd trimester. Dah masuk 3rd trimester pon. Maknanya tak lama lagi nak due.

Before this, aku just check up kat KK Tampoi jer. Cepat & murah. Hehe, lagipon member2 mak aku ada kat situ. Bole mintak tolong. But last week aku da start check up kt Perdana Specialist Maternity Centre under supervision O&G Dr. Mohd Isa. Haiya, janggal jugak kalo selalu nurse jer yang check perut. Tapi kali ni Dr. lelaki pulak. Nak buat cmno?

Sebab utama aku pg ke Perdana Specialist ni sebab aku nak bersalin dengan bantuan epidural. Mostly kat Private Hospital kt JB ni kosnya mahal2 belaka. Tapi kt sini paling murah so far. About RM2k jer. Okey lah tu ekk? In case aku kene bersalin c-sect pon kos less that RM4k. Still reasonable & within budget as compared to Kempas Medical Centre, Puteri Specialist, Regency Hospital or even Hospital Penawar.

En. combat pon agree jer & tak bnyak cekadak bila aku ckp nak bersalin kt situ. Masa deliver Syahmi dulu kt HSA. Kos memang lah murah. Tak sampai RM50 pon. Pulak time tu dapat epidural. So, kali ni aku pon memang tak bersedia nak bersalin secara normal tanpa apa-apa bantuan. Aku tahu sakit teramat sangat... Tu yang tak rela tu... Hihihi... Mak aku sebagai misi pencen pon agree jer dengan keputusan aku. Asal bahagia dia cakap.

Eh, eh. Panjangnya intro.
Actually, ape yang aku risaukan ialah berat badan aku yang naik mendadak sekarang nih. Puas kene bebel dengan Dr. Isa. Before posa pada 26 July 2011 berat aku 80kg. Sebulan kemudian, turun ke 78.5kg. Mungkin sebab posa kot. Then after raya, berat naik mendadak ke 84kg. Whoaa.... Banyak betol makan kt open house. At last doc aku kene buat MGTT sebab Dr. suspect aku ada kencing manis. Wait n see je lah result nya minggu depan.

Baby.
Baby dalam kandungan tiada masalah. Sebulan lepas 14 August berat sekitar 1082g (2lb 6oz). Then pada 18 September dah naik sebanyak 1 kilo. Syabas... Anda membesar dengan jayanya... 2053g (4lb 8oz). Jantina pon telah diketahui. Dr. Isa yang sibuk bagitau padahal aku tak tanya pon. Cuma aku akan announce bila dah selamat deliver nanti.
Baby position for the last check up, kepala berada di atas. Dia main pusing2... Kejap kat atas, kejap kat bawah. Hopefully bila nak due dia berada pada kedudukan yang betul. Insya-allah.

Sharing is caring. Doa semasa hamil.
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Monday, September 19, 2011

Syahmi with his new car

Yeay...
Syahmi dah ada kereta baru... tapi dia tak bole navigate sendiri. Kereta sorong lah katakan...
Actually, aku dah beli stroller dia ni before raya lagi... Tp time raya haritu baru start guna. Nak pergi IKEA lah katakan. Kalo bawa stroller dia yg lama tu (SCR1) alamat dah makan banyak space. Nanti tak bole shopping banyak2 kt IKEA. So, stroller pilihan ku ini adalah yang paling baik sekali untuk kereta2 yang tidak mempunyai boot yang besar.

Maclaren Techno XT.
Aku beli kt otakibaby.com dapat 20% off
Dah lama aku usha stroller ni. Laa ni baru dapat. Heh

 Sikit punya lama tido kt IKEA tu.
Nasib baik ada stroller. Kalo tak mengah lah aku di buatnya...

Stroller ni memang aku recommend sesangat pada sape2 yang ingin beli stroller. Memang lah harga mahal sikit. Tapi berbaloi2... Aku yang mengandung 8 bulan ni pon bole tolak pakai 1 tangan jer.

Stroller lama cap Sweet Cherry SCR1.
Aku beli masa umur Syahmi 1 bulan. 
Sekarang sudah selamat duduk dalam stor sahaja. Perkhidmatan di berhentikan. Hahaha...

Aku belum plan nak jual lagi stroller ni. Kalo jual pon, ada ker yang nak beli? Sebab utk 2nd baby pon aku plan nak cri 1 Maclaren. Mungkin Maclaren Quest Sport? Haiya... berapa banyak stroller da...

Wednesday, September 14, 2011

Resepi Macaroni & Cheese versi Puan Fain

Sekarang tengah mood nak makan western jer. Lebih-lebih lagi makan macaroni & cheese kat kenny rogers. Memang sedap. Rasa nak request lelebih jer cheese oren dia tu. Sebab da bnyak kali try buat tapi tak menjadi. Beli yang instant pon tak sesedap macam kat kenny rogers.

But last week. Member kat opis ni jual cheese powder. Ala-ala cheese yang di tuang pd KFC punye cheezy wedges. So, aku grab 1. Ingat nak makan dengan wedges tp tgk fridge, xde wedges pulak dalam stock. So, lahirlah resepi macaroni yang aku dah manipulate ikut tekak & selera sendiri. Ingat tak sedap... Rupanya sebaliknya.. En. combat siap bertambah2 lagi. Sampai 1 minggu ulang menu yang sama dia tak bising pon.

So, aku share resepi Baked Macaroni & Cheese aku yang marvellous ni...



1 paket macaroni yang sudah di rebus




3 tablespoon cheese powder yang telah di bancuh dengan air suam.
Kalo korang nak beli online, bole beli di sini...




Yang ni pulak campuran ayam, kentang & chicken soup campbell (1 tin)
Ayam di potong kiub & tumis dengan bwg putih, bawang besar.
Masukkan seasoning sauce, oyster sauce, Italian herbs, white & black paper.
Then masukkan air & kentang. 
Bila kentang dah empuk, masukkan campbell 1 tin.
Masak sampai mendidih




Layerkan macaroni, cheese powder & campbell tadi.
Aku buat 2 layer jer.
On the top, put dried parsley. (Xde pon xpe)




Last topping with mozarella. Sedia untuk di bakar.
Suhu 170 darjah for 10 min.




Silalah jamu selera yer...

Ads