Ads

Monday, April 25, 2011

Yeay! I get my cash back

Last week, balik dari kerja jer terus mengintai kat post box. Dapat 2 surat. 1 newsletter dari TESCO & lagi satu dari LHDN. Hehe... Hati da berbunga riang dah. Confirm2 LHDN post cheque bayaran balik cukai yang terlebih potong tu. Macam LHDN dengar jer suara hati aku bertanya bila laa LHDN nak pulangkan balik duit aku.

Actually aku buat e-filing dari awal bulan lagi aritu. So memang terus zasss je laa aku online e-filing. Kalo last minute nanti, server diaorang slow pulak. Tak syok-tak syok. Lagi syok bila aku dapat semua balik duit aku. Maknanya tahun ni aku tak payah bayar cukai lah. Hehe, makin bertambah lah duit aku skg nih. Bole laa aku topup kat saving aku. Antara azam aku tahun ni kan nak kumpul 10k. Baru ada brape je skg ni.

Aku tanak kacau duit nih. Nanti macam2 aku beli. Especially belikan toys untuk Syahmi laa... Sebab last week baru belikan dia toys. Lupe pulak nak update. Nanti aku cerita.



Tak sabar nak mintak tolong en. combat untuk masukkan cheque ni dalam cheque machine.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, April 22, 2011

Beli & Makan Supplement

Lately badan aku rasa letih2 jer... Bila petang sampai umah, energy kira da kong dah. Macam ultraman yg kat dada dia ada lampu merah. Macamtu lah aku...
Kesian pulak kat Syahmi. Bila petang kat umah lah dia ajak aku buat mcm2 aktiviti. Layan dia baca buku lah, lukis2 lah, nak makan lah, nak minum, itu ini, macam-macam...

So, aku decide nak makan supplement untuk boost tenaga. Bila tanya en. combat pon dia suggest suh aku ambil supplement. Before this memang aku makan spirulina dari ELKEN. Tapi dealer dia pulak aku dah lost contact. So, aku decide beli jenama SHAKLEE. Aku beli dari one of my blog friend iaitu Puan Fiza.

Bila dah bayar, fiza terus buat order & 2 hari dah sampai pill aku tuh.







Aku beli 4 botol consists of:-
Vitamin C, B-Complex, Kalsium Magnesium & Vita-Lea. Dapat free pill box & fridge magnet dari Fiza.
Masing2 ada peranannya tersendiri. Tapi aku tak dapat nak makan kesemuannya dalam 1 hari. So, aku skip2 makan. Pill dia besar2 sampai kene patah 2 baru bole lepas dari tekak aku nih.

So far, alhamdulillah. Even aku makan skip2 pon. Tapi bila petang sampai kat umah tu aku masih bertenaga. Kat opis ni pon aku still rasa fresh & bole fokus dengan kerja yang aku buat. Thanks Shaklee!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 21, 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Cik Ude

Letihnya bila ada kenduri ni. Lebih2 lagi kenduri kawin. Aku memang sangat letih. Lebih2 lagi dah beranak 1 ni. Macam tak cukup tangan. Nak tolong kang, si kecik tu sape nak tlg tengok. Nasib baik mak aku paham. At last aku tolong jaga umah jer sebab majlis buat kat dewan. Majlis dah nak berlangsung baru aku datang ke dewan dengan stroller segala.. Sebab si syahmi tu confirm akan tido punya bila dah letih.

Ape pon, majlis yang berlangsung pada 25 & 26 March 2011 telah selamat. Cik Ude pon telah selamat bergelar Mak Ude... Tapi dia still suh Syahmi panggil Cik Ude jugak. Memang mentel.








Syahmi orang kuat tau pada haritu.. Kuat tolong, kuat makan, kuat sepahkan pon ye jugak....
Pada adik & kakak ku yang belum kawin, cepat2 lah kawin yer sebelum aku beranak 10.

Tuesday, April 19, 2011

Cukai



Haiya... Kene bayo cukai lah pulak... Ni cukai zaman tok kadok ni tahun 2009. Nasib baik aku kene bayo RM152 jer. Kalo banyak2, lari budget aku. Actually aku kene bayar sebab cukai aku di audit balik. Orang LHDN tu call tnye pada tahun 2008 aku ada further study ka? Aku cakap xde. Tapi disebabkan time buat taksiran cukai tu aku ada letak amount PTPTN yang aku bayar. So, itu tak dikira haa... Lagipon time tu aku baru 1st time buat e-filing. Manalah tahu. Itu yang di hantar surat suh bayar nih.

Tahun 2010 punya e-filing awal2 lagi aku dah hantar. Tapi xde respond dari LHDN lagi. Hope dapat sumer lah duit aku tu. Banyak tu ... Dekat seribu lebih. Bole aku tambah2 savings aku nih. Kalo LHDN nak audit pon aku da prepare laa resit2 yang patut. Resit zakat, resit beli komputer, bill broadband, saving SSPN Syahmi, Insurance.. Sume dah ada dalam file aku. Mintak2 cepat lah dapat. Opismate aku dah dapat balik pon cheque dia. Aku punye ni jer yang ntah ape citer.

Okeylah. Macam dah lama aku tak menghapdet blog ni ekk. Skg baru ada mood!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ads